27 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya aidul adha kepada semua yang mengenali saya. Maaf zahir batin. Selamat bercuti sepanjang hari raya ini.

MESYUARAT BERSAMA PELANGGAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Pada 23-25 November 2009 saya menghadiri mesyuarat mewakili Tuan PPD berkaitan di Melaka. Dalam dua malam di Melaka saya terpaksa menginap di dua buah hotel yang berlainan.

Pada petang 23 November 2009 (hari Isnin) saya pergi melapor diri di Puteri Resort, Air keroh. Saya dimaklumkan bahawa pada malam tersebut sebahagian besar peserta perlu menginap di d'Vilage, Air Keroh. Apa boleh buat, saya terpaksa bergerak ke d'Vilage terlebih dahulu. Pada malam itu kami menaiki bas ke Puteri Resort untuk mendengar ucaputama yang disampaikan oleh Dato Ashariah (Timbalan KPPM).

Pada hari kedua barulah kami bergerak ke Puteri Resort selepas makan tengah hari, baru dapat bilik. Itulah pengalaman selama 3 hari di Melaka.

21 November 2009

KEJOHANAN PIALA PENGARAH TAHUN 2009

mulai 20 November 2009 hingga 22 November 2009, Kejohanan Piala Pengarah Pelajaran Selangor di9angsungkan di Hulu Langat.

Pada hari Jumaat 20 November 2009, pertandingan dimulakan dengan pertandingan boling di Metro Kajang. Saya turut menyertai permainan mewakili PPD hulu Selangor bersama 4 orang lagi. Mulai pagi Sabtu 21 noverber bermulalah pertandingan lain yang melibatkan bola tampar, ping pong, catur, futsal dan lain-lain permainan.

Keajohanan ini disertai oleh semua PPD di negeri Selangor, JPN Selangor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

Semoga pertandingan ini akan mencapai objektif. Saya mendoakan semoga pasukan Hulu Selangor akan berjaya di Kajang kali ini.

12 November 2009

MESYUARAT KHAS PENGURUSAN PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-11 TAHUN 2009

Pada tarikh 10-13 November 2009 mesyuarat khas ini dijalankan di Hotel Pearl Internasional, kuala Lumpur. Tema mesyuarat ini ialah 1MALAYSIA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA. Mesyuarat ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengelola yang terdiri daripada PPD peringkat negeri Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ialah Tuan Hj. Suahaimi bin Rashid (PPD Hulu Selangor), Setiausaha ialah Rozali bin Mazlan (Timbalan PPD Hulu Selangor), Penolong Setiausaha ialah En Rozman bin Baharuddin (Pegawai Perhubungan PPD Hulu Selangor). PPD Sulu Selangor bertugas sebagai urusetia mesyuarat.

Pada petang 10 November 2009, para peserta dari seluruh PPD di Malaysia mula melaporkan diri. Pada sesi sebelah malam, mulai pukul 8.30 malam ialah Ucaputama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yg. Bhg.Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Mohd Dom. Pada sesi akhir ucaputama beliau, pihak penganjur melaksanakan majlis menyambut hari lahir beliau yang ke-57. Selamat bahagia dan sihat selalu kepada Tan Sri.

Pada pagi hari kedua, 11 November 2009, mulai 8.30 pagi, Yg Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) memberikan taklimat atas tajuk Penerangan Konsep NKRA yang melibatkan hal sekolah prestasi tinggi, literasi dan numerasi, New Dil _Baiah, peluasan prasekolah. Walaubagaimanapun maklumat ini masih belum disebarluaskan saecara rasmi.

Selepas taklimat ini, mulalah sesi perbengkelan tentang NKRA yang dimula dan dikendalikan oleh Dr Amin bin Senin, Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Sesi perbengkelan ini agak panjang hingga menjangkau sehingga tarikh 12 November 2009.

Pada 11 November 2009, sesi malamnya, para peserta menyertai jamuan makan mesra (makan malam). Pada petang 12 November 2009, para peserta berkesempatan akan menyertai pertandingan boling mengikut PPD negeri masing-masing. Dijangkakan pada sesi malam 12 November 2009 para peserta akan dapat penerangan tentang konsep 1Malaysia oleh Dato' Shalan bin Ismail, dari Jabatan Perdana Menteri.

Hari terakhir, 13 November 2009, para peserta akan menertai mesyuarat khas bersama TKPPM dan Bahagian KPPM. Sesi terakhir ialah penutupan majlis dalam majlis Profesional Talk bersama Pengarah Pelajaran selangor, Yg. Bhg. Dr Haji Zahri bin Aziz.

Begitulah perjalanan mesyuarat sepanjang 3 hari di Pearl international. semoga para peserta dapat berjumpa lagi dalam persidangan atau mesyuarat yang akan datang.

08 November 2009

MAJLIS SEPANJANG HARI PADA SABTU 7.11.2009

Assalamulaikum.....

Pada hari Sabtu, 7 November 2009, saya sempat menghadiri 3 majlis yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Hulu Selangor, sama ada program sekolah atau program yang diuruskan oleh PPD Hulu Selangor.

Pada pukul 8.30 pagi saya menghadiri majlis di SMK bukit Sentosa 2 dalam perasmian yang dilaksanakan oleh YB ADUN Batang Kali iaitu program penubuhan atau penajaan PIBG sekolah. Majlis ini selesai lingkungan pukul 10 pagi.

Selepas itu saya bergerak ke SK Bandar Baru Sungai Buaya kerana majlis penutup Bacathon sekolah tersebut, Di sekolah ini Tuan Guru besar memberi laluan kepada saya untuk berucap. Majlis ini sekali lagi dirasmikan oleh YB ADUN Batang Kali.

Selepas majlis ini saya bergerak ke SK Bukit Sentoswa kerana merasmikan majlis yang diuruskan Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Saya berkesempatan memberikan ucapan kepada guru-guru j-QAF daerah Hulu Selangor yang menjadi pengiring dan fasilitator untuk melengkapkan program Literacy al-Quran bagi murid j-QAF.

Rasa penuh dan penat juga untuk memenuhkan semua pemintaan daripada penganjur program.

Pada sebelah petang saya dan isteri bergerak ke Kompleks Haji Kelana Jaya kerana berjumpa adik ipar bersama suami yang berangkat ke Mekah pada penerbangan sebelah malamnya. Saya tidak berkesempatan untuk menghadi majlis atau kenduri yang dilaksanakan di Johor Bharu pada 6 November 2009 kerana pada masa itu saya masih berada di Ipoh menjalani sesi mesyuarat bersama Jabatan Pelajaran Selangor. Hanya dengan hadir di Kompleks Haji saya minta maaf kepada mereka kerana kekangan tugas yang memaksa keadaan berkaitan.

02 November 2009

BERJUMPA SEMULA SELEPAS LAMA TIDAK MENULIS

Assalamulaikum...

Rasanya agak lama juga saya tidak menulis di ruang ini. Maklum sahaja masa yang tidak mengizinkan. Pada minggu lalu saya menghadiri mesyuarat di Ilham Resort Port Dickson, iaitu terlibat dalam mesyuarat bersama Bahagian Perolehan dan Aset KPM dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Dalam masa yang sama terdapat kursus yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor di Astana, Regency dan Bayu. Pengetua dan Penolong Kanan berada di Regency Beach Resort. Guru Prasekolah di Bayu Beach Resort dan Pembantu Tadbir di Astana Beach Resort.

Saya berkesempatan bersama guru prasekolah dalam majlis penutupan pada 28 Oktober. Tahniah kepada En Mohd Zaki kerana berjaya menguruskan program ini. Pada 27 Oktober 2009, sesi malam saya sempat bersama pembantu tadbir di Astana, untuk memberikan ucapan pembukaan. Pada 30 Oktober 2009, oleh kerana saya masih berada di Port Dickson, sekali lagi saya berkesempatan menutup program atau kursus untuk pembantu tadbir. Tahniah kepada Unit Kewangan kerana berjaya melaksanakan kursus ini.
Sepatutnya mulai 29 Oktober saya sudah berada di KL International untuk program PPD Hulu Selangor hingga 1 November 2009. Saya hanya sempat hadir pada 31 Oktober sehingga selesai pada hari Ahad 1 November. Selesai satu minggu.