27 Jun 2009

PROGRAM KEPTAN CAWANGAN HULU SELANGOR

Pada 25 jun 2009, pukul 9.00 pagi saya telah menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN), Cawangan Hulu Selangor di Dewan Abdul Hamid Batang Kali.

Program ini merupakan mesyuarat Agung Kali ke-11 KEPTAN. Terima kasih kerana menjemput saya hadir untuk perasmian mesyuarat agung. Saya sempat menyampaikan sedikit sebanyak pesanan kepada semua Pembantu Tadbir yang hadir supaya dapat bekerjasama dengan baik dengan pentadbir di sekolah masing-masing. Mereka merupakan orang penting supaya semua perkara berkait dengan perkhidmatan dan kewangan berjalan dengan baik. Mereka diharap dapat berbaik-baik dan tidak mewujudkan persengketaan dengan pentadbir di sekolah.

Para Pembantu Tadbir memahami dan menghayati lagu tema KEPTAN yang dinyanyikan pada hari itu. Berikut ialah baris-baris lagu yang didendangkan secara beramai-ramai:

LAGU KEPTAN MAJU JAYA
Jujur Amanah Berilmu Mesra
Pegangan Kerjaya kita
Berbudi Bahasa Yang Mulia
Amalan Selamanya

Tak Kira Siang Atau Pun Malam
Masa Amatlah Berharga
Rahsia Harus Diutamakan
Sejahtera Semua

Korus:
Kesatuan Jadi Tempat Kita Berganding Bahu
Elakkan Diri Dari Sengketa, Mertabatkan Kerjaya
KEPTAN Kesatuan , Kebanggaan Semua
Perjuangan Meninggikan Ilmu
Berusaha Terus Jaya

Antara Kita Dan Juga Majikan
Berganding Bekerjasama
Kita Bina Talian Yang Mesra
KEPTAN Maju Jaya.