17 Mac 2009

17 MAC 2009 SK BUKIT BERUNTUNG 2 DAN SMK BUKIT SENTOSA 2

Assalamualaikum...

Pada pukul 9.00 pagi saya menghadiri mesyuarat bersama jabatan-jabatan pendidikan daerah Hulu Selangor di bilik mesyuarat PPD Induk. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn. PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Saya hanya sempat bersama-sama dalam mesyuarat ini hingga pukul 10.00 pagi.

Selepas itu, tuan PPD meminta saya bersama Tn Hj Anuar untuk ke SK Bukit Beruntung 2 dalam sesi prapenyerahan bangunan sekolah. Pada hari ini saya sempat bersama pegawai KPM, JPNS termasuk Konsaltant dan Kontraktur melakukan pemantauan untuk memastikan semua kekurangan dalam projek ini dibaiki dengan segera. Proses penyerahan sebenar akan dijangkakan pada 30 Mac 2009.

Kita berharap penyerahan bangunan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar mengikut yang dijanjikan pada 30 Mac 2009. Semoga tempoh dan masa tersebut dapat dipastikan segala kekurangan di tapak projek ini dapat diselesaikan. Kita berharap murid-murid dan guru-guru yang sedia ada di sekolah-sekolah berkaitan dapat dipindahkan segera ke sekolah ini.

Selesai majlis ini saya sempat ke SMK Bukit Sentosa 2, yang difahamkan ada mesyuarat di tapak projek. Saya sampai di sana mesyuarat di tapak mesyuarat telah selesai. Hari ini kali pertama saya dapat melihat sendiri keseluruhan projek di sekolah baru ini. Mengikut laporan dan pembentangan pihak kontraktor di tapak projek, program di tapak sekolah ini sudah pencapai 90 peratus siap. Semoga sekolah ini akan siap dengan segera, supaya tekanan murid yang sudah tepu di SMK Bukit Sentosa dapat diselesaikan segera.