14 Februari 2010

SEHARI PERJALANAN PERGI DAN BALIK KKB -- KUANTAN

Pada siang tadi (12.02.2010), hari Sabtu, saya, isteri dan 2 orang anak perempuan saya bergerak ke Kuantan. kerana menjemput anak kedua saya yang berada di UIA Kuantan. Anak saya hendak balik bercuti tetapi nkehabisan tiket bas. Tiada lagi tiket bas menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Kami bergerak dari rumah kira-kira pukul 10 pagi. Pada kali ini saya bergerak lewat sedikit, walaupun asalnya bercadang untuk bergerak selepas subuh. Ini tidak dapat dilaksanakan kerana isteri saya ingin menyediakan makanan untuk 3 orang anak lelaki kami yang tidak mahu turut serta perjalanan ke Kuantan pada kali ini.

Perjalanan kami menggunakan laluan mengikut Genting Highlands. Apabila memasuki Lebuh raya Pantai Timur, bermula dari Genting Sempah keadaan trafik sungguh menakjubkan. Saya tidak menjangka keadaan kesesakan jalan raya yang sungguh teruk berlaku. Inilah suasana perjalanan semasa cuti perayaan di Malaysia.

Kami berhenti sebentar di stesen minyak Petronas sebelum sampai ke tol Bentong. Sekali lagi keadaan kesesakan yang keterlaluan berlaku di stesen minyak ini. Untuk mengisi minyak dan ke tandas sahaja kami perlu menggunakan masa hampir satu jam. Hanya pada pukul 12.00 tengah hari kami dapat menyambung semula perjalanan. Perjalanan selepas itu, walaupun kenderaan terlalu banyak di atas jalan tetapi tidaklah terlalu teruk berbanding semasa mula-mula memasuki lebuh raya ini.

Kira-kira pada pukul 2 petang kami sampai di UIA Kuantan. Selepas mengambil anak perempuan saya di sana kami bergerak ke bandar Kuantan sebentar kerana terdapat permintaan di kalangan anak-anak saya untuk ke sana. Bandar Kuantan juga sesak pada ketika itu. Kami hanya sempat singgah di kedai binatang peliharaan. Pada pukul 3.00 petang kami mula bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu. Kami singgah di R&R Gambang.. Kami singgah solat dan makan tengah hari.

Kira-kira pada pukul 5.00 petang kami terus bergerak balik. Kami bergerak tanpa singgah di mana-manapun. Kami sampai di rumah kira-kira pada pukul 7.45 malam. Pada cuti perayaan Tahun Baru Cina ini semua anak-anak saya berada di rumah.

Pada hari sebelumnya, Jumaat (12.02.2010), saya juga menjalankan tugas mengambil anak saya yang berada di IPGM IPIS Bangi dan anak saya yang berada di UPM, Serdang.

Rasanya memadai catatan ini untuk hari ini. Selamat bercuti hujung minggu dan Cuti Tahun Baru Cina. Jumpa lagi.