31 Januari 2010

KAWALAN KESELAMATAN DI SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HULU SELANGOR MULAI 01.02.2010

Mulai 12.00 pagi 01.03.2010 perubahan syarikat kawalan keselamatan akan bermula. Terdapat 5 zon yang menguruskan keselamatan di daerah ini.

ZON A : Awara Security Services (M) Sdn Bhd. Sekolah kawalan mereka ialah:
1. SK Seri Fajar.
2. SK Sungai Tengi.
3. SK Kg. Soeharto.
4. SK Gedangsa.
5. SK Seri Keledang.
6. SK Gesir Tengah.
7. SK Sungai Selisek.
8. SK Hulu Bernam.
9. SK Kalumpang.
10.SK Lembah Beringin.
11,SJKC Kalumpang.
12.SJKT Ladang 15.
13.SJKT Ladang Changkat Asa.
14.SJKT Ladang bKalumpang.
15.SJKT Ladang Escort.
16.SAM Sungai Selisek.
17.SMK Gedangsa.

Zon B: STN Security Sdn Bhd. Sekolah di bawah kawalan ialah:
1. SK Kuala Kubu Bharu.
2. SK Kuala Kubu Bharu 1.
3. SK Kuala Kubu Bharu 2.
4 SK Ampang Pecah.
5. SK Rasa.
6. SK Batang Kali.
7. SK Bandar Baru Btg. Kali.
8. SK Ulu Yam Bharu.
9. SK Kampung Kuantan.
10.SK Tun Abdul Razak.
11.SJKC Khing Ming.
12.SJKC Kg Gurney (Pusat)
14.SJKT Kuala Kubu Bharu.

Zon C: Melawati Security Services (M) Sdn Bhd. Sekolah kawalan mereka ialah:
1. SJKC Bukit Fraser.
2. SK Kerling.
3. SMK Kuala Kubu Bharu.
4. SMK Dato Hj Kamaruddin.
5. SMK Ampang Pecah.
6. SMK Syed Mashor.
7. SMK Bandar Baru Btg. Kali.
8. SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu.
9. Asrama SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu.
10.Asrama Desa SK Tun Abdul Razak.
11. SJKT Ldg Batang Kali.
12.Asrama Desa SK Sungai Tengi.
13.PPD Hulu Selangor.
14.SJKC Kerling.
15.Asrama SMK Kuala Kubu Bharu.
16.SK Bukit Sentosa 2.

Zon D: New Hemisphere Security Sdn Bhd. Sekolah kawalan mereka ialah:
1. SMK Serendah.
2. SMK bandar sungai buaya.
3. SMK taman Bunga Raya(1)
4. SMK Bukit Sentosa
5. SM Sains Hulu Selangor.
6. Asrama SM Sains Hulu Selangor
7. KIP SMK Sg Choh.
8. Asrama SAM Sg Selisek.
9. SMK Kg Soeharto.
10.SMK Sg Choh.
11.SJKT Ldg Kerling.
12.KIP SMK Gedangsa.
13.KIP SMK Kalumpang.
14.SK Beruntung 2.
15.SMK Bukit Sentosa 2.
16.SK Taman Bunga Raya (2)

Zon E: BB Kawalan Sdn bhd. Sekolah kawalan mereka ialah:
1. SK Ulu Yam Lama.
2. SK Antara Gapi.
3. SK serendah.
4. SK Sg Choh.
5. SK Sg Buaya.
6. SK Bandar Sg Buaya.
7. SK Bukit Beruntung.
8. SK Taman Bunga Raya (1)
9. SK Bukit Sentosa.
10.SJKC Batang Kali.
11.SJKT Ladang Sg Choh.
12.SWJKT Bukit Beruntung.
13.SJKC Chong Chee.
14.SJKC Rasa.
15.SJKC Serendah.
16.SMK Kalumpang.

Semoga kelima-lima syarikat dapat menjalankan tugas dengan baik, Pihak Pengetua dan Guru besar diharap dapat membuat pemantauan yang lebih berkesan untuk memastikan tugasan kawalan keselamatan dipastikan berjalan lancar.

.

PINDAH SEPENUHNYA PADA 01.03.2010

Inilah sepanduk yang digantungkan pada bangunan Wisma TNB Kuala Kubu Bharu untuk makluman semua pelanggan.



Makluman untuk Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah.

Berkaitan Dengan Gred Purata Sekolah (GPS).
(Catatan diambil dari Sesawang NKRA KPM)

Pihak Urus Setia Sub-NKRA (Tawaran Baru/New Deals) mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan dalam menjayakan proses pengisian data berkaitan dengan Tawaran Baru/New Deals.

Pihak urus setia memohon Guru Besar dengan kerjasama PPD menyemak Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah tuan/puan seperti yang tertera dalam portal NKRA ini dengan teliti. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau masalah berkaitan dengan GPS tersebut, sila maklumkan segera kepada pihak urus setia menerusi email harery.saad@jns.moe.gov.my atau nadzman.radzaly@moe.gov.my atau menerusi talian telefon 03-88844354/03-88844109/88844263 sebelum atau pada 29 JANUARI 2010 (Jumaat).

GPS sebenar yang digunakan dalam Tawaran Baru ini merujuk GPS yang diguna pakai oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sebarang perubahan terhadap GPS tidak boleh dilaksanakan selepas tarikh tersebut dan penyenaraian kedudukan sekolah akan dibuat menerusi portal ini selepas mengambil kira perubahan terkini GPS bagi sekolah-sekolah yang berkaitan.

Verifikasi ke atas sekolah yang dikenal pasti mencapai sasaran [Exceed Target (ET)] dan [Below Target (BT)] akan dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dalam tempoh tahun penilaian

30 Januari 2010

WISMA TNB KUALA KUBU BHARU




Inilah pandangan Wisma TNB Kuala Kubu Bharu yang akan menjadi tempat PPD Hulu Selangor beroperasi sepenuhnya mulai 01 Mac 2010.

28 Januari 2010

SEBULAN MELEPASI TAHUN 2010

Selamat berjumpa semuanya di ruangan ini. Hari ini genap 28 hari dalam bulan Januari. Berita daripada PPD hulu Selangor yang ingin saya sampaikan di sini, saya mulakan ucapan tahniah saya kepada semua guru yang telah diberikan surat lantikan DG41 yang telah mengikuti program(PJJ). Hari ini kami meraikan lebih daripada 20 orang guru-guru berkaitan Bererti kumpulan guru Lepasan Diploma yang telah menyambung pelajaran secara PJJ. Hari ini mereka mendapat surat tawaran untuk berkhidmat sebagai guru DG41 tetapi masih di tempatkan sekolah asal masing-masing.

Harapan saya sebagai salah seorang guru juga, hanya saya bertugas dalam tugasan yang berbeza zsedikit daripada guru=-guru di sekolah. Walau bagaimanapun saya berharap kepada semua rakan ini dapat menerima dan bertugas dengan lebih baik. Saya berharap tidak ada unsur membeza--bezakan di kalangan rakan guru kita yang telah bergelar guru siswazah dan yang masih sebagai guru lepasan diploma. Kita adalah guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak murid. Pengalaman saya dapat melihat, apa saja gred jawatan kita sebenarnya tidak penting. Apa yang lebih penting ialah mendidik dan mengajar anak didik kita secara bersama di sekolah.

Satu perkembangan yang akan berlaku di PPD Hulu Selangor ialah kami dalam proses berpindah ke bangunan baru disewa di Wisma TNB Kuala Kubu Bharu. Proses menyediakan tempat masih diteruskan. Walau bagaimanapun sebahagian daripada pegawai telah berpindah ke bangunan ini. Semua pegawai yang selama hari ini berada di tingkat 4 di bangunan yang lama telah berpindah ke Wisma TNB. Semua pegawai Pembangunan Kemanusiaan juga telah berpindah ke sini. Pegawai Akademik masih berada di PPD Cawangan, mereka akan berpindah secara berperingkat. Begitu juga kakitangan yang berada di tingkat 1 bangunan Pejabat Daerah, juga akan berpindah secara perperingkat-peringkat.

Kita berusaha supaya semua pegawai akan berpindah sepenuhnya mulai 01 Mac 2010. Hanya sedikit masalah untuk menggerakkan kakitangan kewangan sahaja, kerana mungkin mereka akan lewat berpindah kerana tidak mahu ada masalah pada masalah sistem ewSPKB dan ePerolehan. Selepas talian dan sistem benar-benar dapat berjalan baik di Wisma ini, mereka akan berpindah juga.

Semoga tempoh peralihan ini tidak akan mendatangkan masalah yang besar kepada semua sekolah dan pelanggan yang mahu berhubung dengan kami di PPD Hulu Selangor. Saya berharap semua pegawai dan kakitangan di PPD khasnya yang berada di Wisma TNB tidak kecewa dengan masalah awal dihadapi kerana kemudahan pejabat tidak begitu selesa lagi. Walau bagaimanapun sebagai guru yang sudah biasa dengan segala kekurangan semasa bertugas di sekolah pada masa yang lalu, dapat memastikan kita dapat bertahan dengan segala kekurangan. Sekurang-kurang selepas Mac nanti kita semua boleh berada di dalam satu bangunan yang dapat memastikan pengurusan kita akan berjalan dengan baik.

Cukup setakan ini pada hari ini, kita berjumpa lagi dalam ruangan pada masa akan datang.

25 Januari 2010

TAKLIMAT BAKAL PESARA TAHUN 2011 DAN 2012 DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari Selasa, 26.01.2010, suatu taklimat kepada bakal pesara ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26.01.2010.
Masa: 09.00 pagi.
Tempat: Dewan SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Bakal pesara dan PT dari sekolah dikehendaki hadir semoga semua hal yang berkaitan dengan pesara dapat diketahui dengan baik dan segala keperluan untuk bakal pesara dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga perjumpaan ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat.

08 Januari 2010

MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN / MINGGU PERTAMA TAHUN 2010

Minggu ini persekolahan dan kerja pejabat bermula pada 04 Januari hinggalah 08 Januari 2010.

Pada 04 Januari permulaan kerja sesi 2010, kebanyakan pegawai di PPD menjalankan kerja dan tugas pemantauan awal persekolahan di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh Sektor Pengurusan sekolah. Saya kebanyakannya menghabiskan tugas di pejabat, seperti menguruskan pertukaran murid dan melayan tetamu yang datang ke pejabat kerana menghadapi masalah-masalah persekolahan anak-anak mereka.

Pada 05 Januari 2010 masih menguruskan perkara yang sama termasuk tugas harian perkhidmatan dan berkaitan pengurusan kewangan di pejabat. Apa lagi semua perkara harian di pejabat.

Pada 06 Januari 2010, saya bergerak ke luar, iaitu ke Kg Sungai Nilam di Sungai Selisek. Saya bersama Kaunselor (Tn hj Ruslan) dan Penolong Penyelia HEM (Tn Hj Rasidi) kerana mendapat perkhabaran tentang ada keluarga mempunyai anak-anak yang tidak bersekolah. Inilah kali pertama saya masuk ke kawasan perkampungan ini walaupun sudah biasa lalu lalang melalui jalan di Sungai Selisek ini semenjak tahun 1980 lagi. Kami balik dan singgah di Kg Air Panas, Kerling kerana menziarahi satu lagi keluarga yang dikatakan mempunyai keadaan yang hampir sama. Sebelah petang saya meneruskan tugas dan tanggungjawab di pejabat sahaja.

Pada 07 Januari 2010, pukul 11 pagi saya mewakili Tn PPD ke Ulu Yam Wood Resort kerana menghadiri majlis penutup program Jabatan Hal Ehwal orang Asli Hulu Selangor bersama ibu bapa orang Asli kawasan Kg Kuantan dan Kg Gurney. Timbalan Pengarah JHOA Selangor-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut bersama dalam majlis berkenaan. Selesai majlis ini saya bergegas balik ke Kuala Kubu bharu kerana diamanahkan oleh Tn PPD untuk mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSSD kali pertama. Sampai sahaja di pejabat, mesyuarat terus dijalankan.

08 Januari 2010, saya ke Selayang untuk servis kereta saya. Catatan inipun saya buat semasa berada di pusat servis Toyota Selayang. Kereta saya dijangka dapat diselesaikan pada pukul 11.30 tengah hari. Selesai di sini saya akan ke Shah Alam kerana Tn PPD meminta saya menggantikannya menghadiri mesyuarat di JPN Selangor, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Promosi NKRAs peringkat negeri. Saya akan sambung catatan ini sebelah malam nanti jika berkesempatan. Jumpa lagi.

Sila ambil perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar, hasil daripada mesyuarat siang tadi:

SATU PROGRAM PROMOSI NKRAs PENDIDIKAAN AKAN DIADAKAN:

PADA: 18 JANUARI 2010 (ISNIN)

TEMPAT: KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR,SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

MASA: 8.30 PAGI.

Surat rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya dengan menggunakan talian yang tertera pada blog ini.

Tentatif Program pada hari tersebut:
7.30 - 8.20 pagi - Pendaftaran.
8.30 - 8.45 pagi - Negaraku
- Bacaan doa

8.45 - 9.45 pagi - NKRA 1-Prasekolah.
9.45 - 10.45 pagi - NKRA 2-Literasi dan Numerasi (LINUS)
10.45-11.15 pagi - KUDAPAN.
11.15-12.15 pagi - NKRA 3 - Sekolah Berprestasi Tinggi
12.15-1.15 t hari - NKRA 4 - Tawaran Baru Untuk Pengetua / Guru Besar

Semoga tentatif program ini dapat memberi gambaran kepada semua untuk bersedia hadir ke program ini. Semoga masing-masing boleh bersedia untuk bersarapan terlebih dahulu. Rasanya tidak ada hidangan makan tengah hari akan disediakan kepada semua peserta.




03 Januari 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010

Hari ini 3 Januari 2010,

Ini adalah catatan pertama saya bagi tahun 2010. Hari ini hari Ahah, besok sesi persekolahan akan bermula. Selamat kembali ke Hulu Selangor diucapkan kepada semua guru yang bercuti panjang. Selamat datang kepada semua guru-guru baru berpindah ke daerah ini, di samping yang baru di tempatkan ke daerah Hulu Selangor.

Hari ini saya lebih khusus menguruskan dua orang anak saya yang akan balik ke tempat pengajian mereka. Anak sulung saya telah lebih seminggu balik ke UPM untuk menyambung pelajarannya sekarang. Dia berada di tahun ke-3. Ada 1 1/2 tahun lagi. Anak kedua saya masih ada di rumah sekarang, selepas balik bercuti pada hari Khamis baru ini. Dia akan balik ke UIA Kuantan pada hari ini. Anak ke-3 saya juga akan balik ke IPIS Bandar Baru Bangi pada hari ini.

Saya percaya semua sekolah telah melalui sesi mesyuarat awal tahun masing-masing. Saya percaya pendaftaran Tingkatan 1 / Tahun 1 telah selesai dijalankan. Semua sekolah telah dimaklumkan akan hal ini.Saya berharap tidak ada apa-apa masalah dalam sesi awal persekolahan tahun 2010.

Bagi sekolah menengah, masing-masing baru mendapat keputusan PMR masing-masing. Walaupun pada amnya keputusan PMR daerah tidak begitu baik, marilah kita sama-sama berusaha supaya kejayaan yang lebih baik akan tercapai.

Catatan khas untuk semua 49 orang Guru besar di daerah ini, sila pastikan perkara penting yang perlu dibereskan mulai 5 Januari 2010 akan datang, maksud saya tentang Bai-ah NKRA seperti yang telah dimaklumkan saebelum ini. tuan-tuan telah mengisi maklumat SKPM dalam sesawang NKRA. Sila masuk semula ke sesawang ini dan buat cetakan terhadap maklumat NKRA masing-masing. Sila tanda tangan dokumen bai-ah ini dan serahkan satu salinan kepada PPD Hulu Selangor untuk tujuan rekod. Jangan lupa selesaikan tanggung jawab masing-masing.
Sebarang masalah boleh hubungi pihak PPD Hulu Selangor, segera.