20 April 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MESYUARAT JK KURIKULUM NEGERI DI HULU SELANGOR

Assalamualaikum.....
Pada hari ini, 20.04.2009 telah dijalankan mesyuarat persediaan menghadapi Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid.

Telah diputuskan mesyuarat akan dijalankan di SK Kuala Kubu Bharu. Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu, Pn Norashikin bt Mohd Adnan juga turut serta untuk bersedia menghadapi kedatangan Pengarah, Timbalan Pengarah, Semua Ketua Sektor, PPD seluruh negeri Selangor dan Pegawai-pegawai Akademik JPN Selangor.

Semoga mesyuarat yang berlangsung di Hulu Selangor akan dapat berjalan dengan baik.

KUNJUNGAN KE KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum...

Pada 19.04.2009 saya bersama isteri dan 2 orang anak saya sempat melakukan perjalanan mencari lokasi Matrikulasi Negeri Sembilan, di Kuala Pilah. Jika ada sesiapa yang berkenan ingin mendapatkan maklumat kolej ini boleh klik pada tajuk di atas.

Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Kuala Pilah melalui Lebuh raya ialah sejauh 190 km. Jika kita mengikut jalan Kuala Lumpur, mungkin jaraknya lebih dekat lagi daripada itu. Kami menggunakan lebuh raya (PLUS) sehingga jalan keluar di Senawang. Perjalanan semuanya baik dijalannya yang keseluruhannya baik. Hanya jalan agak bengkang bengkok di sekitar Hulu Bendol. Tempat rakreasi di sekitar Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, saya boleh bertahan kerana memandu sendiri. Jika menumpang, orang lain yang memandu kereta, rasanya mahu pening juga dibuatnya. Boleh dikatakan perjalanan kami kebanyakannya dalam hujan.

Pegawai keselamatan di kolej ini membenarkan saya membawa kereta ke dalam kawasan kolej untuk meninjau kawasan di dalam kolej tersebut. Terima kasih saya ucapkan.


Alamat KMNs yang boleh diguna dan dihubungi:

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telephone: 06-4841825
Fax: 06-4841819

Sesiapa yang ingin menghubungi bahagaian Matrikulasi ini di Kementerian Pelajaran Malaysia boleh gunakan alamat berikut:

Bahagian Matrikulasi,Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Telephone: 03-22747060
Fax: 03-22748291