27 Mac 2009

Jika memerlukan borang pendaftaran e_Kasih sila klik di sini :http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=50&bhs=my&mod=baca

HARI RABU DAN KHAMIS (25-26 MAC 2009)

Assalamulaikum.....

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) DAERAH HULU SELANGOR

Pada 25.03.2009, hari Rabu, saya berkesempatan hadir ke SK Gedangsa kerana mewakili Tuan PPD Hulu Selangor dalam majlis penutupan MTQ daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada SMK Gedangsa dan SK Gedangsa yang sudi menjadi tuan rumah dan berjaya melaksanakan program daerah dengan baik. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, En Zainal Abidin bin Mohd Yusof dan Guru Besar, En Suhaimi bin Hj Ramli.

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana, para peserta dan semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga niat suci dan matlamat murni akan terhasil, khasnya dalam "Membangunkan Modal Insan" anak-anak didik kita di sekolah.

MESYUARAT JURULATIH ICTL SEKOLAH RENDAH (AJK ICTL DAERAH HULU SELANGOR)

Saya terpaksa balik segera ke Kuala Kubu Bharu kerana perlu menguruskan mesyuarat ICTL yang telah saya atur lebih awal. Minta maaf kepada semua Jurulatih Utama ICTL kerana saya terpaksa lewat memulakan mesyuarat kita kerana perjalanan dari Gedangsa ke Kuala Kubu Bharu, agak memakan masa.

Terima kasih kerana hadir dan dapat melaksanakan tugas mesyuarat kita dengan baik.

26.03.2009...
Pada tarikh ini, saya perlu menghadiri Mesyuarat Stars Rating Sekolah Bestari Negeri Selangor dan Peluasan Sekolah Bestari 2009. Untuk makluman pada tahun ini terdapat pertambahan 15 buah sekolah bestari lagi, Selangor mendapat tambahan 2 buah sekolah. Satu daripada sekolah tersebut adalah sekolah di Hulu Selangor, iaitu SMK Ampang Pecah. Tahniah kerana mendapat kepercayaan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mesyuarat ini dijalan di SMK Sungai Pusu. Semua KUTV dan Guru Penyelaras Bestari telah dipanggil. Paling menarik, saya berjumpa dengan rakan yang sama-sama bertugas sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Kuala Kubu Bharu, suatu ketika dahulu. Beliau yang saya maksudkan ialah Pengetua SMK Sungai Pusu sendiri, Tn Hj Karim bin Ikhwan.

Saya perlu segera bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu, saya tidak sempan makan tengah hari di SMK Sungai Pusu. Minta maaf banyak kepada semua rakan yang hadir. Saya diarahkan segera oleh Tn PPD untuk menguruskan mesyuarat penting bersama Pengetua di daerah berkaitan APC.

Inilah catatan 2 hari saya yang perlu bergerak dengan pasti di tempat yang berbeza-beza.