25 Februari 2010

95% PPD HULU SELANGOR TELAH BERPINDAH KE WISMA TNB KUALA KUBU BHARU

Pada hari ini, 25 Februari 2010, kami yang bertugas di PPD Hulu Selangor telah berpindah ke Wisma TNB. Kebanyakan peralatan kami telah sampai di bangunan ini. Pada hari ini dan seterusnya proses memasang talian telefon, talian internet dan penyenggaraan lampu dan hawa dingin dijalankan.

Walau bagaimanapun para pelanggan masih boleh berhubung dan berjumpa dengan para pegawai di bangunan baru ini. Di bangunan lama (bangunan Pejabat Daerah Hulu Selangor) sudah hampir kami tinggalkan.

Kami minta maaf jika layanan yang kami berikan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua tidak memuaskan lagi kerana segala peralatan pejabat dan kemudahan pejabat masih belum sempurna. Unit Perkhidmatan dan Unit Kewangan akan beroperasi di tingkat pertama. Kebanyakan pegawai berada di tingkat tiga. Di tingkat tiga terdapat sektor Pengurusan Sekolah, sektor Pengurusan Akademik dan sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Di tingkat dua, terdapat bilik Tuan PPD dan Timbalan PPD Hulu Selangor, di samping beberapa orang pegawai lain.

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan SKPM Oleh Pengetua secara online Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan 05-09/04/2010

Semoga semua Pengetua di daerah Hulu Selangor akan mengambil maklum dan bertindak segera tentang perkara ini. Sila isi penilaian SKPM sekolah masing-masing dalam Laman Sesawang NKRA. Sila klik pada tajuk di atas atau klik pada ayat bergaris yang berikut.

Sila ikut arahan dan panduan pada nota yang pernah diberi pada tahun 2009 yang lalu. Semoga tidak ada yang akan tercicir dalam pengisian ini.

Semoga apabila Sesawang ini diaktifkan pada 05 April 2010, tuan-tuan dan puan-puan akan memastikan semua nilai SKPM sekolah diisikan. Jika dibuat sebelum daripada itu, sistem akan anggap itu sebagai cubaan sahaja. Tidak menjadi kesalahan untuk mencuba sistem ini terlebih dahulu. Semuanya akan dipadamkan semula. Hanya nilai yang dimasukkan selepas 05 April 2010 akan diambil kira.

MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia boleh dibaca dengan klik pada tajuk di atas atau pada ayat digariskan ini.

20 Februari 2010

PENDAFTARAN PEMAHAMAN PTK HARAP LAKUKAN SEGERA SEBELUM 28.02.2010


Bersama ini saya sambungkan link ke sesawang pendaftaran PTK DG54,DG52,DG48,DGA38,DGA34 dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) GRED 26. Sila klik pada tajuk di atas.

KPM MENJELASKAN DALAM UTUSAN MALAYSIA TENTANG LANTIKAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membaca hal ini dalam akhbar. Di sini saya sambungkan link ke Sesawang KPM tentang perkara tersebut. KPM telah menetapkan jawatan Guru besar adalah jawatan naik pangkat bagi guru-guru pada kategori DGA34 atau mungkin DGA32 untuk sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid).

Sepatutnya tidak tidak timbul masalah bagi guru atau masyarakat mempersoalkan jawatan kenaikan pangkat ini. DG41 adalah jawatan bukan naik pangkat, ia hanya jawatan hakiki bagi semua guru yang mempunyai Ijazah. Hanya guru besar yang mendapatkan gred DG41 semasa menjadi guru besar sahaja yang kekal mwenjadi guru besar dengan gred DG41 KUP. Jawatan yang ada di sekolah masing-masing itu tetap kekal hakikinya GDA34. Sila klik pada tajuk di atas atau pada ayat yang digariskan berikut.

Semoga jawapan KPM ini tidak akan menimbulkan persoalan lagi tentang jawatan guru besar di sekolah. Bagi saya semua warga pendidik perlu menerima hakikat ini. Jika ada sebarang perubahan pada masa akan datang yang akan dilaksanakan oleh kementerian, kita akan laksanakan dasar berkaitan. Pada masa sekarang itulah dasar yang ada.

BERPINDAH KE WISMA TNB KUALA KUBU BHARU

Untuk makluman semua, saya telah mula memindahkan barang-barang saya ke Wisma TNB. Pada hari Jumaat, saya telah pindahkan komputer pejabat saya. Pada hari ini, Sabtu saya telah hantar semua barangan pejabat yang ringan yang mampu saya angkat sendiri. Hanya perabot yang saya tidak mampu membawanya sendiri.

Mulai pada hari Isnin (22 Fdebruari) saya akan berada dikedua-dua pejabat mengikut keperluan. Harap maaf jika tuan-tuan dan puan-puan menghadapi masalah dalam proses peralihan perpindahan ke bangunan baru.

19 Februari 2010

MAULIDUR RASUL


Semoga pada 12 Rabiul Awal (26 Februari 2010) umat Islam menyambul perayaan Maulidur Rasul. Semoga segala yang disaran dan diajarkan oleh Nabi kita akan dapat dipraktikkan dengan baik.

PERINGATAN TERAKHIR TENTANG MAKLUM BALAS AUDIT DI SEKOLAH

Terima kasih kepada sekolah yang telah menghantar maklum balas tentang perkara ini. Sekolah tersebut ialah:
1. SK Sungai Buaya.
2. SK Bandar Sungai Buaya.
3. SMK Bandar Sungai Buaya.
4. SK Sungai Choh.
5. SMK Dato Hj Kamaruddin.

Walau bagaimana kami masih belum menerima maklumat daripada 2 buah sekolah:

1. SMK Kuala Kubu Bharu.
2.SK Kuala Kubu Bharu Dua.

Pihak sekolah telah dihubungi melalui telefon sebanyak 2 kali. Harap hantar segera. Jika tidak pihak PPDHS akan memasukkan kenyataan kedua-dua sekolah tidak mahu memberikan kerjasama atau tidak mahu memberikan sebarang maklum balas.

16 Februari 2010

SENARAI 20 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) salah satu yang terkandung dalam Sub-NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia, telah diumumkan untuk 20 sekolah pertama bagi tahun 2010. Dalam perancangan sehingga tahun 2012 akan terdapat sejumlah 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP).

Senarai 20 buah sekolah tersebut seperti berikut. Klik pada tajuk di atas untuk melihat senarai tersebut atau pada ayat ini. Maklumat ini diambil dari Sesawang KPM yang pernah ditulis juga di dalam akhbar tempatan.

15 Februari 2010

MAKLUMAT DAN PEKELILING TENTANG MBMMBI


Bersama ini saya sediakan link ke Sesawang KPM yang menyediakan maklumat tentang MBMMBI, sebagai rujukan dan bacaan semua warga pendidik di Hulu Selangor. Sila klik pada tajuk di atas.

14 Februari 2010

SEHARI PERJALANAN PERGI DAN BALIK KKB -- KUANTAN

Pada siang tadi (12.02.2010), hari Sabtu, saya, isteri dan 2 orang anak perempuan saya bergerak ke Kuantan. kerana menjemput anak kedua saya yang berada di UIA Kuantan. Anak saya hendak balik bercuti tetapi nkehabisan tiket bas. Tiada lagi tiket bas menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Kami bergerak dari rumah kira-kira pukul 10 pagi. Pada kali ini saya bergerak lewat sedikit, walaupun asalnya bercadang untuk bergerak selepas subuh. Ini tidak dapat dilaksanakan kerana isteri saya ingin menyediakan makanan untuk 3 orang anak lelaki kami yang tidak mahu turut serta perjalanan ke Kuantan pada kali ini.

Perjalanan kami menggunakan laluan mengikut Genting Highlands. Apabila memasuki Lebuh raya Pantai Timur, bermula dari Genting Sempah keadaan trafik sungguh menakjubkan. Saya tidak menjangka keadaan kesesakan jalan raya yang sungguh teruk berlaku. Inilah suasana perjalanan semasa cuti perayaan di Malaysia.

Kami berhenti sebentar di stesen minyak Petronas sebelum sampai ke tol Bentong. Sekali lagi keadaan kesesakan yang keterlaluan berlaku di stesen minyak ini. Untuk mengisi minyak dan ke tandas sahaja kami perlu menggunakan masa hampir satu jam. Hanya pada pukul 12.00 tengah hari kami dapat menyambung semula perjalanan. Perjalanan selepas itu, walaupun kenderaan terlalu banyak di atas jalan tetapi tidaklah terlalu teruk berbanding semasa mula-mula memasuki lebuh raya ini.

Kira-kira pada pukul 2 petang kami sampai di UIA Kuantan. Selepas mengambil anak perempuan saya di sana kami bergerak ke bandar Kuantan sebentar kerana terdapat permintaan di kalangan anak-anak saya untuk ke sana. Bandar Kuantan juga sesak pada ketika itu. Kami hanya sempat singgah di kedai binatang peliharaan. Pada pukul 3.00 petang kami mula bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu. Kami singgah di R&R Gambang.. Kami singgah solat dan makan tengah hari.

Kira-kira pada pukul 5.00 petang kami terus bergerak balik. Kami bergerak tanpa singgah di mana-manapun. Kami sampai di rumah kira-kira pada pukul 7.45 malam. Pada cuti perayaan Tahun Baru Cina ini semua anak-anak saya berada di rumah.

Pada hari sebelumnya, Jumaat (12.02.2010), saya juga menjalankan tugas mengambil anak saya yang berada di IPGM IPIS Bangi dan anak saya yang berada di UPM, Serdang.

Rasanya memadai catatan ini untuk hari ini. Selamat bercuti hujung minggu dan Cuti Tahun Baru Cina. Jumpa lagi.

10 Februari 2010

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Sila klik pada tajuk di atas untuk membaca link yang saya pautkan daripada sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga ini memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

09 Februari 2010

PERINGATAN KALI KEDUA TENTANG MAKLUM BALAS AUDIT DALAM KPM

SAYA BERHARAP TUAN/PUAN PENGETUA / GURU BESAR:
1. SMK KUALA KUBU BHARU.
2. SK SUNGAI BUAYA.
3. SK KUALA KUBU BHARU DUA.

SAYA MASIH BELUM MENERIMA MAKLUM BALAS TEGURAN AUDIT DALAM KPM KE SEKOLAH TUAN/PUAN PADA BULAN NOVEMBER 2009 YANG LALU. KITA TELAH MEMBUAT MESYUARAT KHAS TENTANG INI PADA 26 JANUARI 2010 YANG LALU. KITA MEMINTA SETIAP SEKOLAH MENYEDIAKAN JAWAPAN DALAM SATU MINGGU.

PIHAK PPD MASIH BELUM MENERIMA APA-APA JAWAPAN DARIPADA PIHAK TUAN. HARAP DAPAT DISEGERAKAN.

KEPADA GURU-GURU DARIPADA KETIGA-TIGA SEKOLAH YANG TERBACA MAKLUMAT INI HARAP MAKLUMKAN KEPADA PENGETUA ATAU GURU BESAR MASING-MASING.

BAGI SEKOLAH YANG TELAH MENYEDIAKAN MAKLUM BALAS VUNTUK KITA HANTAR KEPADA PIHAK KP[M, SAYA UCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

07 Februari 2010

HANTAR SEGERA MAKLUM BALAS PEMERHATIAN AUDIT DI TUJUH BUAH SEKOLAH

Kepada 7 buah sekolah berikut, sila hantar segera laporan atau maklum balas pemeriksaan Audit Dalam KPM ke sekolah masing-masing. Hantar maklum balas ke PPD Hulu Selangor untuk tindakan En Mohd Isa bin Jali, Pegawai Kualiti PPD Hulu Selangor. Hantar terus maklum balas ini di PPD di Wisma TNB. En Mohd Isa telah mula beroperasi di Wisma ini. Bagi sekolah yang telah menghantar maklumat ini diucapkan terima kasih. Bagi yang belum membuat tindakan sila hantar segera.

Sekolah terbabit ialah:
1. SK Bandar Sungai Buaya.
2. SMK Bandar Sungai Buaya.
3. SK Sungai Buaya.
4. SK Sungai Choh.
5. SMK Dato Hj Kamaruddin.
6. SMK Kuala Kubu Bharu.
7. SK Kuala Kubu BHaru Dua.

Pihak PPD Hulu Selangor mengharap Pengetua dan sekolah berkenaan dapat mengambil tindakan segera.
Bagi pegawai-pegawai di PPD Hulu Selangor yang telah dipanggil dalam mesyuarat pada 25 Januari 2010 yang lalu diharap dapat menyediakan maklum balas dengan baik dan segera. Harap serahkan maklumat ini kepasda En Mohd Isa (Pegawai Kualiti).

Sila gunakan format yang telah disediakan.

06 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya mengambil kesempatan di ruang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga pendidik daerah Hulu Selangor yang merayakan Tahun Baru Cina.

Semoga yang bercuti sepanjang perayaan itu dapat menjaga diri masing-masing dengan baik, diharapkan semuanya sihat setiap masa. Pada masa yang sama jangan lupa kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita mendidik anak bangsa kita.

http://www.theborneopost.com/?p=9221

05 Februari 2010

Jawapan KPM terhadap Hal Pengawal Keselamatan di Sekolah

Sila baca link yang saya sediakan di sini.
Ini adalah jawapan KPM terhadap tulisan dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Januari 2010 - SEKOLAH:KUALITI PENGAWAL KESELAMATAN PENTING