29 Mei 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SEKOLAH BESTARI NEGERI SELANGOR

Pada 26-28 Mei 2009, saya menghadiri mesyuarat anjuran Unit ICT Pengkomputeran Kurikulum JP Selangor di Coral Bay Resort, pulau Pangkor.

Selesai mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Selangor, saya terus balik ke rumah mengambil pakaian dan peralatan untuk bergerak ke Pulau pagkor. Saya tidak berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Selangor yang berlangsung pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu. Saya sampai ke Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam.

Waktu makan malam pertama, semasa makan malam ini satu majlis diatur untuk meraikan bekas KUTV yang telah bertukar tempat kerja atau beredar ke jawatan yang lain. Majlis meraikan Pn Jamilah bt Ali, bekas KUTV Klang yang bertukar dan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua DG52 di SMK Sri Andalas Klang, dan diri saya sendiri yang meninggalkan jawatan KUTV Hulu Selangor untuk memegang jawatan yang ada sekarang.

Terima kasih kepada En Zahri bin Hj Ramlan (Penolong Pengarah Kanan ICT Pengkomputeran JPS) dan semua rakan KUTV seluruh negeri Selangor yang mengaturkan majlis tersebut.

Saya masih meneruskan tugas KUTV buat masa ini, kerana pengganti saya masih belum ada secara rasmi. Dua hari berikutnya, mesyuarat ini diisi dengan perbincangan tentang perancangan strategik untuk sekolah Bestari negeri Selangor. Mesyuarat ini dihadiri sama oleh semua 12 orang Guru Penyelaras Bestari daripada 12 buah sekolah di negeri Selangor. Telah diputuskan, satu proses pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Julai, melibatkan pemantau perlu memantau sekolah yang berbeza daerah. KUTV Hulu Selangor, PKG Kuala Kubu Bharu, dan Guru Penyelaras Bestari SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Ampang Pecah (Hulu Selangor) akan memantau 2 buah sekolah di Hulu Langat (SMAP Kajang dan SMK Bandar Baru Bangi). Pemantauan ini bagi memastikan kesemua 12 buah sekolah ini dapat berada pada tahap 5 bintang dalam star rating sekolah bestari.

Mesyuarat di Coral Bay juga kami diberitahu oleh pihak Jabatan Pelajaran, bahawa satu kursus berkaitan Zoom A akan dilaksanakan di PPD Hulu Langat pada 18 Jun 2009. Setiap daerah dikehendaki mencari dan menamakan 4 orang guru daripada sekolah yang dinamakan dalam program ini.(guru Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).

Oleh kerana KUTV daerah Hulu Selangor masih belum melaporkan diri, saya meminta kerjasama Penolong PPD Pengurusan Akademik/KUB bersama Peneylia KBSR untuk menguruskan peserta berkaitan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT JPS BIL 3/ 2009

Pada 26 Mei 2009, saya telah menghadiri mesyuarat ini menggantikan tempat Tuan PPD yang bersedia untuk sambutan hari guru peringkat daerah pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu.

Mesyuarat JK Pemandu ICT ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPS, tuan Hj Bajuri bin Abdullah. Dalam mesyuarat ini jawatankuasa telah membincang, sama ada melulus atau menolak permohonan sekolah yang ingin membeli peralatan ICT menggunakan peruntukan di sekolah masing-masing.

LAN PPD Hulu Selangor (Cawangan) juga ditangguhkan kerana PPD Hulu Selangor dalam proses memohon kepada KPM untuk menyewa dan berpindah ke bangunan baru (bangunan TNB Kuala Kubu Bharu). Semoga usaha ini diluluskan dan warga PPD Hulu Selangor dapat bertugas di bawah satu bumbung semula.