31 Mei 2009

PERASMIAN PENUTUP KEM JUARA 2009 SK BUKIT SENTOSA

Pada hari ini 31 Mei 2009, saya menghadiri majlis di SK Bukit Sentosa, iaitu majlis penutupan Kem Juara murid tahun 6 bersama ibu bapa murid di dewan sekolah SK Bukit Sentosa.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah khasnya Guru Besar, Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin dan PIBG yang sudi menjemput PPD untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir, kerana berjaya melapangkan masa pada hari Ahad untuk bersama anak masing dalam majlis penutupan ini. Kehadiran ibu bapa memberikan suntikan semangat kepada murid-murid yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.

Usaha gigih semua pihak iaitu murid-murid dan guru-guru dengan sokongan ibu bapa, saya percaya segala yang dihajatkan akan berjaya. Sama-samalah kita berdoa semoga cita-cita dan harapan semua akan dimakbulkan oleh Allah. Selamat berjaya kepada semua calon UPSR SK Bukit Sentosa sesi 2009.

Terima kasih atas segala-galanya.

29 Mei 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SEKOLAH BESTARI NEGERI SELANGOR

Pada 26-28 Mei 2009, saya menghadiri mesyuarat anjuran Unit ICT Pengkomputeran Kurikulum JP Selangor di Coral Bay Resort, pulau Pangkor.

Selesai mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Selangor, saya terus balik ke rumah mengambil pakaian dan peralatan untuk bergerak ke Pulau pagkor. Saya tidak berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Selangor yang berlangsung pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu. Saya sampai ke Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam.

Waktu makan malam pertama, semasa makan malam ini satu majlis diatur untuk meraikan bekas KUTV yang telah bertukar tempat kerja atau beredar ke jawatan yang lain. Majlis meraikan Pn Jamilah bt Ali, bekas KUTV Klang yang bertukar dan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua DG52 di SMK Sri Andalas Klang, dan diri saya sendiri yang meninggalkan jawatan KUTV Hulu Selangor untuk memegang jawatan yang ada sekarang.

Terima kasih kepada En Zahri bin Hj Ramlan (Penolong Pengarah Kanan ICT Pengkomputeran JPS) dan semua rakan KUTV seluruh negeri Selangor yang mengaturkan majlis tersebut.

Saya masih meneruskan tugas KUTV buat masa ini, kerana pengganti saya masih belum ada secara rasmi. Dua hari berikutnya, mesyuarat ini diisi dengan perbincangan tentang perancangan strategik untuk sekolah Bestari negeri Selangor. Mesyuarat ini dihadiri sama oleh semua 12 orang Guru Penyelaras Bestari daripada 12 buah sekolah di negeri Selangor. Telah diputuskan, satu proses pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Julai, melibatkan pemantau perlu memantau sekolah yang berbeza daerah. KUTV Hulu Selangor, PKG Kuala Kubu Bharu, dan Guru Penyelaras Bestari SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Ampang Pecah (Hulu Selangor) akan memantau 2 buah sekolah di Hulu Langat (SMAP Kajang dan SMK Bandar Baru Bangi). Pemantauan ini bagi memastikan kesemua 12 buah sekolah ini dapat berada pada tahap 5 bintang dalam star rating sekolah bestari.

Mesyuarat di Coral Bay juga kami diberitahu oleh pihak Jabatan Pelajaran, bahawa satu kursus berkaitan Zoom A akan dilaksanakan di PPD Hulu Langat pada 18 Jun 2009. Setiap daerah dikehendaki mencari dan menamakan 4 orang guru daripada sekolah yang dinamakan dalam program ini.(guru Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).

Oleh kerana KUTV daerah Hulu Selangor masih belum melaporkan diri, saya meminta kerjasama Penolong PPD Pengurusan Akademik/KUB bersama Peneylia KBSR untuk menguruskan peserta berkaitan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT JPS BIL 3/ 2009

Pada 26 Mei 2009, saya telah menghadiri mesyuarat ini menggantikan tempat Tuan PPD yang bersedia untuk sambutan hari guru peringkat daerah pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu.

Mesyuarat JK Pemandu ICT ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPS, tuan Hj Bajuri bin Abdullah. Dalam mesyuarat ini jawatankuasa telah membincang, sama ada melulus atau menolak permohonan sekolah yang ingin membeli peralatan ICT menggunakan peruntukan di sekolah masing-masing.

LAN PPD Hulu Selangor (Cawangan) juga ditangguhkan kerana PPD Hulu Selangor dalam proses memohon kepada KPM untuk menyewa dan berpindah ke bangunan baru (bangunan TNB Kuala Kubu Bharu). Semoga usaha ini diluluskan dan warga PPD Hulu Selangor dapat bertugas di bawah satu bumbung semula.

24 Mei 2009

KEJOHANAN TENPIN BOLING SEMPENA HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamulaikum...

pada hari ini, 24 Mei 2009 (Ahad), saya bergerak dari rumah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah untuk menghantar anak saya balik selepas balik ke rumah pada hari Jumaat yang lalu. Saya bertolak dari rumah pada pukukl 8.30 pagi. Selesai di sana saya terus berpatah balik ke Selayang Mall kerana menyertai pertandingan yang disebutkan.

Saya sampai di Selayang Mall lebih kurang pukul 2.15 petang. Dalam kejohanan ini terdapat 24 pasukan mengambil bahagian. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan PPD Hulu Selangor, Pengurusan Sekolah PPDHS, pasukan Pengurusan Akademik PPDHS, pasukan Pengurusan pembangunan Kemanusian PPDHS dan beberapa pasukan daripada sekolah Hulu Selangor.

Saya tidak begitu ingat keputusan pertandingan, walau bagaimanapun tahniah kepada pasukan yang berjaya. Antara keputusan ialah; acara pasukan dimenangi oleh Sektor Pengurusan Sekolah PPDHS yang dibarisi oleh:
1. Tn Hj Anuar bin Mahad (Penyelia Pembangunan dan Bekalan)
2. En Mohd Shahrin (Penyelia Sekolah Rendah)
3. En Bahari b Tajuddin (Kaunselor Pentadbiran)
4. En Mohd Isa bin Jali (Pegawai Kualiti)

Pasukan PPD Hulu Selangor mendapat tempat ketujuh dibarisi oleh:
1. Tn Hj Suhaimi bin Rashid (PPDHS)
2. En Rozali bin Mazlan (TPPDHS)
3. En Kamsah bin Mokhtar (PPPDP Sekolah)
4. En Mohd Jais (Pemandu)

23 Mei 2009

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENINGKATAN SAHSIAH GURU / PENINGKATAN PRESTASI BAHASA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Pada hari ini 23 Mei 2009 (Sabtu), saya dijemput untuk menyempurnakan majlis penutupan kursus bagi semua guru SJK Cina daerah Hulu Selangor di dewan SJK C Khing Ming, Kuala Kubu Bharu.

Kursus pada hari ini melibatkan slot yang disampaikan oleh Prof. Dr. Shaun Zeng dari Klang. Satu slot lagi, peningkatan prestasi Bahasa Malaysia disampaikan oleh En Muhamat Khir b Hashim.

Saya sempat menyampaikan ucapan kepada semua guru yang hadir, saya jangkakan lebih daripada 200 orang. Kita berharap kursus yang dilalui pada hari ini akan meningkatkan kemahiran guru-guru SJK C daerah Hulu Selangor. Saya tidak lupa mengucapkan selamat hari guru, meminta bersama-sama menghayati tema tahun ini, "Guru Pembina Negara Bangsa". Saya rasa satu tanggungjawab besar dan memerlukan pengorbanan yang besar daripada semua guru.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada AJK pelaksana dengan kerjasama MGBC dan unit latihan PPD Hulu Selangor, kursus ini berjalan dengan baik dan lancar.

21 Mei 2009

CUTI REHAT URUSAN SERVIS KERETA

Assalamulaikum...

Pada hari ini, 21 Mei 2009, saya bercuti. Pada hari saya dijangka berada di Selayang dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Kereta saya sudah perlu melalui "major servis". Waktu saya menaip ini jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Saya perlu tunggu hingga ke petang. Ini pasti membosankan. Nasib baik saya membawa novel yang masih belum selesai saya baca, sejak saya beli bulan lepas. Ada 1/3 bahagian terakhir yang belum dibaca.

Mungkin kurang juga bosan kerana ada buku, rasanya akan habis dalam masa 2 jam sahaja. Lepas itu nak buat apa?. Internet ada di sini. TV juga disediakan. Mungkin inilah yang ada untuk saya menanti sehingga ke petang.

Saya berhenti di sini sahaja buat ketika ini. Jika ada maklumat lain, saya akan masuk kemudian, mungkin di rumah.

18 Mei 2009

KURSUS INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Pada 18 Mei 2009, Jabatan Pelajaran Selangor telah menganjurkan satu kursus, iaitu Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Awam, bertempat di Hotel Goldcourse, Klang.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucaputama oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn Hj Bajuri bin Abdullah.

Terdapat 2 sesi, slot yang disampaikan oleh oleh Tn Moh Samsuddin bin Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Selangor. Beliau banyak menyentuh tentang kes-kes yang pernah berlaku sama ada secara disedari atau secara tidak disedari oleh penjawat awam. Perkara yang disentuh, termasuklah tentang suapan (rasuah), menegmukakan dokumen palsu dan penyalahgunaan kuasa.

Paling penting bagi pandangan saya ialah berpegang kepada ajaran agama sepenuhnya. Ajaran agama semestinya melarang kita daripada menghampiri dan melakukan perkara-perkara yang boleh menggugat integriti kita sebagai penjawat awam.

Sesi sebelah petang, slot disampaikan oleh Tb Hj Aluwi bin parman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), atas tajuk Pemantapan Budaya Integriti Dalam organisasi.
Guru dan semua warga pendidik juga tidak terkecuali daripada hal berkaitan integriti. Oleh itu marilah kita sama-sama supaya integriti sektor pendidikan dapat diprtahankan keutuhannya.

17 Mei 2009

SEMINAR "SCORE A" DALAM PMR

Assalamualaikum......
Pada hari ini saya sempat hadir dalam majlis pembukaan program Score A anjuran Berita Harian dan Bank Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu, pada pukul 10.00 pagi.

Saya mewakili PPD Hulu Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur program seminar ini. Tahniah kepada pelajar yang hadir kerana sanggup mengorbankan cuti hujung minggu untuk mendapat maklumat yang banyak faedahnya, dalam menghadapi PMR yang akan menjelang tidak lama lagi.

Tidak dapat dinafikan banyak pihak yang memberikan perhatian yang lebih pada keputusan peperiksaan, sama ada UPSR, PMR,SPM dan STPM. Sudah menjadi kebiasaan dalam sistem pendidikan sekarang keputusan peperiksaan amat dipentingkan, walaupun pendidikan secara menyeluruh tidaklah hanya setakat peperiksaan sahaja. Pendidikan sebenarnya lebih luas daripada itu, kerana melibatkan membangunkan modal insan.

Namun sebagai memenuhi objektif program yang disusun, seminar sepertin ini dapat membantu para pelajar. Namun semua pelajar perlu ingat bahawa untuk mencapai kecemerlangan yang sepatutnya tidak boleh hanya mengharapkan seminar seperti ini sahaja. Usaha berterusan dengan tunjuk ajar guru dan sokongan ibu bapa amat perlu. Tidak lupa usaha berterusan setiap pelajar lebih penting lagi.

Terima kasih saya ucapkan kepada Berita Harian, Bank Rakyat dan semua fasilitator yang sanggup bersusah payah menyediakan segala pengisian dalam seminar ini. Sekian terima kasih.

14 Mei 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Assalamualaikum....

Tidak lama lagi pada 16 Mei 2009, kita warga pendidik seluruh pelusuk negara akan menyambut Hari Guru, semenjak dimulakan pada tahun 1972 yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini mengambil kira teras pertama PIPP yang didokong oleh semua warga pendidik kumpulan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jika kita rujuk terus kepada teras ini, kita memang bukan sekadar penyampai maklumat dan ilmu kepada murid-murid dan pelajar di sekolah. Nilai yang perlu kita ambil kira ialah membangunkan modal insan kita ke arah menjadi warga negara yang mampu meneraju dan meningkatkan kedudukan negara dalam segala segi. Kita berharap warga bangsa kita akan datang akan dapat menerima dan menggunakan segala ilmu yang global pada masa sekarang. Pada masa yang sama kita mengharapkan mereka tidak lupa pada jati diri yang bertunjangkan kepada aspek local dan menjunjung segala warisan bangsa yang telah wujud lama dalam bangsa Malaysia.

Kita berharap negara kita akan wujud suasana harmoni secara berterusan dalam kumpulan kaum yang pastinya berbeza. semua ini sedia ada dari masa yang lama.

Kembali kepada hari guru kita, saya muatkan bersama ini seni kata lagu Guru Pembina Negara Bangsa di bawah ini:

Bersedia Melangkah Megah
Walaupun Sukar Bakti Kucurah
Demimu Ibu Pertiwi
Sumpah Kulafaz Janji Kukota

Berikrar Eratkan Bangsa
Kukuhkan Cinta Kepada Negara
Berjasa Terus Berjasa
Menyebarkan Ilmu Tiada
Batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah Perjuangkan Visi Negara
Bangunkan Jiwa Yang Pelbagai Rupa
Demi Agama dan Nusa Tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai
matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



12 Mei 2009

MESYUARAT PENYELARASAN FAIL MEJA TIMBALAN PPD NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum.....

Pada 12.05.2009 mulaqi pukul 9.00 pagi telah diadakan perjumpaan di kalangan semua Timbalan PPD semua daerah negeri Selangor di bilik mesyuarat Unit kualiti JPN Selangor. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan penyediaan Fail Meja Timbalan PPD yang masih belum di swdiakan.

Inilah perjumpaan pertama kali semua Timbalan PPD dari 10 buah daerah. Semoga perjumpaan pertama ini akan dapat memberikan ruang kerjasama di kalangansemua Timbalan PPD yang sedia ada. Berikut ialah senarai nama Timbalan PPD yang terdapat di PPD seluruh negeri Selangor:

1. Pn Patifah bt Shamsuddin (PPD Gombak)
2. Pn Rahanim bt Abd Rahim (PPD Petaling Utama)
3. En Mohamad Jajuli bin Naim (PPD Kelang)
4. En Abdul Hamid bin Takat (PPD Kuala Selangor)
5. En Shamsul Azha bin Md Yusuf (PPD Petaling Perdana)
6. En Agos Salim bin Shahrom (PPD Kuala Langat)
7. En Mohd Amin bin Sulaiman (PPD Sepang)
8. En Muhamad Radzi bin Abdullah (PPD Hulu Langat)
9. Tn Hj Mokhtar bin Manijo (PPD Sabak bernam)
10.En Rozali bin Mazlan (PPD Hulu Selangor)

11 Mei 2009

PENDAFTARAN ANAK DI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, DI KUALA PILAH.

Assalamualaikum....

Hari ini saya cuti rehat, kerana menghantar anak permpuan saya (anak ketiga) mendaftar di Kolej Metrikulasi Negeri Sembilan, di Kuala Pilah.

09 Mei 2009

TEKS PERUTUSAN HARI GURU OLEH MENTERI PELAJARAN

Teks ucapan Menteri Pelajaran boleh dimuat turun dengan klik pada tajuk di atas. Sila gunakan dalam majlis peringkat sekolah di daerah ini.

TEKS PERUTUSAN HARI GURU OLEH KPPM

Teks Ucapan KPPM untuk Hari Guru 2009 boleh dimuat turun, sila klik pada tajuk di atas. Sila gunakan teks ucapan ini untuk perayaan peringkat sekolah di daerah ini.

PERANCANGAN STRATEGIK DI PUTERI BAYU BEACH RESORT, PANGKOR

Pada masa sekarang, dari 7-10, sebilangan pegawai PPD Hulu Selangor berada di Pulau Pangkor kerana menyiapkan Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Kumpulan pertama telah siap pada 23-26 April 2009 di tempat yang sama.

Semoga semua pegawai yang berada di Pulau Pangkor pada masa sekarang dapat menyiap dan sempurnakan tugas masing-masing. Harap-harap tidak perlu dibawa tugasan kta ke pejabat untuk menyiapkannya. Selesaikan semuanya di sini. Saya amat berharap kita tidak menunda tugas kita, kerana ada banyak tugas lain yang sedia menanti kita apabila kita balik ke pejabat selepas ini.

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERTAMA 2009

Assalamualaikum...

pada 6 Mei 2009, Tn Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Hj Zahri bin Aziz, Timbalan Pengarah, Tn Hj Bajuri bin Abdullah, semua Ketua Sektor, semua PPD negeri Selangor, Ketua Nazir Jaminan Kualiti Selangor, KPP BTPN dan semua pegawai Kurikulum JPNS hadir di SK Kuala Kubu Bharu kerana mesyuarat berkaitan.

Terima kasih kerana hadir ke Hulu Selangor. Minta maaf atas segala kekurangan yang terdapat semasa kami menguruskan mesyuarat tersebut.

PERHIMPUNAN BULANAN KPM BERSAMA YAB MENTERI PELAJARAN

Assalamulaikum...

Pada 5 Mei 2009, saya bersama Tuan PPD Hulu Selangor telah menghadiri majlis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pada pagi ini kami berkesempatan mendengar uvapan aluan daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Hj Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas itu kami mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran, juga Timbalan perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin. Timbalan Perdana Menteri hanya sempat menyampaikan amanat secara ringkas sahaja. Walaubagaimanapun detail ucapan beliau telah diulas secara panjang lebar oleh Yang Berbahagia Dato KPPM kita.

MAJLIS PROFESIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamulaikum...

Pada 4Mei 2009, saya menghadiri program ini di Auditorium Kompleks E, KPM di Putrajaya, mewakili Tn PPD Hulu Selangor yang tidak berkesempatan untuk hadir. Majlis ini dilaksanakan dari pagi hingga ke petang.

Pada pukul 10.00 pagi Yang Berbahagia Dato' Haji Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyampaikan Ucaputama dan amanatnya kepada semua yang hadir pada pagi itu. Beliau banyak berbicara tentang amanat Perdana Menteri yang baru dan mengaitkannya dengan pendidikan di Malaysia.

Pada sesi petang, majli bicara bersama semua Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, iaitu;

1. Yang Berbahagia Dr Haili bin Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
2. Yang Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).
3. Yang Berbahagia Datin Asariah bt Mior Shaharuddin, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Pembangunan Profesionalisme Keguruan.

03 Mei 2009

SEHARI PERJALANAN PERGI DAN BALIK KUALA KUBU BHARU DAN KUANTAN

Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu, 02.05.2009 saaya dan ahli keluarga melakukan kunjungan ke bandar Kuantan. Sebenarnya kami ingin melihat dengan sendiri tempat anak kedua saya yang akan memulakan pengajian tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mulai 7 Julai 2009. Sebagai langkah awal kami berkunjung ke UIAM tersebut.

Perjalanan mengambil jarak lebih daripada 200 km. kami menggunakan jalan melalui Genting Higlands dan terus menggunakan lebuh raya Pantai Timur hingga ke luar di Kuantan.

Kampus ini agak baru kerana tidak banyak pokok di dalam kawasan kampus, dan masih banyak bangunan baru masih dalam pembinaan. Kampus ini menempatkan semua pelajar yang mengambil bidang Sains, termasuk perubatan, pergigian,farmasi, kejururawatan, Sains hayat dan lain-lain Sains. Hanya pelajar kejuruteraan akan berada di kampus Induk di Gombak, bersama pelajar lain yang bukan aliran saains.

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MESYUARAT PENYELARASAN JPS BERSAMA PPD KALI KE-4 2009

Assalamualaikum...

Pada 30.04.2009, saya mewakili Tuan PPD, Tn Hj Suhaimi dalam perhimpunan bulanan dan mesyuarat penyelarasan ini. Pada hari yang sama Tn Hj Suhaimi menghadiri majlis penutupan kejohanan memanah negeri Selangor di Stadium Melineum Kuala Kubu Bharu.

Dalam perhimpunan pagi Dr Pengarah Pelajaran memperkenalkan ramai pegawai-pegawai di Jabatan pelajaran yang baru memulakan tugas mereka.

Bagi saya inilah kali pertama saya dapat hadir dalam mesyuarat penyelarasan di JPN Selangor, kerana mesyuarat ini biasanya hanya dihadiri oleh semua Pegawai Pelajaran Daerah, semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Selangor, Ketua Nazir Selangor, KPP BTPN dan KPP JPN Selangor dan pegawai-pegawai JPN Selangor sahaja.