21 April 2009

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH BITARA UPSI

Assalamualaikum...

Pada hari ini, 21.04.2009, pukul 2.30 petang telah diadakan suatu majlis di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini dirasmikan oleh Dato Hj Alimudin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Program yang diuruskan oleh UPSI ini melibatkan 9 buah sekolah daerah Batang Padang dan Kuala Kangsar. Program Bitara ini adalah kerjasama sekolah-sekolah ini dengan UPSI. Selain persembahan-persembahan murid sekolah berkaitan, majlis menandatangani MoU UPSI dan sekolah-sekolah berkaitan telah dilaksanakan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato' Dr. Aminah bt Ayob. Pengetua Kanan SMK Khir Johari, Hajah Noraini bt Yeub Sidi, mewakili pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat dalam Sekolah Bitara UPSI ini, menyampaikan ucapan.

Saya mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid dalam majlis ini kerana beliau menghadiri kursus di Genting Higlands (20-23 April 2009).