29 Disember 2009

Cikgu Perlu Mengoptimumkan Penggunaan ICT di Sekolah

Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Di dalam usaha kerajaan membantu guru-guru untuk celik komputer, pelbagai langkah positif telah diambil. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan ‘Laptop’, ‘Laser Printer’ dan ‘Wireless Internet’ di makmal komputer sekolah yang membabitkan pelaburan yang tinggi.

Tidak hanya untuk kepentingan cikgu dan murid di sekolah bandar sahaja, segala kemudahan ICT yang disediakan kerajaan turut membabitkan sekolah-sekolah di luar bandar. Semua ini dilakukan atas dasar untuk memastikan setiap guru atau murid dapat menikmati kemajuan negara dan pada masa yang sama dapat mendekatkan jurang digital. Penubuhan Pusat Internet Desa, Schoolnet, Pusat Komuniti IT, Info Desa, Pembestarian Sekolah dan bermacam lagi program telah dijalankan untuk memastikan setiap murid dan cikgu Malaysia dapat menikmati kemudahan teknologi Internet.

Cikgu digesa agar peka dengan segala bentuk usaha yang dilakukan oleh kerajaan di dalam memperkasakan penggunaan ICT kerana ia melibatkan pelbagai bidang kehidupan. Kesemua infrastruktur ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan sewajarnya dioptimumkan penggunaannya agar niat murni untuk melahirkan murid-murid celik IT akan berhasil.

Saya amat percaya bahawa guru perlu menyediakan diri mereka supaya mampu menggunakan kemudahan ICT dengan baik dan berkemampuan. Dengan mempunyai kemahiran, guru-guru akan mampu bersedia sepanjang masa untuk melaksanakan tugasan harian dengan menggunakan ICT dengan sebaik mungkin.

27 Disember 2009

PERSIAPAN MENJELANG BUKA SESI PERSEKOLAHAN 2010

Hari ini hari Ahad 27 Disember 2009. Kita ada seminggu lagi sebelum buka sekolah tahun 2010, iaitu pada 4 Januari 2010.

Di ruangan ini saya ingin mengingatkan semua sekolah supaya semua perkara yang diingatkan dalam perjumpaan bersama Pengarah Pelajaran disediakan. Tolong pastikan kerusi meja dan buku teks tersedia pada hari pertama persekolahan. Saya percaya minggu hadapan pasti akan bermulanya mesyuarat guru bagi setiap sekolah supaya segala hal dapat dipastikan berjalan dengan baik pada sesi tahun 2010.

Saya berharap pendaftaran murid tahun 1 atau tingkatan 1 dapat dilakukan dengan baik dan lancar sebelum sesi persekolahan bermula. Seperti yang biasa diingatkan, jangan buat pendaftaran pada hari pertama persekolahan. Hari pertama pengajaran & pembelajaran sepatutnya telah dilakukan.Selamat menyediakan sekolah kita dalam keadaan baik pada tahun 2010.

Saya tidak lupa mengucapkan, selamat balik ke Hulu Selangor bagi yang bercuti di kampung masing-masing. berhati-hati sepanjang perjalanan. Jumpa lagi.

21 Disember 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BIL 1/2010

Pada 23 disember 2009 mesyuarat berkaitan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Disember 2009.
Masa: 8.30 pagi.
Tempat: SK Seri Fajar.

Semoa semua yang telah dipanggil untuk hadir, Guru Besar dan Penolong Kanan dapat melapangkan masa untuk hadir melengkapkan mesyuarat peringkat daerah.Semoga kehadiran tuan-tuan akan memastikan program akademik di daerah dapat berjalan dengan baik.

Semoga kita berjumpa lagi pada hari mesyuarat tersebut.

20 Disember 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH BIL 1/2010

Perhatian kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat berkaitan akan dijalankan pada:

Tarikh: 22 Disember 2009 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi.
Tempat: SMK Kg. Soeharto.

Semoga semua ahli mesyuarat dapat memastikan kehadiran masing-masing demi kebaikan dan kemajuan pendidikan di sekolah dan daerah Hulu selangor. Semoga mesyuarat kali pertama sesi 2010 ini akan dapat menyiapkan persiapan yang lebih awal.

Sewlamat berjumpa di SMK Kg Soeharto, nanti.

13 Disember 2009

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL

Izinkan saya membincangkan sedikit maklumat tentang NKRAs, Dalam bahasa Malasia dituliskan sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (National Key Result Areas).

Negara kita mulai tahun 2010, dalam Rancangan Malaysia ke-10 berhasrat untuk mencapai beberapa bidang yang menjadi tumpuan utama. Terdapat 6 bidang dalam NKRAs yang ingin diberikan tumpuan.

1. Mengurangkan kadar jenayah.

2. Membanteras Rasuah.

3. Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.

4. Meningkatkan taraf hidup Rakyat.

5. Meningkatkan prasarana luar bandar.

6. Meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam

Kecuali BKRAs ketiga, yang lain pasti diberikan kepada kementerian yang lain. NKRAs ke-3 khas untuk Kementerian Pelajaran. Daripada NKRAs ini maka lahirlah Sub NKRAs Kementerian Pelajaran yang mempunyai KPI yang khusus iaitu:

1. Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.

2. Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikut pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

3. Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi termasuk trust school menjelang tahun 2012.

4. Mewujudkan ganjaran baru (New Deals) berdasarkan penilaian berasaskan prestasi (performance - based Assessment) kepada pemimpin sekolah.

Empat Sub NKRAs ini akan menjadi tumpuan utama warga pendidikan mulai 2010. Mari kita lihat berdasar MKRAs pula, iaitu Bidang Keberhasilan Utama Menteri ( Minister Key Result Areas). Terdapat 2 MKRAs;

1. Meningkatkan kadar penyertaan murid dalam bidang Vokasional dan Kemahiran.
2. Semua sekolah mendapat bekalan Elektrik 24 jam.

Jika diteliti kita dalam pendidikan mempunyai 4 Sub NKRAs dan 2 MKRAs yang perlu digalas dan dipastikan kejayaannya. Saya ingin mengaitkan dengan PIPP Kementerian Pelajaran kita yang masih relavan dan perlu dibawa bersama. Jika kita lihat keenam-enam bidang ini berkait dengan PIPP.
Teras 2 PIPP ialah Membina Modal Insan:
Ini dapat kita kaitkan terus dengan prasekolah, LINUS dan MKRAs berkait dengan Sekolah Vokasional dan Kemahiran Teknikal.
Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan:
Ini dapat dikaitkan dengan MKRAs untuk mengadakan elektrik 24 jam semua sekolah.
Teras kelima: Memartabatkan Profesyen Keguruan dapat dilihat melalui New Deals.
Teras keenam: Kecemerlangan Institusi Pendidikan, dapat dilihat melalui mewujudkan sekolah prestasi tinggi.

Semoga huraian ringkas ini dapat membreikan kefahaman ringkas tentang mandat baru dalam merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI





08 Disember 2009

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK PPD HULU SELANGOR

Pada 7 Disember 2009 pegawai dan kakitangan PPD Hulu Selangor berada di Rosa Passadena, Cameron Highland untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan rancangan strategik yang baru. Sesi malam pada 7 Disember 2009 dimulakan dengan ucaputama oleh Timbalan PPD Hulu Selangor.

Pada 8 Disember 2009 sesi pagi dimulakan dengan penerangan pembinaan rancangan strategik yang baru berdasar yang dikehendaki oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Timbalan PPD mengemabil kesempatan untuk menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan penyedian perancangan strategik. Saya sempat menunjukkan perkara yang perlu disediakan oleh semua unit di PPD Hulu Selangor khususnya pelan strategik dan pelan tindakan yang perlu disediakan secepat mungkin.

Semasa di sini pihak kami akan berusaha untuk menyiapkan Takwim yang lengkap dengan menyesuaikan dengan takwim JPN Selangor yang baru diterima. Pada masa yang sama kami akan berusaha menyediakan ABM untuk 2010 mengikut sektor di PPD Hulu Selangor.

Saya amat berharap objektif kami berada di sini akan tercapai tanpa membawa balik tugasan ke pejabat kerana tugasan lain agak banyak di pejabat nanti. Selamat menyiapkan tugasan masing-masing.

Setakat pagi 8 Disember 2009 kami yang berada di sini ialah:

1. En Rozali bin Mazlan. (Timbalan PPD)
2. Tn Hj Sameon bin Sidik (KU Sains Kemanusiaan)
3. En Jamaluddin bin Abdul Kadir (KU Teknik dan Vokasional)
4. Tn Hj Ruslan bin Che Mee (Pegawai kaunseling Daerah)
5. En bahari bin Tajuddin (Kaunselore Pentadbir)
6. En Mohamad Isa bin Mat Jali (Ketua Unit Kualiti & Dokumentasi)
7. Tn Hj Anuar bin Mahad (Penyelia Kanan Pembangunan & Bekalan)
8. Tn Hj Saberi Yusof (Penyelia Pendidikan Islam)
9. Tn hj Makhali bin Yaidi (Penyelia ICT dan Data)
10.Pn Yusma binti Yusof (Penyelia Kokurikulum)
11.En Norazimi bin Mohamad Yusof (Penyelia Sukan)
12.En Zainuddin bin Ahmad (Penyelia HEM)
13.En Mohd Lazim bin Mujni (P Penyelia Koakademik)
14.Pn Norakmar niza binti Zulkipli (P Penyelia ICT Data 2)
15.Cik Norsuhaida binti Md Daud (Penolong Akauntan)
16.Pn Masitah binti Mat Azraai (PT Pentadbiran)
17.En Mohd Ruzairi bin Radhuan (PT Pentadbiran)
18.En Mohd Shahrul Nizam bin Sahir (PT kewangan)
19.Cik Siti Nor Adzura binti Ahnap (PT Pentadbiran)

Pada sesi petang 8 Disember 2009;

20.En Kamsah bin Mokhtar (Penolong PPD Pengurusan sekolah)
21.En Taufek bin Abd Salam (Pegawai KGSK)
telah turut meneyertai kami yang lain, kelewatan mereka kerana perlu menghadiri mesyuarat tentang guru KGSK bersama Pengarah Pelajaran Selangor di JPN Selangor.

Selepas itu diikuti oleh:
22. En Kamal bin Rusdi (Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan)
23. Pn Hjh Hamidah binti Abd Samad (Penolong PPD Pengurusan Akademik)
24. Hj Rasidi bin Sarani (P Penyelia HEM)

Pada petang 9 Disember 2009, saya mendapat masej daripada Tn PPD supaya saya balik kerana perlu menggantikan meliau dalam majlis persaraan pegawai kakitangan dan guru-guru negeri Selangor sesi 2009 di Shah Alam. Pada pukul 6 petang saya mula bergerak turun dari Cameron Highaland. Sampai di rumah pada pukul 8.30 malam.