30 Ogos 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-52

Assalamualaikum,

Hari ini 30 Ogos 2009, besok kita akan menyambut tarikh yang menjadi sambutyat Malaysia setiap tahun. Ada yang terlibat terus dengan majlis sambutan yang diatur di peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung di Dataran Parlimen. Mungkin tidak terlibat dimana-mana sambutan peringkat negeri, daerah atau kebangsaan, hanya duduk di rumah menghabiskan cuti, yang pastinya rakyat beragama Islam masih meneruskan ibadah dalam bulan puasa.

Tidak kiralah dimana kita berada pada hari ini dan esok, atau apa-apa yang kita lakukan, sebagai rakyat Malaysia kita perlu ingat tarikh ini sebagai tarikh istimewa negara kita. Bagi saya yang paling penting ialah bagaimana kita mengingat kemerdekaan negara kita dan bagaimana kita mengisi zaman kemerdekaan negara kita. Lebih setengah abad masa itu sudah berlalu. Mungkin 50 tahun berikutnya akan menjadi masa atau era yang akan menjadi penentu sama ada kemerdekaan yang telah kita kecapi ini akan terus dinikmati atau mungkin sebaliknya.

Selamat menyambut "Hari Kemerdekaan Negara Malaysia"



28 Ogos 2009

CUTI REHAT PADA 28 OGOS 2009 (JUMAAT)

Assalamulaikum,

Pada hari ini saya cuti rehat untuk mengentar anak ketiga saya balik ke IPIS Bangi. Pelajar IPGM bercuti selama seminggu, sama seperti murid sekolah biasa. Anak saya diminta balik lebih awal, walaupun masih ada 2 atau tiga hari lagi, sesi percutian. Mereka dikehendaki bersedia mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan kali ke-52 pada 31 Ogos 2009 ini.

Pada tahun ini cuti rehat saya gunakan semata-mata urusan anak dan urusan kereta sahaja. Walau bagaimanapun selamat menunaikan Ibadah Puasa, berbuka puasa dan selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing.

23 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada:

1. Tuan PPD Hulu Selangor.
2. Semua Pegawai, penyelia dan kakitangan sokongan PPD hulu Selangor.
3. Semua Pengetua, Guru Besar sekolah daerah Hulu Selangor.
4. Semua Pegawai Teknologi PKG-PKG Hulu Selangor.
5. Semua guru-guru daerah Hulu Selangor.
6. Semua kakitangan sokongan (PT,PTR, PAP dan lain-lain) yang bertugas di sekolah-sekolah.
7. Semua rakan-rakan yang mengenali saya.

Semoga puasa tahun ini kita dapat melakukan ibadat dengan baik dan melaksanakan semua tanggungjawab kita dalam ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. Pada masa yang sama jangan lupa segala tugas dan tanggungjawab kita, kerana semua perkara itu juga wajib kita urus dan laksanakan.

Semoga semuanya gembira selalu.

18 Ogos 2009

TAKLIMAT KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN UPSR DAERAH HULU SELANGOR

Pada 17 Ogos 8.45 malam saya hadir di hotel Golcouse Klang. Pada hari ini perjalanan ke Klang melalui Rawang amat memeritkan. Saya bertolak dari rumah pada pukul 5.45 petang, saya hanya sampai di Klang pada pukul 8.30 malam.

Taklimat yang dibuat diharap memastikan pengurusan peperiksaan UPSR tahun 2009 akan berjalan lancar dan kemas tanpa sebarang masalah yang timbul.

Saya menginap di hotel pada malam tersebut. Pagi esoknya iaitu hari ini, pukul 8.00 pagi saya bertolak balik ke pejabat di Kuala Kubu Bharu

17 Ogos 2009

MENGHANTAR ANAK BALIK KE IPIS (INSTITUT PERGURUAN ISLAM), BANDAR BARU BANGI

Pada pukul 5.30 petang pada 16 Ogos 2009 (Ahad), saya bersama isteri mengantar anak saya balik ke IPIS. Dia balik ke rumah pada hari Jumaat kerana menyiapkan semua perkara berkaitan perjanjian memasuki IPGM. Perjalanan dari KKB ke IPIS mengambil masa 1.30 jam.

Saya sampai ke rumah semula kira-kira pukul 8.30 malam.

16 Ogos 2009

SABTU 15 OGOS 2009

Pada pagi 15 Ogos 2009 (Sabtu), saya menghadirkan diri di Auditorium Raja Alam di Akademi Bomba untuk merasmikan seminar, aitu seminar untuk guru-guru Matematik sekolah rendah daerah Hulu Selangor. Pada masa yang sama Tn PPD, Tuan Hj Suhaimi hadir merasmikan majlis Seminar untuk guru Bahasa Inggeris di dewan atau Auditorium Besar Akademi Bomba. Pada pagi ini terdapat 2 majlis dijalankan serentak di Akademi bomba.

Pukul 10.30 pagi saya bersama Tn Hj Suhaimi bergerak ke Jabatan Pelajaran Selangor, Shah Alam kerana majlis Kesyukuran Jabatan Pelajaran. Majlis ini melibatkan bacaan yasiin dan tahlil, sembahyang Zohor berjamaah dan sembahyang sunat Hajat.

Selesai makan tengah hari, kamipun balik semula ke rumah. Saya balik ke Kuala Kubu Bharu.

TAKLIMAT PENJUMUTAN JAWATAN BERDASAR PEKELILING 6,7 DAN 8 2009

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2009, saya bersama KPT PPD Hulu Selangor En Nazary telah menghadiri taklimat ini di Putrajaya. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai JPA.



Melaui taklimat ini kita akan dapat lihat semua kakitangan sokongan N11 dan N14 akan diberi opsyen untuk dimasukkan ke N17, jika mereka setuju menerima opsyen ini. Walau bagaimanapun terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka terlebih dulu.



Selesai taklimat sebelah petangnya saya pergi menjemput anak saya di IPIS, secara kebetulan tidak jauh dari Putrajaya.

MAJLIS PENUTUP PKPSM NEGERI SELANGOR BERSAMA PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

Pada 12 ogosw 2009, meminta saya hadir mewakili beliau dalam majlis berkaitan di Kelab Selangor, Shah Alam. Oleh kerana pada malam itu saya perlu ke Hotel Regency Kuala Lumpur untuk program Pemantapan ICTL sekolah rendah, majlis penutupan kursus pada pagi Khamisnya, saya berkemas keperluan untuk bermalam di Kuala Lumpur.

Majlis di Kelab shah Alam selesai pada pukul 6.00 peatang. Sebelum bergerak ke Regency, saya bergerak ke IPGM Kampus Islam Bagi (IPIS) untuk menyelesaikan sedikit masalah anak saya yang baru mendaftar di IPIS pada 10 Ogos yang lalu. Dari Bangi saya bergerak ke Kuala Lumpur. Pada malam itu saya menginap di Regency.

Pada siang 13 Ogos 2009, 12.00 tengah hari saya melakukan majlis penutupan kursus tersebut. Selesai majlis saya bergerak balik. Tetapi pukul 2.30 petang saya singgah di SMK Bukit Sentosa 2 untuk meninjau suasana sekolah baru yang masih belum ada pelajarnya lagi.

Pada pukul 3.45 petang saya bergerak ke SMK taman Bunga Raya (1) untuk bersama-sama dalam majlis penutup kursus Pemimpin Pandu Puteri Daerah hulu Selangor. Saya bali ke rumah di Kuala Kubu Bharu, dan bersiap sedia untuk bersama-sama majlis Sembahyang Hajat di SK Kuala Kubu Bharu Satu.

11 Ogos 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN GURU DAN KAKITANGAN PENDIDIKAN HULU SELANGOR 2008

Pada hari ini, 11 Ogos 2009, bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, mulai 2.00 petang telah diadakan majlis Anugerah Kecemerlangan (APC) daerah Hulu Selangor. majlis pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mahmud bin Karim, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Selangor, mewakili Pengarah Pelajaran Selangor.

Pada hari ini anugerah telah disampaikan kepada 239 orang penerima anugerah. Penerima terdiri daripada guru-guru dan kakitangansokongan yang bertugas di sekolah. Semoga majlis hari ini akan menjadi ingatan kepada semua dan menyuntik semangat kepada semua warga pendidik di daerah ini.

Satu ungkapan yang menjadi ingatan saya yang dinyatakan oleh Tuan Hj Mahmud ialah, semua guru hendaklah bertugas dengan jujur dan iklas kerana guru-guru boleh mencapai tahap jutawan, iaitu semasa berada di akhirat, JUTAWAN AKHIRAT.

09 Ogos 2009

KURSUS KEPEMIMPINAN IMPAK TINGGI

Mulai 7 Ogos 2009 saya menghadiri kursus ini di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson. Kursus ini dihadiri oleh Semua Ketua Sektor JPNS, Semua PPD Negeri Selangor, semua KPP Jabatan Pelajaran Selangor dan semua Timbalan PPD negeri Selangor.

Pada sesi pertama pada malam 7 Ogos 2009 (Sabtu) disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Hj Zahri bin Aziz. Hari kedua, pagi selama 4 jam, 8 Ogos 2009, Slot disempurnakan oleh En Roslan bin Mohamad (Ketua Jabatan Kecemerlangan Kepimpinan - INTAN), atas tajuk Effectiveness Leadership. Slot selepas itu disempurnakan oleh Dr Ismi Ariff b Ismail, dari Universiti Putra Malaysia, atas tajuk pertama ialah Kepimpinan Pembinaan Pasukan & Pemantapan Organisasi dan tajuk kedua, Global Leadership for a World Class Organization.

Pada hari ketiga, 9 Ogos 2009 (Ahad) slot disampaikan oleh tiga orang pensyarah IAB diketuai oleh Dr Mohamed Yusof b Mohd Noor atas tajuk High Impact Studies, membentangkan kajian IAB terhadap kepimpinan Pengetua dan Guru Besar di Malaysia, khasnya di Selangor.

Saya tidak sempat bersama untuk hari keempat, 10 Ogos 2009 kerana pada malam 9 Ogos 2009 (Ahad), saya terpaksa balik ke Kuala Kubu Bharu kerana pada 10 Ogos 2009, saya perlu menghantar anak ketiga saya mendaftar di Institut Perguruan Islam di Bangi.

06 Ogos 2009

HARI LARIAN OBOR DI HULU SELANGOR

Pada hari ini, 6 ogos 2009 saya sepatutnya menyertai Tn PPD bersama yang lain untuk menyertai larian obor. Atas permintaan tuan PPD, saya perlu menguruskan perbincangan tentang pelaksanaan selenggara peralatan ICT di daerah. Oleh kerana keadaan ang terdesak, mesyuarat dijalankan dengan segera.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En Ajmain (Penolong Penyelia ICT) dan 4 orang Pegawai Teknologi dari 4 buah PKG di daerah hulu Selangar. Dalam mesyuarat telah dibincangkan bagaimana perlu menjalankan penyelenggaraan ICT peringkat sekolah dapat dijalankan. Semua hal ini perlu diambil tindakan segera selepas waren diturunkan ke PPD.

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PELAJAR PMR DAERAH HULU SELANGOR

Pada 4 dan 5 Ogos 2009, Satu seminar berkaitan telah dijalankan di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu. Program ini adalah tajaan Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Program ini diuruskan oleh PPD Hulu Selangor, dengan memanggil 4 orang pelajar miskin tingkatan tiga dari setiap sekolah menengah di daerah ini.

Peringkat PPD Jawatankuasa telah dibentuk. Terima kasih kepada penyelaras program, Tn Hj Rasidi bin Saarani (Penolong Penyelia HEM PPD Hulu Selangor). Terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj Ruslan bin Che Mee (Pegawai Kaunselor Daerah) yang bertindak selaku penyelaras fasilitator dan Kem Komanden. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat tetapi tidak berkesempatan untuk saya catatkan di sini. Ucapan terima kasih juga kepada semua fasilitator dan penceramah semasa program ini dijalankan.

Pada 12.00 tengah hari 5 Ogos 2009 (Rabu), saya berkesempatan menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan di dewan Besar Kem Bina Semangat. Semoga semua pelajar yang hadir akan mendapat faedah yang besar dalam program ini.

04 Ogos 2009

PEMANTAUAN PENGETUA DG52

Pada 3 Ogos 2009, saya bersama Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid dan 2 orang pegawai lain iaitu En Mohd Isa bin Jali (Pengurus Kualiti) dan En Rozman bin Baharuddin (Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran) telah berkunjung ke SMK Serendah untuk melakukan pemantauan khas Pengetua DG52.

Pada hari ini, 4 Ogos 2009 kami sekali lagi berada di SMK Sg Choh, atas tujuan pemantauan yang sama. Hingga ke hari ini kami telah menyelesaikan pemantauan untuk 3 buah sekolah, iaitu:
1. SMK Syed Mashor, Batang Kali.
2. SMK Serendah.
3. SMK Sungai Choh.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga orang Pengetua yang memberikan kerjasama kepada kami, membolehkan pemantauan ini dapat dilakukan dengan lancar.

Pada pandangan saya, pemantauan seperti ini dapat melihat pengurusan pentadbiran keseluruhan di sekolah dapat dikenal pasti sama ada berjalan baik atau tidak di sekolah-sekolah.