16 Ogos 2009

SABTU 15 OGOS 2009

Pada pagi 15 Ogos 2009 (Sabtu), saya menghadirkan diri di Auditorium Raja Alam di Akademi Bomba untuk merasmikan seminar, aitu seminar untuk guru-guru Matematik sekolah rendah daerah Hulu Selangor. Pada masa yang sama Tn PPD, Tuan Hj Suhaimi hadir merasmikan majlis Seminar untuk guru Bahasa Inggeris di dewan atau Auditorium Besar Akademi Bomba. Pada pagi ini terdapat 2 majlis dijalankan serentak di Akademi bomba.

Pukul 10.30 pagi saya bersama Tn Hj Suhaimi bergerak ke Jabatan Pelajaran Selangor, Shah Alam kerana majlis Kesyukuran Jabatan Pelajaran. Majlis ini melibatkan bacaan yasiin dan tahlil, sembahyang Zohor berjamaah dan sembahyang sunat Hajat.

Selesai makan tengah hari, kamipun balik semula ke rumah. Saya balik ke Kuala Kubu Bharu.

TAKLIMAT PENJUMUTAN JAWATAN BERDASAR PEKELILING 6,7 DAN 8 2009

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2009, saya bersama KPT PPD Hulu Selangor En Nazary telah menghadiri taklimat ini di Putrajaya. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai JPA.



Melaui taklimat ini kita akan dapat lihat semua kakitangan sokongan N11 dan N14 akan diberi opsyen untuk dimasukkan ke N17, jika mereka setuju menerima opsyen ini. Walau bagaimanapun terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka terlebih dulu.



Selesai taklimat sebelah petangnya saya pergi menjemput anak saya di IPIS, secara kebetulan tidak jauh dari Putrajaya.

MAJLIS PENUTUP PKPSM NEGERI SELANGOR BERSAMA PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

Pada 12 ogosw 2009, meminta saya hadir mewakili beliau dalam majlis berkaitan di Kelab Selangor, Shah Alam. Oleh kerana pada malam itu saya perlu ke Hotel Regency Kuala Lumpur untuk program Pemantapan ICTL sekolah rendah, majlis penutupan kursus pada pagi Khamisnya, saya berkemas keperluan untuk bermalam di Kuala Lumpur.

Majlis di Kelab shah Alam selesai pada pukul 6.00 peatang. Sebelum bergerak ke Regency, saya bergerak ke IPGM Kampus Islam Bagi (IPIS) untuk menyelesaikan sedikit masalah anak saya yang baru mendaftar di IPIS pada 10 Ogos yang lalu. Dari Bangi saya bergerak ke Kuala Lumpur. Pada malam itu saya menginap di Regency.

Pada siang 13 Ogos 2009, 12.00 tengah hari saya melakukan majlis penutupan kursus tersebut. Selesai majlis saya bergerak balik. Tetapi pukul 2.30 petang saya singgah di SMK Bukit Sentosa 2 untuk meninjau suasana sekolah baru yang masih belum ada pelajarnya lagi.

Pada pukul 3.45 petang saya bergerak ke SMK taman Bunga Raya (1) untuk bersama-sama dalam majlis penutup kursus Pemimpin Pandu Puteri Daerah hulu Selangor. Saya bali ke rumah di Kuala Kubu Bharu, dan bersiap sedia untuk bersama-sama majlis Sembahyang Hajat di SK Kuala Kubu Bharu Satu.