25 April 2009

CATATAN AKTIVITI SEPANJANG HARI SABTU 25.04.2009

Assalamulaikum...
Sepanjang hari ini saya dijangka menghadiri 3 program pendidikan di daerah Hulu Selangor. Program yang dimaksudkan ialah;
1. Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Dato Hj Kamaruddin.(pagi)
2. Penutupan Kursus Bahasa Melayu di SMK Kuala Kubu Bharu (tengahari)
3. Majlis penutupan Seminar PMR DUN Batang Kali (petang)

Sesi sebelah malam, jika berkesempatan saya akan sambung catatan ini.

Pada pukul 7.30 pagi saya pergi menghantar anak saya ke Kem Lembah Genting, Batang Kali kerana SK KKB Satu menjalankan program untuk murid tahun 6 hingga esok, 26.04.2009. Pukul 8.00 pagi saya bertolak dari Batang Kali, terus ke Dewan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu kerana majlis Anugerah Kecemerlangan SMk Dato Hj Kamaruddin. Majlis di dewan ini selesai sekitar 11.30 pagi.

Selepas itu saya ke pejabat kerana terdapat pegawai yang minta tolong tandatangan maklumat untuk dibawa segera ke JPNS pada pagi Isnin. Selesai tugas, saya balik ke rumah sebentar. Pada pukul 1.16 tengah hari saya ke SMK Kuala Kubu Bharu kerna memantau dan menyelesaikan majlis/ kursus pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu (kerjasama Panitia BM SMK Kuala Kubu Bharu dan unit Bahasa PPD hulu Selangor). Selesai saya pun balik ke rumah.

Pada pukul 5.00 petang saya ke Kem Lembah Genting kerana menghantar baju anak saya yang tertinggal. Selepas itu saya terus ke Dewan Batang Kali kerana penutupan majlis Seminar Kecemerlangan PMR DUN Batang Kali yang disempurnakan sendiri oleh YB Mohd Isa bin Abu Kassim, ADUN Kawasan Batang Kali. Sampai dirumah sudah masuk waktu maghrib. Itulah dia pergerakan sehari saya pada hari Sabtu 25.04.2009.