13 Disember 2009

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL

Izinkan saya membincangkan sedikit maklumat tentang NKRAs, Dalam bahasa Malasia dituliskan sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (National Key Result Areas).

Negara kita mulai tahun 2010, dalam Rancangan Malaysia ke-10 berhasrat untuk mencapai beberapa bidang yang menjadi tumpuan utama. Terdapat 6 bidang dalam NKRAs yang ingin diberikan tumpuan.

1. Mengurangkan kadar jenayah.

2. Membanteras Rasuah.

3. Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.

4. Meningkatkan taraf hidup Rakyat.

5. Meningkatkan prasarana luar bandar.

6. Meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam

Kecuali BKRAs ketiga, yang lain pasti diberikan kepada kementerian yang lain. NKRAs ke-3 khas untuk Kementerian Pelajaran. Daripada NKRAs ini maka lahirlah Sub NKRAs Kementerian Pelajaran yang mempunyai KPI yang khusus iaitu:

1. Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.

2. Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikut pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

3. Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi termasuk trust school menjelang tahun 2012.

4. Mewujudkan ganjaran baru (New Deals) berdasarkan penilaian berasaskan prestasi (performance - based Assessment) kepada pemimpin sekolah.

Empat Sub NKRAs ini akan menjadi tumpuan utama warga pendidikan mulai 2010. Mari kita lihat berdasar MKRAs pula, iaitu Bidang Keberhasilan Utama Menteri ( Minister Key Result Areas). Terdapat 2 MKRAs;

1. Meningkatkan kadar penyertaan murid dalam bidang Vokasional dan Kemahiran.
2. Semua sekolah mendapat bekalan Elektrik 24 jam.

Jika diteliti kita dalam pendidikan mempunyai 4 Sub NKRAs dan 2 MKRAs yang perlu digalas dan dipastikan kejayaannya. Saya ingin mengaitkan dengan PIPP Kementerian Pelajaran kita yang masih relavan dan perlu dibawa bersama. Jika kita lihat keenam-enam bidang ini berkait dengan PIPP.
Teras 2 PIPP ialah Membina Modal Insan:
Ini dapat kita kaitkan terus dengan prasekolah, LINUS dan MKRAs berkait dengan Sekolah Vokasional dan Kemahiran Teknikal.
Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan:
Ini dapat dikaitkan dengan MKRAs untuk mengadakan elektrik 24 jam semua sekolah.
Teras kelima: Memartabatkan Profesyen Keguruan dapat dilihat melalui New Deals.
Teras keenam: Kecemerlangan Institusi Pendidikan, dapat dilihat melalui mewujudkan sekolah prestasi tinggi.

Semoga huraian ringkas ini dapat membreikan kefahaman ringkas tentang mandat baru dalam merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI