tag:blogger.com,1999:blog-83625900325310691212024-03-05T19:11:36.714+08:00PENGETUA SMK AMPANG PECAHEMEL SAYA: pengetua.semekap@gmail.comUnknownnoreply@blogger.comBlogger178125tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-20468115428994877892012-08-07T10:58:00.000+08:002012-08-07T10:58:35.787+08:00SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRIPada kesempatan kali ini, saya ingin merakamkan ucapan

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI"

Saya berharap kita dapat beribadah dengan tenang dan aman sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Saya juga mendoakan semoga kita semua akan diberkati Allah dalam apa juga perkara yang kita lakukan.

MAAF MAAF ZAHIR DAN BATIN.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-88633693961985704682012-08-07T10:50:00.000+08:002012-08-07T10:50:13.470+08:00PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI SELANGOR KALI KE-50 TAHUN 2012Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-44952510115770261652012-05-16T16:48:00.001+08:002012-05-16T16:51:36.744+08:00SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK AMPANG PECAH TAHUN 2012Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada hari ini, 16 Mei 2012, pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia bersama pemimpin pendidikan peringkat negeri dan daerah berada di Kuala Kangsar, Perak kerana meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Sambutan peringkat sekolah seperti biasa diarahkan supaya dilaksanakan sama dengan tarikh peringkat kebangsaan iaitu 16 Mei setiap tahun.

Bagi saya yang baru balik semula ke sekolah mulai penghujung tahun 2011, amat merasakan kemeriahan sambutan peringkat sekolah yang telah saya tinggalkan sepuluh tahun sebelumnya. Kali terakhir sambutan hari guru peringkat sekolah saya raikan bersama rakan guru dan pelajar ialah pada tahun 2003. mulai tahun 2004 hingga 2011 saya tidak ada peluang meraikan bersama pelajar di sekolah.

Pada tahun 2012, suasana seperti 10 tahun sebelumnya dirasai semula.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru di mana juga kalian berada di Malaysia ini. Ucapan hari guru ini secara khasnya saya tujukan kepada warga pendidik peringkat sekolah (SEMEKAP). Anda semua guru yang hebat. Apa yang kita ada dan capai pada masa sekarang bagi saya tidak begitu penting. Lebih penting apa yang kita hasrat dan usahakan untuk mencapai sesuatu pada masa akan datang lebih penting dan bermakna.

Sekali lagi "SELAMAT HARI GURU, terima kasih cikgu-cikgu SEMEKAP.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-78039453205565459282012-04-22T17:21:00.001+08:002012-04-24T08:28:56.955+08:00MSS SELANGOR 2012 (OLAHRAGA)

Pada 17 April 2012, saya berkesempatan hadir di stadium Kuala Selangor kerana bertugas pada petang Selasa tersebut. Pada petang itu Tn Hj Mahmud bin Karim (Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor), Tn Hj Abdul Khalid bin Jaafar (Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Selangor), Tn Zainal Abidin bin Mohd Yusof (PPD Hulu Selangor), turut hadir untuk memeriahkan kejohanan.

Pada petang itu saya juga diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang 400 meter semua kategori bagi pemenang perempuan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-24001001129117205852012-03-31T11:03:00.004+08:002012-03-31T11:54:21.114+08:00KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD HULU SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada petang Jumaat 30 Mac 2012, bertempat di Padang Melenium KKB pertandingan akhir bola sepak MSSD Hulu Selangor telah dijalankan. Bawah 15 tahun telah menemukan SMK Ampang Pecah dengan SMK Bukit Sentosa 2.

Selepas kedua-dua perlawanan berjalan selama 50 minit, akhirnya kejayaan berpihak kepada pasukan SMK Ampang Pecah (1-0) Perlawanan disaksikan oleh pengetua kedua-dua buah sekolah.

Selaku pengetua, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemain, guru jurulatih, PK Kokurikulum dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga merealisasikan kemenangan pasukan sekolah. Ini membuktikan bahawa usaha gigih semua pihak telah berjaya menebus kegagalan tahun lalu.

Kepada pasukan bawah 18 tahun, saya tetap mahu mengucapkan tahniah walaupun tidak berjaya memasuki peringkat akhir. Sekurang-kurangnya dengan berjaya ke peringkat suku akhir telah meletakkan SMK Ampang Pecah selaku Johan keseluruhan bola sepak MSSD Hulu Selangor. Bagi saya, pencapaian ini cukup besar maknanya kepada saya yang baru berada di SMK Ampang Pecah.

Semoga kejayaan ini seiring dengan semua kejayaan lain yang akan mendatang. Ada banyak aspek semua pelajar dan warga SEMEKAP boleh buktikan kerjasama secara menyeluruh kita akan meletakkan kejayaan menyeluruh. Saya amat berharap bantuan menyeluruh secara total.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-47099539305293807922012-03-27T12:55:00.005+08:002012-03-28T21:37:58.825+08:00KURSUS JSU GEOGRAFI HULU SELANGORAssalamualikum dan selamat sejahtera...

Hari ini 27 Mac 2012, hari Selasa saya berada di PKG Sungai Choh atas urusan membantu Panitia Geografi daerah Hulu Selangor melaksanakan kursus Perealisasian Item khasnya dalam menyediakan JSU (Jadual Spesifikasi Ujian).

Ilmu ini amat perlu dan amat rapat hubungannya dengan penyediaan Item Ujian atau Pentaksiran yang bakal disediakan oleh semua sekolah dalam PBS.

Sebagai membantu rakan-rakan guru di daerah, saya sanggupkan diri untuk melaksanakan tanggungjawab ini sebagai ganti kepada penceramah yang tidak dapat hadir ke darah Hulu Selangor. Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu yang mungkin ada saya miliki suatu masa dahulu.

Terima kasih kepada urusetia, SMK Gedangsa dan tahniah kepada para guru yang hadir. Dua orang guru hadir bagi setiap sekolah iaitu:

1. SMK Taman Bunga Raya (1)

2. SMK Bandar Sungai Buaya..

3. SMK Bukit Sentosa 2.

4. SMK Sungai Choh.

5. SAMT KKB.

6. SAMSES.

7. SMK Kg Soeharto.

8. SMK Gedangsa.

9. SMK Serendah.

10.SMK Dato Hj Kamaruddin.

11.SMK Bukit Sentosa.

12.SMK KKB.

13.SMK Kalumpang.

14.SMK BB Btg Kali.

15.SMK Ampang Pecah.

16.MRSM KKB.

Tidak ada wakil hadir ialah:

1. SMK Syed Mashor.

2. SM Sains Hulu Selangor.

Semoga perkongsian ilmu hari ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru, sekurang-kurang mendapat sedikit pendedahan dalam penyediaan Irem peperiksaan di sekolah.

Terima kasih.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-30585706206069019642012-03-22T23:57:00.007+08:002012-03-24T08:48:12.355+08:00MESYUARAT AGUNG PIBG 2012Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat 1Malaysia.

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.

Yang Berhormat, Tn Wong Koon Mun (ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu),

En Mohd Noor bin Abas,YDP PIBG SMK Ampang Pecah, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG SMK Ampang Pecah, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, para guru dan ibu bapa yang saya hormati dan para pelajar yang diundang untuk menerima penghargaan kerana cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2012.

Sukur kehadrat Allah kerana memberi peluang dan kesempatan kepada aya hadir dalam majlis pada hari ini. Terima kasih kepada YB Tuan Wong Koon Mun kerana sudi hadir dan merasmikan mesyuarat Agung PIBG pada petang ini. Izinkan saya memberikan sedikit maklumat tentang data umum sekolah ini. Sekolah bermula tahun 2001 dengan jumlah murid seramai 168 orang dan 10 orang guru. Kini sekolah ini mempunyai seramai 1021 orang murid, 66 orang guru dan kakitangan bukan guru seramai 14 orang. Kita mempunyai 29 kelas aliran perdana dan 06 kelas PPKI yang mempunyai murid seramai 40 orang.

Izinkan saya mengumumkan secara rasmi bahawa barisan Penolong Kanan sekolah ini telah berubah baru-baru ini selepas Pn Lan Rasni bt Talib dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Kalumpang, iaitu:

1. PK - En Mohd Suhaimi bin Abdullah.

2. GPK HEM - Pn Norlida binti Rahmat.

3. GPK Koku - En Mohd Azimi bin Kassim.

Tahniah, dan selamat menjalankan tugas baru masing-masing.

Itu adalah perubahan penolong kanan di sekolah ini. Jika kita lihat kepada infrastruktur sekolah ini, kita baru-baru ini ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Negara, di bawah Kementerian Pembanguan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk naik taraf dan baik pulih sekolah yang daif dalam NKRA kementerian tersebut. Kita lihatlah perubahan yang berlaku melalui gambar pada paparan skrin di depan. Kerja-kerja ini masih berterusan. Untuk pengetahuan semua, kelengkapan yang baik tidak disediakan oleh pihak yang menyumbang. Jika dilihat dewan ini tidak dibekalkan penghawa dingin dan tiidak dilantaikan dengan jubin/tile. Pada kesempatan ini saya berharap PIBG akan dapat mengusahakan dewan ini akan dapat disediakan dengan kemudahan yang lebih baik, termasuk menyediakan kerusi dan meja dewan, supaya aktiviti lebih lancar dilaksanakan pada masa akan datang.

Saya bagi pihak warga sekolah ini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada PIBG yang diketuai oleh En Mohd Nor bin Abas kerana menyediakan peruntukan dalam kecerian sekolah termasuk menyediakan hadiah dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas di sekolah ini. Terima kasih banyak dan berharap sumbangan ini akan berterusan. Inilah fungsi dan peranan PIBG yang benar-benar membantu pihak sekolah, dalam mematikan program para pelajar kita akan dapat diteruskan, termasuk kelas tambahan menghadapi peperiksaan awam.

Satu perkara yang amat penting diambil tahu dan penting untuk saya menerangkan sedikit dalam perjumpaan ini. Saya berharap tidak ada para ibu bapa yang tersalah sangka dengan PBS ini. Para pelajar tingkatan 1, iaitu anak tuan-tuan perlu melalui pentaksiran dan penataran PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah), terdapat 4 komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP). Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan PPSSi (Pentaksiran Psikometrik). Dalam PBS juga jangan terkejut ada keputusan yang tidak menggunakan markah dan gred seperti sekarang. Ada keputusan hanya dinyatakan dengan skala band 1,2,3,4,5,6 sahaja. Semoga kita semua maklum..

Seperkara lagi tentang pendidikan yang dikaitkan dengan proses online ialah (SAPS), iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Aplikasi ini masih digunakan oleh sekolah dan dipantau oleh PPD/JPNS/KPM. Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan pelajar tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tingkatan 1 tidak dimasukkan ke dalam SAPS. Janganlah tuan-tuan dan puan-puan terkejut jika tidak dapat melihat keputusan peperikssaan anak tingkatan 1 masing-masing.

Untuk menyemak keputusan peperiksaan melalui SAPS tuan-tuan boleh menggunakan blog sekolah ini. Taipkan http://smkapkkb.blogspot.com. Pada bar sebelah kiri dibawah gambar penolong kanan klik pada Semakan Keputusan Peperiksaan (IBUBAPA).

Dalam Pembestarian sekolah pula, saya tetap tidak lupa untuk memaklumkan bahawa sekolah ini masih berjaya mengekalkan status 5 Bintang SSQS KPM. Saya difaham semalam bahawa semua sekolah Bestari penanda aras (88 buah) dan 50 buah sekolah Bestari Luar Bandar dan beberapasekolah lain, berjumlah 351 buah di Malaysia akan dijadikan sekolah Juara dalam penggunaan VLE yang saya sebut sebentar tadi. SMK Ampang Pecah tetap dimasukkan dalam kumpulan ini. Guru, murid sekolah ini akan menjadi pengguna awal program ini apabila 1Bestari Net berada di sekolah tidak lama lagi. VLE adalah platform pembelajaran (e-learning).

Perkara terakhir ialah tentang peperiksaan awam 2011, SPM GPS kita ialah 5.75 dan PMR pula ialah 3.17. Walaupun angka ini tidak mengembirakan saya tetapi saya tetap gembira masih ada pelajar yang mendapat semua A dalam mata pelajaran PMR, iaitu 4 orang. SPM kita mempunyai pelajar mendapat 9A (2 orang).

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada petang ini akan dapat membakar semangat anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Pada masa yang ama pelajar kita yang telah tamat belajar akan berjaya menyambung pelajaran. Pastikan mengisi borang permohonan UPU yang masih berjalan sekarang dengan betul dan sesuai dengan kelayakan masing-masinng. Sila gunakan kemudahan yang disediakan supaya anak kita tidak ditolak mentah-mentah dalam permohonan ke Universiti. Rujuk para guru di sekolah atau boleh semak secara online, saya telah masukkan link dalam FB SMK Ampang Pecah. Saya lihat sudah ramai yang mencuba. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan juga akan dapat menggerakkan PIBG untuk membantu perkembangan pendidikan anak masing-masing, pada masa yang sama ini adalah salah satu sokongan yang kadangkala kita sebagai ibu bapa tidak nampak betapa sokongan sebegini akan menyokong perkembangan pendidikan anak secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih, khasnya kepada YB yang akan memberi ucapan perasmian pada petang ini.

Catatan selepas majlis Mesyuarat Agung PIBG 2012:

Sebenarnya ucapan ini saya sediakan sebagai persiapan jika bahan power point yang saya sediakan tidak dapat digunakan. Bahan ini akan saya gunakan dalam ucapan. Walau bagaimanapun, tidak dapat saya membacakannya kerana YB Wong Koon Mun tidak dapat hadir kerana persidangan dewan (DUN Selangor) dan pada masa yang sama power point saya nampok boleh digunakan.

Terima kasih dan tahniah semua guru AJK Pelaksana khsnya En Mohd Azimi bin Kasim (GPK Kokurikulum) kerana berjaya menguruskan persiapan akhir program ini. Saya selaku pengetua menghadiri bengkel Pengetua/Guru Besar Sekolah Bestari Luar Bandar peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa yang sama Penolong Kanan dan GPK HEM juga diminta hadir kursus anjuran Jabatan Pelajaran Selangor di Ipoh.

Sukur Alhamdulillah, mesyuarat agung berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Sekian terima kasih.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-33330740670397985382012-03-21T23:03:00.004+08:002012-03-22T17:14:06.229+08:00BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI LUAR BANDARHari ini 21 Mac 2012, saya mulakan bengkel kerja yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.

Pada 8.30 -10.30 malam, slot pertama dan kedua telah disampaikan oleh:

Pn Maimunah bt Mohd Tahir, hal berkaitan perlaksanaan1Bestarinet. 1Bestarinet akan menggantikan Schoolnet sedia ada pada masa sekarang. Salah satu pengisian yang terdapat dalam pakej ini ialah Virtual Learning Environment (VLE) iaitu Pelantar Pembelajaran Maya.

Slot kedua diampaikan oleh Hjh Noraizan bt Mohamed tentang tajuk Kelestarian Pembestarian Sekolah. Beliau menyentuh perbezaan ganerasi dalam ICT dan pengguna ICT yang berbeza mengikut zaman.

Latihan bagi VLE akan diadakan bagi guru-guru 88 buah sekolah bestari asal (Perdana)dan 50 buah sekolah bestari luar bandar (SBLB) dan beberapa buah sekolah yang telah dikenalpasti untuk menjadikan jumlahnya 351 buah yang akan menjadi Champions School yang menggunakan VLE. Kumpulan 351 buah sekolah ini akan menerima latihan secara terus frogmalaysia, bagaimana VLE digunakan. Sekolah ini akan didahulukan dalam penyediaan YES. Sekolah lain yang selebihnya akan mendapat latihan daripada KPM yang mungkin akan dilatih melalui IPG dan IAB.

Seperkara lagi yang penting tentang pembestarian sekolah ialah proses berterusan ke arah pembudayaan teknologi dalam pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pemelajaran.

Ini adalah maklumat asas yang disampaikan pada hari pertama.

Pada hari kedua, sesi pagi dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Dzaharuddin Mansor tentang keperluan untuk berubah dalam penyampaian ilmu kepada kumpulan digital natives.

Slot lain pada hari kedua adalah latihan pendedahan bagaimana menggunakan Virtual Learning Environment (VLE) secara online, iaitu menggunakan frog. (Katak warna biru) Insyaallah, tahun ini, selepas bulan Mei semua sekolah akan mendapat latihan ini. Bererti proses pengajaran dan pembelajaran secara online boleh diaplikasikan. Ada banyak perkara boleh dijalankan melalui online.

Inilah pendedahan hari pertama dan hari kedua.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-49207862915389379102012-03-21T12:55:00.003+08:002012-03-21T13:19:06.960+08:00KEPUTUSAN SPM 2011
Suasana di sekolah (SEMEKAP) pada pagi 21.03.2012., semasa para pelajar SPM 2011 hadir ke sekolah mengambil keputusan SPM masing-masing. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dan kepada yang tidak cemerlang, jangan putus asa. Gagal sekarang tidak bererti gagal selama-lamaanya. Bangkit semula untuk tindakan baru yang lebih fokus dan semangat yang baru.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-56043791437667819772012-03-15T22:22:00.002+08:002012-03-15T22:34:00.597+08:00KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAHAssalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat bercuti kepada guru SEMEKAP. Sambil bercuti, semoga dapat membereskan tugasan memeriksa kertas jawapan pelajar kita. Markah perlu key-in dalam aplikasi SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia. Pastikan juga markah TOV dan ETR disempurnakan sekali.

Saya pula diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk hadir kursus di IAB Genting Higland pada 12-15 Mac 2012.

Saya rasa gembira kerana sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru, inilah satu-satunya kursus yang tidak pernah saya terlibat. Saya sendiri tidak pernah terlibat secara terus dengan urusan Pusat Sumber di sekolah.

Saya perlu mengubah tanggapan saya selama hari ini bahawa Pusat Sumber itu hanya berkisar pada perpustakaan dan yang ada di dalamnya sahaja. Pada hakikatnya pusat sumber itu mempunyai konsep yang lebih luas.

Saya berharap warga SEMEKAP akan dapat bergerak menggunakan pusat sumber pada takrifan yang betul dan sebenarnya. Menjadi tanggungjawab para guru menjadikan para murid kita menggunakan segala sumber yang ada dan kita perlu berusaha mewujudkan sumber yang menyeluruh di seluruh kawasan sekolah kita. Seluruh kawasan sekolah kita sepatutnya menjadi pusat sumber.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-23057088834802607052012-03-11T14:46:00.002+08:002012-03-11T14:52:17.487+08:00PERTUKARAN JAWATAN PENOLONG KANAN DI SMK AMPANG PECAHSalam sejahtera..

Sebagai makluman semua secara rasmi, dimaklumkan jawatan Penolong Kanan di sekolah ini telah berubah apabila semua GPK mendapat surat lantikan rasmi daripada panel naik pangkat Jabatan Pelajaran Selangor baru-baru ini, apabila Pn Lan Rasni mengosongkan tempat Penolong Kanan.

Secara rasmi mulai sekarang:

Penolong Kanan: En Mohd Suhaimi bin Abdullah.

GPK HEM: Pn Norlida bt Rahmat

GPK Kokurikulum: En Mohd Azimi bin Kassim.

Semoga semua penolong kanan dapat membantu saya menguruskan sekolah (SEMEKAP) sebaik mungkin.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-40371399574555075082012-02-23T20:18:00.002+08:002012-02-23T20:31:41.764+08:00SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU UNTUK PN LAN RASNISMK Ampang dikejutkan dengan berita terbaru, bahawa Penolong Kanan (Pn. Lan Rasni bt Talib), telah mendapat surat arahan pertukaran dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Kalumpang. Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau berada di SEMEKAP. Mulai hari Isnin (27.Februari 2012) beliau akan memulakan tugas di sekolah baru.

Mewakili warga SEMEKAP yang lain, saya ingin mengucapkan tahniah atas kenaikan ini. Terima kasih atas batuan selama hari ini di SEMEKAP. Jasa dan bantuan Pn Lan Rasni pasti kita kenang, sebagai Penolong Kanan yang banyak membantu dalam pengurusan sekolah. Walaupun perkhidmatannya di SEMEKAP tidak lama, tetapi tetap kami kenang.

Semoga Pn Lan Rasni akan seronok bertugas di tempat baru. Untuk kita yang masih meneruskan tugas di SEMEKAP, marilah kita teruskan tugas kita. Untuk sementara waktu tugas Penolong Kanan akan ditanggung oleh Penolong Kanan HEM, En Mohd Suhaimi bin Hj Abdullah. Dengan kata lain Cikgu Suhaimi akan melakukan 2 tugas besar. Saya percaya Pn Norlida bt Rahmat (Penolong Kanan Kokurikulum) dapat membantu sedikit sebanyak tugas-tugas HEM dan pada masa yang sama menjalankan tugas sendiri. Keadaan ini akan berlaku sehingga ada nama Penolong Kanan menggantikan tempat Pn lan Rasni di SEMEKAP.

Saya berharap semua pentadbiran akan berjalan dengan baik dan lancar, walaupun Penolong Kanan masih belum hadir dan diketahui lagi. Kita akan menerima ssiapa sahaja yang akan dilantik oleh Penal naik pangkat.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-17920670576927309332012-01-31T12:17:00.002+08:002012-01-31T12:39:07.495+08:00KUNJUNGAN KE SEREMBAN (MAJLIS PERKAHWINAN ANAK CIKGU KHALILUDIN)Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada hari Sabtu (28.01.2012), saya bersama isteri berkesempatan pergi dan hadir ke majlis perkahwinan anak cikgu Khaliludin di Seremban. Rumah cikgu Khaliludin berdekatan dengan Kolej Tunku Kursiah, Seremban. Sekolah yang menjadi tempat belajar dan ingatan isteri saya suatu ketika dahulu. Bagi pihak kami berdua saya rakamkan tahniah kepada cikgu Khaliludin kerana menerima menantu.

Selesai kenduri kahwin kami berdua mengambil kesempatan berjalan di Negeri Sembilan. Kami bergerak ke Kuala Pilah, tempat anak ketiga kami pernah belajar selama beberapa bulan, di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kami panjangkan perjalanan kami hingga ke pekan Bahau, Negeri Sembilan. Kami berhajat untuk melihat dan meninjau perjalanan ke kawasan ini, kerana anak sulung kami telah mula bertugas di Felda Tembangau daerah Bera, Pahang, pekan terdekat mereka ialah Bahau. Kemungkinan besar saya boleh menggunakan arah perjalanan ini apabila berkunjung ke Tembangau.

Pada hari Ahad (29.01.2012) saya sekali lagi menggunakan laluan ini kerana menghantar anak sulung balik ke Tembangau. Perjalanan balik, kami menghantar anak ketiga kami di IPG IPIS, Bangi.

Mungkin pada 07.02.2012 sekali lagi laluan ini akan saya gunakan untuk menghantar mereka balik ke tempat masing-masing. Mungkin pada tarikh itu, perjalanan lebih jauh lagi. Saya berhajat untuk bergerak dari Kuala Kubu Bharu ke Bangi, menghantar anak ketiga saya. selepas itu saya akan bergerak ke Tembangau, daerah Bera, Pahang, menghantar anak sulung kami. Dari situ saya akan hantar anak kedua saya ke Kuantan, Pahang untuk memulakan semester barunya, sudah pasti menggunakan laluan Triang dan Temerloh dan ke Kuantan. Mungkin ada laluan lain, tapi tak pasti lagi.

Begitulah kita, tanggungjawab sebagai bapa, ibu, dan penjaga yang tetap ada selagi mereka tidak mempunyai keluarga sendiri, selagi itulah kita perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai orang tua. Selepas mereka berkeluarga pun rasanya ada tanggungjawab lain yang pasti kita teruskan semoga institusi keluarga terus akrap antara satu sama lain.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-42211203751640813452012-01-23T12:47:00.003+08:002012-01-24T07:45:01.965+08:00PERINGATAN UNTUK SEMUA WARGA GURU SEMEKAPAssalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Kepada semua warga guru SEMEKAP sesi 2012, kita maklum hari ini telah masuk minggu ke-4 Januari 2012. Minggu ini semuaya bercuti sempena Tahun Baru Cina. Selamat bercuti.

Pada masa yang sama tolong ambil tindakan segera tentang Buku Persediaan Mengajar masing-masing. Ada juga yang masih tidak menghantar pada 20.01.2012 seperti yang diarahkan. Hantar segera, tidak elok jika ketua jabatan panggil untuk tujuan penghantaran.

Tolong semak semua aspek, bagi setiap muka surat dan helaian yang perlu dilengkapkan. Saya dapati masih ada yang tidak lengkap.Pastikan disemak.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian seperti segala jenis maklumat diperlukan dalam Buku Persediaan Mengajar. Sila pastikan bahawa Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan adalah dua perkara yang berbeza. Huraian Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM tidak boleh terus dijadikan sebagai Rancangan Pelajaran Tahunan. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mesti dubuat selari dan mengambil kira dan memasukkan tarikh mingguan dan cuti yang ada dalam takwim sekolah. Ketua Panitia sepatutnya pastikan semua hal ini ada dan selaras dengan takwim.

Saya masih terjumpa ada guru memasukkan RPT dari tahun yang lama kerana tarikh tidak diubah. Harap baiki.

Sila masukkan senarai nama pelajar kelas yang diajar. Pada masa yang sama dapatkan TOV bagi setiap mata pelajaran yang diajar mengikut kelas masing-masing daripada Ketua Panitia. Tolong catatkan pada ruangan nama pelajar masing-masing dalam Buku Persediaan Mengajar. Rujuk pada Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing dan Penolong Kanan untuk membuat penetapan TOV.

Sila buat tag pada Buku Persediaan mengajar masing-masing bahagian yang masih tidak ditandatangani oleh Pengetua. Minggu akan datang saya akan tandatangan. Pada masa yang sama lengkapkan semua yang tidak beres lagi.

Semoga dapat ambil tindakan segera.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-56418053380644395632012-01-17T10:27:00.010+08:002012-01-18T21:00:35.963+08:00PERJALANAN MENGHANTAR ANAK UNTUK PENEMPATAN BERTUGAS SEBAGAI GURU DI PAHANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada 16 dan 17 Januari 2012, saya bercuti kerana menguruskan anak sulung yang ditempatkan sebagai guru di Pahang.

Mulai pukul 5.00 pagi kami bertolak ke PPD Temerloh seperti yang diarahkan. Singgah di Petronas berdekatan laluan di Bentong untuk solat subuh. Nama sekolah masih tidak diketahui. Semua guru baru seluruh Pahang dipanggil ke Temerloh untuk mendengar taklimat daripada JPN Pahang. Mungkin ini kaedah yang digunakan oleh negeri Pahang supaya bakal guru ini tidak ada peluang dan kesempatan untuk membatalkan penempatan yang diberikan.

Pukul 7.30 pagi kami sampai di Temerloh. Malangnya taklimat memakan masa yang terlalu lama. Selesai hanya mencecah waktu pukul 1.30 tengah hari. Guru baru ini diarahkan supaya melapor diri pada hari yang sama. Bayangkan dalam keadaan yang tidak pasti di mana sekolah dan situasinya, perkara ini perlu dilaksanakan juga.

Nasib baik anak saya ada rakan yang akan mendaftar di sekolah yang sama pada hari tersebut. Secara kebetulan dia memang berasal dari Pahang juga. kami bertolak dari Temerloh segera tanpa memikirkan apa-apa keperluan untuk tinggal di tempat baru. Kami cuba melalui felda Teriang. Nasib tidak baik kerana jalan ini tidak boleh digunakan. Selepas dinasihatkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas di laluan felda Teriang kami mengubah laluan.

Kami mengikut laluan Pekan Teriang, mengikut pekan Bera, terus ke Pekan Kemayan. Saya ingat pada mulanya felda Kemayan. Setelah diamati daripada surat yang diterima, bukan felda Kemayan. Perjalanan diteruskan melalui jalan ke Bahau, Negeri Sembilan. Memang kami melintasi sempadan Negeri Sembilan. Akhirnya kami masuk semula ke daerah Bera, iaitu sebuah felda yang tidak pernah saya sampai dan tidak pernah saya dengar namanya. Akhirnya sampai ke sekolah: SMK Tembangau di Felda Tembangau. Sampai waktu selepas pukul 4.00 petang. Nasib baik dapat berjumpa Pengetua, En Rofli bin Mohamed. Semua diuruskan, termasuk penginapan awal menumpang di rumah guru bujang lain untuk sementara waktu.

Sebagai perbandingan penempatan pertama saya sebenarnya adalah di felda negeri Selangor... felda Sg Dusun atau nama sekarang felda Kg Soeharto. Felda ini tidak terlalu jauh berbanding SMK Tembangau. Pekan terdekat Felda ini ialah di Negeri Sembilan, iaitu Bahau, kira-kira 40 km dari sekolah ini. Pusat pentadbiran daerah termasuk PPDnya, PPD Bera terletak di pekan Bera sejauh lebih 65 km daripada sekolah. Jarak dari Temerloh lebih kurang 100 km.

Setidak-tidaknya sekolah felda sekarang tidaklah serupa semasa saya memulakan tugas sebagai guru pada tahun 1980 dahulu. Di SMK Tembangau ini sudah ada KIP (rumah guru) untuk guru-guru. Tahun 1980an dulu saya masih ingat kami sama ada tinggal dengan peneroka yang sanggup menerima kami sebagai keluarga angkat atau tinggal di rumah peneroka yang tidak ada penghuninya lagi. Jika rumah peneroka ini kami tinggal sekurang-kurangnya 8 orang dalam rumah asal peneroka felda yang merupakan rumah kayu 1 bilik, bayangkan keadaannya. Ada juga yang tinggal dalam stor di sekolah yang telah dijadikan tempat penginapan guru.

Di SMK Tembangau lebih selesa, hanya agak jauh dari bandar. Walau bagaimanapun selamat bertugas di felda Tembangau, Pahang. Semoga "abang" panggilan anak sulung saya, Ahmad Nortaufiq, menjadi guru yang baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

Selamat bertugas.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-52233933276184954632011-12-31T08:06:00.002+08:002011-12-31T08:23:01.917+08:00SELAMAT TAHUN BARU 2012Assalamualaikum. selamat sejahtera dan selamat 1Malaysia kepada warga pendidik khasnya warga SEMEKAP....

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Tuhan untuk meneruskan aktiviti harian kita hingga ke hujung tahun 2011(Hari ini). Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan tindakan dan perkara-perkara yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011. Pasti ada banyak perkara baik dan positif yang telah dilaksanakan.

Tetapi kita perlu ingat, selagi kita bergelar manusia biasa, pasti ada lagi tindakan kita yang tidak selaras dan sehaluan dengan tindakan kita sebagai orang yang berfikiran positif. Inilah yang perlu kita rungkai dan mengubahnya, sama ada dari aspek tindakan, sikap dan lain-lain.

Bagi warga SEMEKAP khasnya, sama-sama kita memikirkan mengapa ujian Tuhan beri kepada kita dengan banyak perkara, termasuk keputusan PMR yang tidak begitu menyeronokkan semua warga sekolah. Kegagalan dan kejayaan kita dalam apa juga hal adalah milik dan tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh letakkan kepada individu tertentu atau kumpulan tertentu sahaja. Semua warga dalam organisasi perlu memikul dan menerima tanggungjawab atas apa yang diberikan oleh Allah.

Saya masih kuat mengatakan kegagalan atau kejatuhan kita dalam akademik merupakan satu peluang. Kegagalan bukan bermakna, kita gagal secara mutlak dan tidak boleh berjaya lagi. Perkara paling penting, mulai ambang 2012, mulai esok 01.01.2012 kita perlu sama-sama berazam dan bertekad untuk membuat langkah baru untuk mengisi hari-hari sepanjang tahun 2012 dengan perkara yang positif. Saya percaya jika kita mempunyai fikiran yang positif, tindakan kita pasti positif, Insyaallah dengan doa dan kerjaasama semua hasilnya pasti positif.

Selamat menyambut tahun baru dan memulakan tugas dan tanggungjawab baru sepanjang tahun 2012.

Jumpa lagi. Terima asih.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-66044454381027844392011-11-23T07:52:00.005+08:002011-11-23T10:10:13.543+08:0023 NOVEMBER 2011Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Biasanya saya menulis atas tajuk yang berat-berat. Hari ini saya bercadang untuk mencatatkan hal biasa yang dilalui di pejabat.

Hari ini, hari Rabu 23 November 2011. Hari ini saya sampai di pejabat dan membuka pejabat sendiri kerana semua kaki tangan pejabat masih belum sampai. Saya ketip kad perakam kedatangan pada 7.06 pagi. Saya membuka bilik saya dan membuka komputer, untuk melihat maklumat-maklumat dalam emel dan lain-lain. Ada entry dalam emel tetapi tidak ada yang penting pada pagi ini.

Beberapa minit kemudian, pada pukul 7.45 pagi 3 orang murid, calon SPM datang ke bilik saya kerana ketinggalan kad pengenalan. Saya uruskan tandatangan surat pengesahan pelajar untuk membolehkan ketiga-tiganya mengambil SPM pada sesi pagi ini.

Hari ini para pelajar menghadapi mata pelajaran Matematik Tambahan. Subjek yang menjadi masalah kepada calon yang tidak cukup bersedia dari awal. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan selamat menjawab kepada calon SPM yang terlibat di SEMEKAP. Semoga mereka berjaya menjawab dengan baik dan mencapai keputusan yang terbaik bagi setiap pelajar.

Ucapan selamat menghadapi peperiksaan kertas Matematik Tambahan ini saya tujukan khas kepada anak saya yang mengambil peperiksaan di SMK Kuala Kubu Bharu. Ini anak keempat saya. Semoga dapat yang terbaik untuk mu.

Sesi pertama telah selesai. Mereka perlu menduduki kertas kedua pada pukul 2.00 petang. Gunakan masa yang terluang untuk bersiap bagi kertas tersebut. Semoga dapat yang cemerlang.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-91881017789690804532011-11-20T20:50:00.007+08:002011-11-22T16:12:50.041+08:00MARI BEKERJA SECARA PROFESIONAL DAN MENUNAIKAN AMANAHSudah menjadi kebiasaan setiap pekerja sama ada bekerja dan bertugas di sektor swasta mahupun sektor kerajaan, bekerja secara profesional dan memperuntukkan masa bekerja hanya untuk keperluan tugas. Semua pekerja telah melakukan akad atau kontrak (kesepakatan) kerja dengan individu, syarikat atau kerajaan, secara automatik terikat dengan pekerjaan yang diserahkan atau amanah oleh pihak lain kepadanya. Pekerja tersebut tidak boleh memanfaatkan waktu kerjanya untuk urusan lain yang tiada kaitan dengan tugasnya.

Mengapa?. Ini kerana setelah akad dan kesepakatan (kontrak), waktu bekerja bukan milik si pekerja (pegawai) itu, tetapi menjadi milik pekerjaan dan tugas yang telah dibebankan sebagai membalas upah atau gaji yang telah diterimanya. Orang Islam sangat terikat dan berpegang dengan kesepakatan atau kontrak yang telah dipersetujuinya.

Itulah sebabnya orang Islam tidak boleh menggunakan waktu kerjanya untuk melakukan perkara nafilah seperti solat sunat, iktikaf, tahajud dan ibadah sunat yang lain. Kita perlu ingat bahawa menunaikan tugas dan pekerjaan adalah wajib, sementara yang sunah yang dinyatakan tadi hanyalah bersifat keutamaan dan nafilah sahaja. Ibadah sunat tidak boleh mengalahkan ibadah wajib.

Seseorang pekerja yang dengan sesuka hatinya mengurangi waktu bekerja untuk urusan peribadi sepatutnya tidak berhak menuntut upah yang penuh daripada majikannya atau daripada kerajaan yang menjadi majikan kaki tangan kerajaan. Seorang Islam mestilah bekerja dengan disiplin dan profesional. Jika bekerja bak kata pepatah "Bagai melepaskan batuk di tangga" sama tercelanya pada Allah dengan orang yang curang dalam sukatan dan timbangan. Mereka meminta agar haknya dipenuhi bahkan kalau boleh dilebihkan, tetapi pada waktu yang sama mencantas hak orang lain. Allah telah berfirman dalam surah al-Muthafifin: Maksudnya:

"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi. Tidaklah orang-orang itu menyangka , bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam".

Ayat di atas bukan hanya berlaku pada pengurangan sukatan atau timbangan sahaja. Ayat ini berlaku untuk semua bentuk hak, sebagaimana yang telah ditegaskan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam Tafsir Juz Ammanya. Ayat di atas juga merupakan teguran keras bagi pegawai atau pekerja yang curang dalam memperuntukkan waktu dan cuai dalam menunaikan tugas, tetapi mahu dibayar penuh.

Orang Islam yang ingin memenuhi kewajipannya secara profesional mestilah menjaga dan menggunakan waktu agar dia terhindar daripada menggunakan waktu kerja untuk kepentingan yang bukan menjadi bahagian pekerjaannya. Tentulah bukan pekerja profesional namanya kalau pada waktu kerja digunakan untuk bersiar-siaar di pasar atau tempat lain, termasuk pulang ke rumah.

Kita perlu ingat dan sedar bahawa memanfaatkan waktu untuk kepentingan di luar pekerjaan adalah salah satu bentuk rasuah (korapsi). Hal ini sebagai pengkhianatan terhadap amanah. Untuk mereka cukuplah permulaan surah al-Muthaffifin di atas sebagai teguran keras.

Catatan daripada buku ini sebagai mengingatkan diri saya utamanya dan saling ingat mengingat di kalangan rakan setugas di sekolah. Maaf jika catatan saya ini akan menyinggung perasaan hati masing-masing, tetapi perlu diingatkan kepada sesama manusia yang kerap lupa. Semoga kita semua akan bertugas dan bekerja secara profesional dan menaggung amanah yang telah kita persetujui dalam akad menjadi pendidik kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-70968693398896088002011-11-05T19:55:00.013+08:002011-11-22T15:25:34.680+08:00DUA JENIS IBU BAPA YANG GAGAL DAN BAGAIMANA HENDAK MENGUBAHNYASiapakah mereka ya?. Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Terdapat dua jenis ibu bapa. Satu ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan kedua ibu bapa yang memberi perhatian tetapi tersalah mendidik anak-anak. Metafora buat mereka ini seperti satu memberi racun dan satu lagi memberi santau. Mana lebih bahaya?. Racun kesannya membunuh dengan segera. Santau pula tetap akan membunuh tetapi secara beransur-ansur dan lebih menyeksa.

Kita menganggap ibu bapa zalim apabila mereka sanggup mendera anak dengan memukul dan mencucuh api rokok kepada tubuh anaknya. Kita akan kata ibu bapa itu tidak berhati perut. Apa yang dilakukan mereka adalah memusnahkan hidup sianak.

Tetapi apa pula pandangan kita kepada ibu bapa yang tersalah dalam mendidik sehingga dengannya menjadikan anak mereka derhaka kepada Allah serta menjadi ahli maksiat sehingga apabila pulang ke akhirat, dia akan dibakar api neraka jahanam, yang pasti ini lebih panas dari api puntung rokok tersebut. Bukankah ini juga zalim, bahkan lebih menyeksakan?

Ibu bapa yang mengabaikankeperluan asas anaknya dengan menjadikan mereka terbiar, adalah seperti memberi racun yang membunuh serta merta. Sebaliknya ibu bapa yang tersalah didik sehingga anak menjadi anak yang kaki maksiat adalah seperti menyuap santau ke mulut anaknya, lalu anak itu akan menderita binasa di dunia dan di akhirat.

Kedua-dua jenis ibu bapa ini memudaratkan nasib anak mereka sendiri. Oleh itu kita perlu mencari kaedah terbaik agar anak merasai manfaat daripada apa yang kita usahakan.

Sebenarnya anak-anak aadalah milik penciptanya, ibu bapa hanya penyebab sahaja mereka berada di dunia ini. Kita perlu kembalikan permata ini kkepada Allah penciptanya.

Mari kita bincangkan supaya kita ibu bapa tidak tergolong dalam dua kumpulan ini.

Sayangkan Anak Ditangan-tangankan.

Mari kita ambil nasihat orang-orang tua yang menyatakan "sayangkan anak ditangan-tangankan". Namun kalimah ditangan-tangankan" sering memberi konotasi negatif dan erti yang sempit. Selalu ditakrifkan sebagai pukul dan hukum. Secara dangkal, kita fahami untuk mendidik anak perlu dipukul dan mereka akan jadi baik. Bagi saya ini separuh betul dan separuh tidak betul. Kita tahu pendidikan itu holistik (menyeluruh) dan kompleks.

Proses pendidikan anak-anak sangat penting kerana ini akan bakal menentukan siapa anak itu pada masa hadapan. Tanpa plan pendidikan yang rapi serta disiplin yang tinggi pada ibu bapa, fungsi pendidikan akan gagal. Wujud ruang kosong yang akan diisi oleh perkara negatif, yang sentiasa mengintai untuk memusnahkan potensi seorang insan.

Bagi saya orang-orang tua mengemukakan kalimah "tangan-tangan" tidaklah membawa maksud setakat maksud fizikalnya sahaja tetapi fungsi tangan secara menyeluruh, ini akan membawa kejayaan sebagai ibu bapa cemerlang dalam memikul amanah bagi mengembalikan anak kepada Allah.

Pertama: Tunjuk.

Apabila kita bertanya arah kepada orang ketika sesat, dia akan menggaya-gayakan tangannya apabila menerangkan arah yang patut dilalui. Orang tidak hanya menunjuk dengan bicara mulut, bukan juga dengan onggota tubuh yang lain apabila ingin menunjuk sesuatu dengan jelas-jelasnya. Itulah fungsi tangan yang paling utama. Ia diperlukan untuk memberi gambaran yang jelas tentang arah dan hala tuju.

Dalam konteks pendidikan anak-anak, tunjuk adalah menjelaskan hala tuju hidup, apakah halangan dan rintangan sepanjang laluan dan apakah persiapan yang perlu disediakan. Kita perlu tunjuk dengan jelas kepada anaak-anak bahawa segala yang digariskan oleh Islam adalah matlamat paling utama dan tidak boleh dikompromi sama sekali.

Kedua, Tuntun:

Proses didikan tidak sempurna sehingga kedua-dua ibu bapa bertindak sebagai murabbi (pendidik-pentarbiah). Ini adalah proses ta'dib di mana ibu bapa berperanan sebagai murabbi memimpin anak untuk menerapkan apa yang dipelajari ke daalam kehidupan sebenar mereka.

Pembelajaran tanpa ta'dib akan menjadikan pengajaran itu hanya melekat di dada buku, pada bait, rangkap dan perenggan tetapi tidak ada dalam diri si anak. Sesuatu pengajaran hanya indah di dalam teorinyya tetapi praktisnya kosong. Proses muat turun ini memerlukan tangan ibu bapa untuk memimpin dan menuntun mereka bersama-sama, sehingga berulang-ulang untuk mengikut akhirnya. Jangan harapkan sianak akan cepat faham dan terus berdikari dengan sedikit tunjuk ajar. Mereka perlukan hubungan rapat dengan jelas kita berperanan memimpin mereka.

Tempoh pertumbuhan kanak-kanak amat kritikal. Mereka belum matang banyak aspek, malah semua aspek seperti fizikal, intelek, emosi dan juga rohani. Sentuhan diperlukan. Lihat sahaja Malaikat Jibril apabila datang membawa wahyu. Malaikat Jibril tidak datang mennggantung wahyu pada dinding Gua Hira, sebaliknya datang dengan memeluk kuat Rasulullah. Ini sebagai petanda bahawa pendidikan perlu hubungan yang sangat rapat antara pendidik dan yang dididik. Tidak berjaya sesuatu pendidikan tanpa hubungan yang rapat antara ibu bapa dan anak. tidak terkecuali antara guru dan muridnya. Perhubungan perlu meriah dengan mendengar dan menghargai setiap pandangan mereka.

Ketiga: Tegah:

Ibu bapa perlu sediakan pelan pencegahan untuk anak-anak. Ini mengelakkan mereka daripada terjebak atau terperangkap dalam hal yang tidak baik pada masa hadapan. Itu sebabnya kita terjumpa proses pengasingan bilik antara anak lelaki dan perempuan. Ada batas aurat di kalangan ahli keluarga. Inilah proses penegahan awal kepada anak-anak yang suatu masa nanti akan mempunyai keluarga sendiri.

Keempat: Tarik:

Ini tindakan proaktif dalam proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa dan tidak boleh berkompromi dengan kecuaian dan kesilapan anak. Proses pemantauan perlu dibuat. Setiap kali mereka tersalah langkah jangan biarkan terlalu lama. Kita sebagai ibu bapaa perlu tarik semula mereka kembali ke landasan.

Banyak masalah dalam hidup manusia menjadi rumit dan bertambah rumit kerana masalah itu diarkan berlarutan. Menarik balik ini memerlukan kekuatan kita kerana biasa kita hilang fokus, kerana ada sikap belas kesihan akan membuatkan kita terus memberikan ruang kepada anak-anak, lalu akhirnya mereka terus terbiar.

Biasa sangat kemusnahan anak-anak berlaku kerana kesilapan memilih kawan karibnya. Kesilapan ini akan mengundang kesilapan yang lain. Rasanya kita sebagai ibu bapa perlu menjadi kawan anak-anak. Dengan pendekaatan berkawan kita akan sentiasa dapat melihat apa-apa juga aktiviti sepatutnya diluar. Walau bagaimanapun kita perlu imbangkan supaya tidaklah seolah-olah tidak percaya langsung dengan anak-anak.

Kelima: Takzir:

Dalam pendidikan anak-anak perlu ada impak dan balasan. Segala kebaikan dan kejayaan perlu diraikan. Pada masa sama mereka perlu tahu, bahawa ada balasan dan hukuman buat mereka apabila tersalah. Kita pun tahu bahawa dalam Islam membenarkan mereka menerima hukuman rotan, tetapi perlu berpaksi kepada keperluan didikan merotan itu sendiri. Menghukum pada waktu marah perlu dielakkan. Paling penting adalah matlamat mendidik itu sendiri. Dengan cra itu kita akan pastikan hukuman itu adalah untuk mengajar dan menyedarkannya bukan bersandar kepada emosi marahnya. Didikan ibu bapa yang berbentuk "laissure fare" menampakkan keseronokan kepada anak-anak tetapi kita bimbang anak-anak tidak mempunyai ketahanan disiplin dalam hidupnya untuk jangka panjang.

Keenam: Tadah:

Fungsi tangan yang penting juga ialah berdoa. Ini sebagai senjata utama yang perlu digunakan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menadah tangan mendoakan anak-anak. Doa ibu bapa akan smpai langsung kepada Allah untuk diperkenankan. Jangankita bersangka buruk kepada anak-anak terutama keupayaan mereka. Tidak mungkin doa kita dimakbulkan, mengharapkan kejayaan mereka, tetapi dalam hati kita meletakkan had terhadap keupayaan mereka.

Inilah dia enam perkara yang dapat disingkap daripada fungsi tangan sebenar berbanding tangan yang biasa kita rujuk jika dikatakan, sayang anak tangan-tangankan. Inilah ulasan dan ringkasan yang dapat saya catatkan hasil pembacaan saya kali ini. Tulisan kali ini banyak saya rujuk kepada pembacaan buku "R&R Di Lebuh Raya Kehidupan" tulisan Zul Ramli M. Razali. Saya tetp berdoa, semoga saya masih terus diberi ruang dan peluang untuk teruskan pembacaan dan dikongsikan bersama.

Catatan kali ini memakan masa yang agak lama untuk saya sediakan. bermula pada 05 November 2011. Hanya pada 19 November 2011, dapat saya siarkan.

Jumpa lagi.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-60788910847589967762011-11-05T13:59:00.003+08:002011-11-06T12:11:34.522+08:00SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHASelamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga pendidik khas warga SEMEKAP yang beragama Islam. Sila klik pada tajuk di atas jika berhajat membaca artikal tentang "Menghayati Hari Raya Korban" yang ditulis oleh Syed Hasan Alatas.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-8968000755165769412011-10-12T14:38:00.003+08:002011-10-14T08:48:19.607+08:00APAKAH TUGAS KITA SEBAGAI GURU SEBENARNYA?Saya bercadang menuliskan kembali catatan daripada buku " Guru Jutawan Akhirat" susunan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

Kita renung kembali tugas seorang guru. Tugasnya hari ini dilihat semata-mata sebagai tenaga pengajar mengikut kelayakan keilmuan dan akademik yang dimiliki. Namun hakikatnya, tugas guru bukan terhenti sebagai pelaksana pendidikan sahaaja. Guru juga bertanggungjawab membentuk keperibadian anak didik. Sebagai agen perubahan kerena mereka diamanahkan untuk membentuk jiwa, nurani dan intelektual generasi.

Tugas membentuk generasi bukan tugas yang mudah. Bukan tugas yang dapat dilaksana seorang diri. Tugas ini memerlukan komitmen kumpulan. Dan, jika melakukan tugas ini secara kolektif, sebenarnya kita sedang melakukan apa yang Allah suka, apa yang Allah s.w.t minta kita buat.

Mengenangkan tugas yang semakin menggunung. Bukan tak buat, tapi semakin hari semakin banyak yang perlu kita lakukan. Ada lagi gesaan untuk kita menyelesaikan tugasan itu bersama teman-teman seperjuangan kita. Firman Allah:

"Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa" (Surah at-Taubah:2)

Apa lagi, ayuh kita bergerak sebagai satu pasukan untuk membina generasi yang telah diamanahkan kepada kita. Tidak kira bidang apapun, masing-masing mempunyai peranan. Saling melengkapi antara satu sama lain. biar masuk surga sama-sama. Sama-sama merasai nikmat yang sangat agung yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Mari kita sama-sama duduk semeja, berbincang tentang generasi yang perlu kita bina dari pelbagai sudut. Jangan sesekali kita merasakan, mereka bukan anak kita, jadi bukan tanggungjawab kita.

Ketahuilah, jika kita melakukan kerja-kerja membina ummah, membangunkan modal insan ini, sebenarnya kita membina satu jalan untuk ke syurga. Jadi turut samalah menjejaki rakan-rakan guru yang telah membuka jalan untuk kita. Bantulah mereka untuk menjalankan kem-kem ibadah, kelas-kelas tambahan, hatta kerja-kerja membangunkan fizikal seperti sukan dan kokurikulum. Biarpun kecil peranan yang kita mainkan, namun ingatlah firman allah s.w.t:

"Barang siapa yang melakukan kebaikan walaupun sekecil zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amal)" (surah al-Zalzalah :7)

Mudahnya!

Atau jika kita sebagai penggerak sesuatu jawatankuasa, lihatlah keliling kita, rakan-rakan sekerja yang mungkin tidak sedar kita sedang menjalankan sesuatu program, ajaklah mereka, beri kata-kata perangsang dan dorongan. Bawalah mereka bersama untuk menikmati syurga yang telah dijanjikaan. Sesungguhnya syurga itu amat luas, pasti lebih hebat nikmat syurga jika kita dapat rasai bersama keluarga dan teman-teman.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-52531305928888456832011-10-11T11:16:00.004+08:002011-10-11T13:29:31.927+08:00PMR SELESAI ADAKAH TUGAS PELAJAR TINGKATAN TIGA TELAH TAMAT?Catatan ringkas saya pada hari ini saya tujukan khas kepada pelajar tingkatan tiga SEMEKAP.

Alhamdulillah, hari ini semua calon PMR telah menyelesaikan tugas masing-masing. Jangan fikirkan kesilapan dan kesalahan yang telah dibuat semasa menjawab. Jangan fikirkan juga kesilapan yang telah dibuat sepanjang tahun semasa tingkatan tiga, malahan mungkin semua kesilapan sepanjang masa dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Tidak ada perlunya menyesali semua yang telah berlalu. Apa yang penting ambillah iktibar dengan kesilapan langkah pada masa lalu, semoga tidak melakukan kesilapan lagi. Jika terus melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama berulang-ulang tanpa membaikinya kita tidak akan menjadi bangsa yang berjaya.

Apa yang perlu kita buat pada masa sekarang. Bagi saya, semua pelajar perlu menyemak diri masing-masing dari awal hingga sekarang. Rujuk dengan pasti, adakah kita pernah melakukan kesalahan kepada kedua ibu bapa kita. Sekecil mana sekalipun kesilapan kita, jumpa mereka dan minta maaf. Dengan cara ini kedua-dua mereka akan meredhai diri para pelajar. Ini amat penting. Dalam tempoh menunggu keputusan PMR (hingga Disember 2011), lakukan doa dan sembahyang hajat (bagi yang Islam), atau aapa cara sekalipun mengikut kepercayaan agama masing-masing. Pohonlah bantuan Tuhan untuk memastikan jawapan masing-masing akan disemak atau diperiksa dengan baik oleh para pemeriksa dan tidak ada masaalah berlaku dalam proses menyediakan keputusan masing-masing.

Saya percaya, jika masing-masing telah berusaha dan menyerahkan semuanya kepada Allah, insyaAllah Tuhan akan membalas yang sebaik mungkin atas usaha masing-masing. Saya biasa mengatakan bahawa Tuhan akan memberi rezeki dan ilmu kepada semua umat manusia tanpa membeza-bezakan siapa kita. Sebagai manusia, kita hanya perlu bersiap sedia dari awal dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkannya.

Jangan melakukan dosa, sepanjang masa mernunggu keputusan peperiksaan. Malah sepatutnya sepanjang masa, selagi nyawa kita masih ada, jangan hampiri segala jenis aktiviti yang menjerumuskan kita kepada menghimpun dosa. Takut apabila terlalu banyak dosa, doa kita tidak akan dikabulkan oleh Allah. Malah kita takut jika kita berjaya sekalipun, tetapi hidup kita tidak bahagia dengan kejayaan kita itu.

Isilah masa kita dengan segala aktiviti yang berfaedah. Sekurang-kurangnya marilah kita berfikir sejenak setiap hari tentang hal-hal yang boleh mendatangkan faedah.

Semoga semua pelajar akan diberkati Allah dalam PMR masing-masing. Amin. Amin......

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-20632431755941937062011-10-10T10:03:00.011+08:002011-10-11T11:12:29.138+08:00KEDUDUKAN KERJA ATAU TUGAS HARIAN SEBAGAI IBADAHDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pada bulan Mac 2011 yang lalu saya dihadiahkan sebuah buku oleh PIBG, sebuah sekolah kerana hadir merasmikan mesyuarat agung mereka. Hampir lebih satu bulan baru saya selesai membacanya. Beberapa bahagian buku ini saya ulang pembacaannya. Buku ini amat menarik kepada saya. Saya berhasrat menulis sedikit intipati daripada satu bahagian tulisan dalam buku ini, untuk bacaan bersama.

Melalui firman Allah, Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dengan ini boleh kita dikatakan sepatutnya misi hidup manusia ialah beribadah. Kita wajib beribadah 24 jam sehari. Ini tugas sepenuh masa yang perlu dilakukan sepanjang hayat kita. Misi menjadi hamba Allah adalah full-time bukan part-time. Tidak ada istilah pencen atau bersara dalam tugas kita sebagai hamba Allah. Kita boleh bertukar majikan, tetapi bolehkah kita bertukar Tuhan?.

Mungkin ada yang mempersoalkan, "Kalau begitu apakah kita mesti solat, berzikir dan duduk dalam masjid atau duduk atas sejadah sahaja. Rasanya ibadah tidak terbatas pada perlakuan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Gelanggangnya bukan di masjid atau di surau sahaja.

Ibadah terdiri daripada ibadah ASAS, iaitu ibadah utama yang menjadi asas semua jenis ibadah umat Islam yang lain. Ibadah ini adalah fardu ain yang wajib bagi setiap orang, membentuk hubungan langsung antara manusia (hamba) dengan Tuhannya. Tanpa ibadah asas, keyakinan untuk menghadapi hidup boleh goyang yang boleh menggugat dan tidak ada dorongan dalam diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Ibadah SUNAT adalah amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Ibadah ini bersifat extra, ibadah yang berfungsi untuk menampung sebarang kekurangan yang pasti berlaku dalam ibadah asas kita. Ibadah sunat juga adalah untuk mendapat kasih sayang Allah.

Ibadah ketiga ialah ibadah UMUM, ialah seluruh perlakuan, tindakan dan aktiviti selain ibadah asas dan ibadah sunat. Ini merangkumi kerja di pejabat, di ladang, malah di mana juga kita bertugas. Kebanyakan ibadah umum melibatkan hubungan kita sesama manusia. Ibadah umum kebanyakan bertaraf fardu kifayah. Kita perlu pecahkan tanggapan sempit setengah anggota masyarakat yang sekian lama membatasi soal fardu kifayah hanya kepada soal solat jenazah dan hal berjamaah sahaja. Sepatutnya ruang lingkupnya lebih luas lagi seperti membina sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan hiburan yang mempunyai tuntutan yang lebih mendesak dan kritikal pada masa kini, semua ini adalah ibadah umum.

Kita solat, memakan masa 7-10 minit dalam satu waktu, jika dikumpul 5 waktu, tidak sampai 1 jam pun. Jika bekerja di pejabat memakan masa 8 jam . Satu hari hanya 1 jam ibadah solat wajib, 23 jam lagi perkara lain. Allah perintahkan kita beribadah 24 jam. Di sinilah rasionalnya, mengapa kerja di pejabat atau guru mengajar di sekolah perlu dijadikan ibadah (ibadah umum)

Kita biasanya tahu tetapi tidak sedar bahawa kerja itu satu ibadah.

Kerja itu satu ibadah. Itu satu hakikat. malangnya, ramai di kalangan kita umat Islam hanya tahu kerja itu satu ibadah tetapi tidak sedar ia satu ibadah. Apa bezanya antara tahu dan sedar?. Tahu itu hanya di kepala (dalam pemikiran) manakala sedar itu di hati (penghayatan). Antara sedar dan tahu bukan sahaja berbeza makna, malah berbeza juga implikasinya.

Orang yang hanya mengetahui kerja itu satu ibadah, cara kerjanya tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah dan tidak bertangggungjawab berbanding orang yang menghayatinya. Inilah yang menyebabkan ibadah umum tidak ditangani dengan sebaik-baiknya berbanding ibadah asas. Hampir tidak pernah kita mendengar seorang yang solat Subuh (secara bersendirian) memotong bilangan rakaat menjadi satu, walau bagaimana letih, mengantuk atau uzur sekalipun dirinya. Ya, begitulah amanah.

Malangnya kita selalu mendengar bahawa ada orang ponteng, curi tulang, bermain-main, membuang masa dan tidak sungguh-sungguh semasa bekerja. Berbeza bukan, padahal solat Subuh itu ibadah dan kerja itu juga ibadah.

Begitu juga, jarang-jarang berlaku orang Islam mencuri minum atau makan sewaktu berpuasa bulan Ramadan, tetapi perbuatan rasuah, sogok dan menipu kerap berlaku dalam urusan perniagaan dan pekerjaan. bukankah sepatutnya kita wajib menjadi hamba Allah di dalam solat dan luar solat, semasa berpuasa atau berniaga?. ini adalah bukti, menunjukkan betapa ramai umat Islam tidak sedar bekerja, berniaga dan lain-lain aktiviti dalam kehidupan adalah satu ibadah.

Apakah syarat untuk menjadikan kerja itu sebagai ibadah?.

Tidak semua aktiviti dan pekerjaan jadi ibadah dengan begitu mudah. Ada syarat tertentu kerja boleh menjadi ibadah. Pekerjaan tidak akan menjadi ibadah walau seikhlas mana orang yang mengerjakannya, sekiranya kerja itu melibatkan arak, riba, pendedahan aurat, pergaulan bebas dan lain-laintermasuk tidak menyempurnakan masa dan tugasan kerja dengan baik dan sempurna, yang tidak diterima dalam Islam. Ada yang beranggapan asalkan tujuan pekerjaan itu baik, maka boleh dianggap ibadah. Ini juga tidak betul, kerana dalam Islam, tujuan tidak pernah menghalalkan cara. tujuan yang baik mesti dilaksanakan dengan cara yang baik. Kerja ala Robin Hood, yang mencuri harta orang kaya diberi pada orang miskin, tidak akan dianggap sebagai ibadah.

Niat yang baik dan ikhlas sahaja tidak memadai untuk menjadi ibadah. Niat yang baik itu perlu dikaitkan terus dengan Allah s.w.t, maka katakan dalam diri kita seperti:

"Aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah menuntutku mencari rezeki yang halal"

"Aku bekerja untuk menyara dan membela keluarga kerana itu diwajibkan Allah ke atas diri ku sebagai ketua keluarga"

"Aku bekerja untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara kerana

Rasullah menegaskan sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

Intipati atau teras ibadah mestilah bersifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang menghasilkan nilai-nilai yang lain. ikhlaslah yang melahirkan nilai integriti, produktiviti dan kualiti, termasuk nilai murni dalam pekerjaan kita. Ikhlas adalam pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus, benar, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan. Manakala tidak ikhlas pula menjadi punca timbulnya gejala nagetif seperti rasuah, tidak cekap dan sambil llewa dalam bekerja.

Apakah itu ikhlas dalam bekerja?. Secara mudah ia adalah kebersihan hati dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Apa yang diharapkan hanya keredaan Allah. Mungkin ada yang bertanya, bolehkah seseorang yang ikhlas menuntut gaji daripada pekerjaannya? Malah ada yang lebih sinis mengatakan, kalau benar-benar ikhlas janganlah menuntut sebarang ganjaran daripada pekerjaan kita.

Soalan ini menjurus kepada satu persoalan. Soalan ini tidak boleh dijawab tanpa kembali merujuk kepada soal teras dan asas dalam kehidupan. dalam hidup ini terdapat dua persoalan. pertama, tujuan hidup dan kedua, keperluan hidup.

Keperluan hidup seperti makanan, pakaian, rumah, kenderaan dan kehendak yang bersifat fizikal dan material. Tujuan hidup dalam Islam untuk beribadah yang melibatkan iabadah asas, ibadah sunat daan ibadah umum.

Kita tidak diajar memburu keperluan hidup dengan meminggirkan tujuan hidup. Tetapi hakikatnya, ramai yang berbuat demikian. Mereka fikirkan untuk mendapatkan makan minum, rumah selesa, kenderaan yang baik dan kehendak material semata-mata. Oleh kerana wang diperlukan untuk mendapatkan semua itu, maka bekerjalah mereka nsemata-mata untuk mendapat gaji (wang). Pada ketika itu keperluan hidup telah bertukar menjadi tujuan hidup. Islam mengajar supaya kita mengejar kedua-duanya iaitu keperluan hidup dan tujuan hidup, kerana kedua-duanya diperlukan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Namun jika diajukan soalan antara tujuan hidup dan keperluan hidup mana yang lebih penting?. Jawapan sepatutnya mestilah,tujuan hidup. Ini boleh kita buat analogi antara galah dan buah yang hendak dijolok. Galah penting kerana dengan galah kita boleh kait buah, tetapi tentu buah lebih penting kerana yang hendak kita makan ialah buahnya, bukan galahnya. Senang itu penting, tetapi tenang itu lebih penting. Apa gunanya kita senang tetapi tidak tenang.

Jadi marilah kita bekerja berdasar ibadah (tujuan hidup) bukan untuk mendapat gaji sahaja (keperluan hidup). Walaupun ikhlas itu tidak menafikan kita mendapat gaji, tetapi itu bukanlah matlamat utama dan pertama kita. Indahnya Islam kerana muslim boleh bekerja untuk mendapatkan keperluan dan tujuan hidup dalam satu masa. Kerja itulah untuk mendapat laba(gaji) dan kerja itu juga (jika menepati syaratnya) akan menjanjikan pahala. ingatlah kita, bahawa orang ikhlas bekerja untuk Tuhan, bukan untuk majikannya. Dalam kerja sebagai ibadah: GOD IS OUR CEO.

Ada sesuatu yang lebih bernilai dan tinggi untuk dicapai oleh orang yang ikhlas, iaitu keredaan, pahala dan keampunan Allah. dengan cara ini, ketenangan dan kebahagiaan (sama ada dalam diri, di tempat kerja dan dalam keluarga) akan tercapai.

" Orang yang ikhlas didorong 'dari dalam ke luar'(inside-out) - kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat. sebaliknya orang tidak ikhlas didorong dari 'luar ke dalam' (outside-in) - ganjaran dan hukuman.

Semoga kita boleh ingat mengingati antara satu sama lain, semoga semua kerja kita akan jadi ibadah, tidaklah semata-mata mendapat laba(gaji) sahaja.

Jumpa lagi di lain ruangan dan di lain kesempatan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-78413842933373891372011-10-07T20:23:00.006+08:002011-10-08T21:19:17.537+08:00ADAB DENGAN IBU BAPA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada kesempatan kali ini, saya mengambil peluang untuk mencatatkan beberapa patah ingatan. Ingatan ini saya tuju khas kepada diri saya, kepada semua rakan yang bergelar ibu dan bapa atau bakal ibu atau bapa suatu hari nanti. Semestinga kita pernah mempunyai ibu dan bapa. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang mempunyai ibu bapa.

Untuk mewujudkan keseimbangan hubungan sesama manusia, keseimbangan dalam masyarakat dan seterusnya negara, perlu mengambil kira dan bermula daripada hubungan dengan ibu bapa. Perkara ini perlu kekal sebagai hal utama yang menentukan kestabilan hidup seseorang.

Perintah menjaga kedua-dua ibu bapa terkandung daalam perintah Allah bersama ganjaran baik bagi yang memeliharanya dan balasan buruk bagi yang mengabaikannya. Inilah yang dinyatakan Allah kepada manusia dalam firmanNya:

Dan Tuhanmu memerintahkan agar tiidak menyembah selainNya dan kepada kedua-dua ibu bapa agar berbuat baik. Sama ada telah sampai umur tua seorang atau kedua-duanya, jangan kamu ucapkan walau dengan kalimah ah! dan jangan mengherdik mereka dan bercakaplah dengan mereka dengan perkataan yang memuliakan. Dan rendahkan diri di hadapan kedua-duanya dan katakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani sewaktu kami kecil.

Apakah yang perlu kita lakukan?

1. Berbuat baik kepada ibu bapa dalam erti kata yang luas.. Kebaikan yang kita lakukan kepada manusia lain perlu berlaku kepada ibu bapa kita. Berbuat baik kepada mereka perlu menjadi agenda utama yang perlu disemak setiap hari, minggu dan bulan. Jangan kebaikan kepada orang lain mengatasi kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa kita.

2.Tidak mengguris hati mereka dengan percakapan dan tindakan walau sekecil mana percakapan dan tindakan itu. Seandainya kita telah berusaha melakukan kebaikan, ia tidak akan sempurna sehingga kita menghindari daripada mengguris hati mereka.

3.Memilih hanya perkataan yang bersifat mulia apabila bertutur bicara dengan mereka.

4.Merendah diri ketika bersama mereka adalah adab yang wajib dijaga. Walau siapa pun kita, sebesar mana kedudukan kita di luar, tetapi di hadapan ibu bapa, dia perlu merendahkan diri.

5.Sentisa mendoakan mereka sepanjang hayat kita. Allah suka perkenankan doa hambanya yang di dalamnya ada doa kepada kedua orang ibu bapanya.

6.Sentiasa mengenang kebaikan mereka kepada kita sewaktu kecil lagi. Dengan mengenang kebaikan, kita akan sentiasa meletakkan mereka pada kedudukan yang sepatutnya.

Bagaimana kedudukan, apabila ibu bapa yang sudah tiada atau meninggal duniua?

Kematian tidak boleh memisahkan kita dan ibu bapa dari segi adab. Sepatutnya hal ini proses sepanjang zaman demi meraih keredaan Allah. Membantu mereka pada saat begini lebih utama berbanding semasa mereka masih hidup. Rasullah bersabda:

Daripada Abu hurairah r.a. bersabda Rasullah, Apabila telah mati seorang anak Adam, terputus segalanya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan." (Riwayat Muslim).

Sebenarnya orang yang sering mendoakan orang lain, apatah lagi ibu bapanya yang telah meninggal dunia, akan dibalas. Apabila dia meninggal dunia, Allah akan memberikan hidayahnya kepada anaknya agar sianak dan orang lain akan mendoakannya pula.

6.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8362590032531069121.post-16945452178854165632011-10-05T21:22:00.007+08:002011-10-08T07:54:24.502+08:00SABARAssalamualaikum..
Daripada Abdullah bin Abbas r.a berkata:

Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajarmu beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Dia memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu kepada Allah. Dan ketahuilah, sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah ditakdirkan oleh Allah atas engkau. Dan jika merekaa duduk untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah ditakdirkan oleh Allah atas engkau. Telah ditakdirkan sesuatu itu sebagai perkara yang telah ditetapkan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi ada disebut.

"Peliharalah Allah ,nescaya engkau dapati Allah di hadapan engkau. Kenalilah Allah pada masa lapanng, nescaya Dia kenaal engkau pada masa susah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang (ditakdirkan) bukan kepada engkaau, tidaklah ia kena paada engkau. Tetapi apa yang kena pada engkau tidaklah tersalah kena pada engkau. Dan ketahuilaah! Sesungguhnya kemenangan itu disertaikan dengan kesabaran. Dan sesungguhnya berserta kesusahan ada kelapangan. Dan sesungguhnya berserta kesusahan ada kemudahan."

Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yaang terpuji ialah sabar mengerjakan taat kepada Allah s.w.t. , menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar menerima segala takdirNya.Tetapi antara sifat sabar sebenarnya, sifat sabar kerana menegerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama daripada sabar menerima segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan

Menurut Ahlus Sunnah wal Jama'ah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat baahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung. Allah s.w.t. menyebut lebih 90 kali pada pelbagai tempat dalam al-Quran; adakalanya dengan memuji kesabaran itu sendiri, adakalanya memuji orang-orang sabar di sisi Allah s.w.t dan darjat yang disediakan oleh Allah untuk mereka. Dalam Islam, sabar ada tiga daarjat:

1. Sabar terhadap ketaatan.
2.Sabar terhadap kemaksiatan.
3.Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Darjat sabar yang paling agung ialah sabar terhadap ketaatan. Oleh kerana ia sabar yang paling agung yang diharapkan, maka tatkala kita melaksanakan ketaatan, hendaklah kita bersabar terhadapnya dan menyabarkan dirimu, supaya kamu sentiasa tetap melaksanakan sesuai dengan bentuk yang paling sempurna, dengan segala kekhusyukan dan kepatuhan.

Sabar terhadap kemaksiatan, iaitu tatkala jiwa kita sentiasa disuruh melakukan kejahatan yang membinasakan diri, lalu kita bersabar menolaknya dan mengharapkan pahala hanya daripada Allah s.w.t. Sabar menerima takdir Allahs.w.t, dilakukan apabila Allah menetapkan takdirNya atas kita dan untuk meringankan dosa-dosa kita atau meninggikan darjat kita.

Apabila hal ini sudah diketahhui, maka salah satu ciri yang dimiliki oleh para kekasih Allah adalah sabar dan disertakan keyakinan yang kuat.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah pernah ditanya: "Bagaimanakah cara memperoleh sesuatu kepimpinan dalam agama?" Dia menjawab: "Dengan kesabaran dan keyakinan, bukankah kamu pernah mendengar firman Allah s.w.t dalam surah al-Sajdah, ayat 24:

Maksudnya: Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar (sabar dalam menegakkan kebenaran) Dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.

Setiap hamba Allah s.w.t yang soleh akan diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai musibah. Ada yang diuji dengan harta benda, lalu dia kehilangan harta bendanya itu. Ada juga yang diuji dengan akalnya sehingga akalnya hilangdan dia menjadi bodoh. Ada juga yang diuji fizikal, sehingga ada sebahagian daripada anggota tubuh dan pancainderanya tidak berfungsi.

Ada juga yang diuji pada kaum keluarga seperti anaknya, yang diculik orang atau meninggal atau pergi menghilang diri dan tidak kembali. Ada juga yang diuji dengan harga diri, dengan tuduhan yang tidak dilakukannya. Tuduhan itu juga tidak layak untuknya, tetapi dia tetap sabar dan mengharapkan pahala hanya daripada Allah.

Allah telah berfirman hal berkaitan dalam surah al Baqarah ayat 153:

Maksudnya: Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

Allah juga berfirman dalam surah Ali'Imran, ayat 200:

Maksudnya: Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenagan).

Nabi s.a.w pernah bersabda;
Maksudnya: "Sesungguhnya adakalanya Allah telah menyediakan satu darjat bagi seseorang tetapi tidak dapat dicapai hanya dengan amalannyanya sehingga dia diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya, maka barulah tercapai darjat itu."

Terdapat kata-kata pujangga: Kejayaan adalah hasil daripada kerja kuat, penderitaan, luka, pengorbanan dan kecemasan. Sedangkan kegagalan adalah hasil daripada kemalasan, tidak mempunyai target, tiada perasaan minda dan tidak bersemangat.

Berbanding kesabaran yang diterangkan di atasnya, rasanya kesaabaran dalaam segala hal biasa di dunia ini adalah perlu juga kerana kesabaran itu akan memastikan sabar yang tiga tahap tadi baru mungkin mampu kita capai. Selepas kita mampu bersabar dalam hal kehidupan kita barulah kita mampu bersabar dalam ketaatan, sabar dalam kemaksiatan dan sabar terhadap ketentuan dan musibah.Unknownnoreply@blogger.com0