31 Mac 2009

MESYUARAT AJK PELAKSANA KEJOHANAN MEMANAH MSSS 2009

Assalamualaikum...
Pada hari ini, 31.03.2009, mesyuarat berkaitan dijalankan di SMK Ampang Pecah, mulai 2.30 petang. Inilah antara mesyuarat Sukan yang pertama saya turut serta.

Semoga kejohanan ini akan dapat berlangsung dengan baik sepanjang dikelolakankan oleh Hulu Selangor. Tahniah saya ucapkan kepada Unit Sukan PPD hulu Selangor, kerana menampakkan kejayaan dalam acara yang disertai di peringkat negeri, seperti olahraga. Saya difahamkan Hulu Selangor berjaya mendapat 9 pingat emas dalam olahraga MSSS 2009, menduduki tangga ke-6 di kalangan 10 buah daerah. Tahniah sekali lagi kepada semua atlit kalangan murid sekolah yang mengambil bahagian.

Semoga kejohanan memanah juga akan mendatang keputusan yang baik.

27 Mac 2009

Jika memerlukan borang pendaftaran e_Kasih sila klik di sini :http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=50&bhs=my&mod=baca

HARI RABU DAN KHAMIS (25-26 MAC 2009)

Assalamulaikum.....

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) DAERAH HULU SELANGOR

Pada 25.03.2009, hari Rabu, saya berkesempatan hadir ke SK Gedangsa kerana mewakili Tuan PPD Hulu Selangor dalam majlis penutupan MTQ daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada SMK Gedangsa dan SK Gedangsa yang sudi menjadi tuan rumah dan berjaya melaksanakan program daerah dengan baik. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, En Zainal Abidin bin Mohd Yusof dan Guru Besar, En Suhaimi bin Hj Ramli.

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana, para peserta dan semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga niat suci dan matlamat murni akan terhasil, khasnya dalam "Membangunkan Modal Insan" anak-anak didik kita di sekolah.

MESYUARAT JURULATIH ICTL SEKOLAH RENDAH (AJK ICTL DAERAH HULU SELANGOR)

Saya terpaksa balik segera ke Kuala Kubu Bharu kerana perlu menguruskan mesyuarat ICTL yang telah saya atur lebih awal. Minta maaf kepada semua Jurulatih Utama ICTL kerana saya terpaksa lewat memulakan mesyuarat kita kerana perjalanan dari Gedangsa ke Kuala Kubu Bharu, agak memakan masa.

Terima kasih kerana hadir dan dapat melaksanakan tugas mesyuarat kita dengan baik.

26.03.2009...
Pada tarikh ini, saya perlu menghadiri Mesyuarat Stars Rating Sekolah Bestari Negeri Selangor dan Peluasan Sekolah Bestari 2009. Untuk makluman pada tahun ini terdapat pertambahan 15 buah sekolah bestari lagi, Selangor mendapat tambahan 2 buah sekolah. Satu daripada sekolah tersebut adalah sekolah di Hulu Selangor, iaitu SMK Ampang Pecah. Tahniah kerana mendapat kepercayaan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mesyuarat ini dijalan di SMK Sungai Pusu. Semua KUTV dan Guru Penyelaras Bestari telah dipanggil. Paling menarik, saya berjumpa dengan rakan yang sama-sama bertugas sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Kuala Kubu Bharu, suatu ketika dahulu. Beliau yang saya maksudkan ialah Pengetua SMK Sungai Pusu sendiri, Tn Hj Karim bin Ikhwan.

Saya perlu segera bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu, saya tidak sempan makan tengah hari di SMK Sungai Pusu. Minta maaf banyak kepada semua rakan yang hadir. Saya diarahkan segera oleh Tn PPD untuk menguruskan mesyuarat penting bersama Pengetua di daerah berkaitan APC.

Inilah catatan 2 hari saya yang perlu bergerak dengan pasti di tempat yang berbeza-beza.

24 Mac 2009

MESYUARAT PEMUAFAKATAN ANTARA JABATAN-JABATAN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum...
Pada hari ini 24.03.2009 di SMK Kuala Kubu Bharu, telah dijalankan mesyuarat pemuafakatan tersebut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid, pegawai-pegawai di PPD, Ketua-ketua Jabatan di Hulu Selangor, atau wakilnya, turut hadir ialah YB ADUN Batang Kali, En Mohd Isa.

Semoga kehadiran semua jabatan pada hari ini akan dapat memastikan pemuafakatan antara jabatan-jabatan yang ada di daerah ini dapat dieratkan lagi. Dengan adanya hubungan yang rapat an erat akan membolehkan program dan kepentingan pendidikan murid-murid dapat dipastikan sentiasa dijaga, demi kebaikan pendidikan murid di daerah ini.

MESYUARAT JK PELAKSANA MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamualaikum...

Pada 23.03.2009. hari Isnin saya ke SK Gedangsa kerana mempengerusikan mesyuarat JK ini. UPI hanya Ustaz Kamal Maaruf selaku urusetia yang turut serta., kerana Ustaz Saberi dan Ustaz Samsudin berada di Klang kerana mesyuarat "Marhaban dan Berzanji" peringkat Kebangsaan.

Saya dan Ustaz Kamal sampai lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK yang dapat hadir. Semoga mesyuarat AJK Pelaksana ini dapat memastikan semua kekurangan menjelang majlis sebenar pada 25.03.2009.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Gedangsa dan Guru Besar SK Gedangsa kerana sudi menjadi tuan rumah untuk majlis tahun ini. Semoga Allah memberkati semuanya. Saya berharap semua AJK dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu untuk menjayakan program peringkat daerah ini. Tahniah kepada Unit Pendidikan Islam.

22 Mac 2009

MERAIKAN KEJAYAAN ANAK DAN ANAK SAUDARA DALAM SPM 2008

Assalamualaikum....

Hujung minggu ini saya tidak terlibat sebarang tugas rasmi seperti hujung minggu lain pada bulan Mac ini. Oleh yang demikian, pada hujung minggu ini, hari Sabtu malam Ahad, saya mengambil peluang untuk meraikan anak dan anak saudara saya yang telah berjaya dalam SPM yang lalu.

Majlis makan bersama sanak saudara dijalankan di "Muara Ikan Bakar" di Pelabuhan Klang Utara. Walaupun anak dan anak saudara saya tidaklah mencapai keputusan yang terlalu cemerlang, setidak-tidaknya mereka telah mencuba. Kedua-duanya memperoleh 6A. Rasanya memadai untuk menyambung pelajaran lagi, pada tahun ini. InsyaAllah.

Tahniah kepada kedua-duanya. Semoga akan jadi dorongan kepada yang masih sekolah dan belajar dan masih belum menduduki SPM, PMR atau UPSR. Jadikan kejayaan keluarga yang sebelumnya sebagai dorongan. Ingatan kepada anak-anak yang masih kecil, pelajaran cukup penting pada masa sekarang di samping kemahiran yang lain seperti kemahiran komunikasi, ICT dan lain-lain lagi.

Semoga majlis ini akan merapat dan mengeratkan hubungan keluarga kita secara berterusan.

18 Mac 2009

PERHIMPUNAN BULANAN (FEBRUARI & MAC) 2009

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan perhimpunan pagi kali kedua tahun ini. Perhimpunan kali ini menggabungkan 2 bulan sekaligus. Perhimpunan pagi diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah.

Sewmoga perhimpunan pagi ini akan merapatkan hubungan pegawai-pegawai yang ada di PPD Hulu Selangor. Tambahan lagi, PPD Hulu Selangor masih terpisah 2 iaitu PPD induk dan PPD Cawangan. Melalui perhimpunan pagi ini dapat menyebarkan sedikit sebanyak maklumat kepada pegawai-pegawai.

Mesyuarat pengurusan PPD tidak dapat dijalankandengan nasihat Tuan PPD yang pada hari ini menghadiri mesyuarat bersama Pengarah Pelajaran Selangor di Shah Alam.

17 Mac 2009

17 MAC 2009 SK BUKIT BERUNTUNG 2 DAN SMK BUKIT SENTOSA 2

Assalamualaikum...

Pada pukul 9.00 pagi saya menghadiri mesyuarat bersama jabatan-jabatan pendidikan daerah Hulu Selangor di bilik mesyuarat PPD Induk. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn. PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Saya hanya sempat bersama-sama dalam mesyuarat ini hingga pukul 10.00 pagi.

Selepas itu, tuan PPD meminta saya bersama Tn Hj Anuar untuk ke SK Bukit Beruntung 2 dalam sesi prapenyerahan bangunan sekolah. Pada hari ini saya sempat bersama pegawai KPM, JPNS termasuk Konsaltant dan Kontraktur melakukan pemantauan untuk memastikan semua kekurangan dalam projek ini dibaiki dengan segera. Proses penyerahan sebenar akan dijangkakan pada 30 Mac 2009.

Kita berharap penyerahan bangunan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar mengikut yang dijanjikan pada 30 Mac 2009. Semoga tempoh dan masa tersebut dapat dipastikan segala kekurangan di tapak projek ini dapat diselesaikan. Kita berharap murid-murid dan guru-guru yang sedia ada di sekolah-sekolah berkaitan dapat dipindahkan segera ke sekolah ini.

Selesai majlis ini saya sempat ke SMK Bukit Sentosa 2, yang difahamkan ada mesyuarat di tapak projek. Saya sampai di sana mesyuarat di tapak mesyuarat telah selesai. Hari ini kali pertama saya dapat melihat sendiri keseluruhan projek di sekolah baru ini. Mengikut laporan dan pembentangan pihak kontraktor di tapak projek, program di tapak sekolah ini sudah pencapai 90 peratus siap. Semoga sekolah ini akan siap dengan segera, supaya tekanan murid yang sudah tepu di SMK Bukit Sentosa dapat diselesaikan segera.

16 Mac 2009

BORANG PENDAFTARAN KEMISKINAN e-KASIH

Assalamualaikum...
Untuk memudahkan pihak sekolah dan tuan-tuan yang mengunjungi blog saya untuk membantu kumpulan yang miskin tegar, saya sediakan sambungan untuk memuat turun borang pendaftaran kumpulan tersebut. Harap tuan-tuan dan puan-puan dapat sebarkan maklumat tersebut.

Saya difahamkan, tidak lama lagi satu program peningkatan akademik kumpulan e-Kasih ini akan dijalankan seluruh negeri Selangor, termasuk di daerah Hulu Selangor. Program ini hanya untuk kumpulan yang ada dalam senarai pengkalan data e-Kasih sahaja. Semoga kumpulan yang miskin tegar ini tidak tercicir daripada mendaftar atau didaftarkan. Sambungan webnya ialah:

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=50&bhs=my&mod=baca

Borang boleh dimuat turun daripada web ini.

15 Mac 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN KUTV NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum....

Kepada semua KUTV daripada semua daerah di Selangor, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana membantu saya dalam melaksanakan tugas kita. Minta maaf jika terdapat salah dan silap saya semasa kita bersama-sama menghadiri mesyuarat dan melaksanakan program.

Oleh kerana saya telah dipertanggungjawabkan dengan jawatan yang baru, berkemungkinan besar saya tidak banyak terlibat dalam program Teknik dan Vokasional lagi. Namun sementara menunggu pengganti tempat saya, saya akan pastikan saya meneruskan tugasan tersebut.

Namun saya ingin minta maaf jika terdapat salah dan silap dalam tempoh yang melebihi 5 tahun saya memegang jawatan KUTV di peringkat daerah. Jangan lupa pada saya jika ada program. Mungkin ada kesempatan saya akan turut serta.

12 Mac 2009

LATIHAN DAN TAKLIMAT PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR

Assalamualaikum...

Saya amat berharap selepas 2 hari berada di SK Kalumpang bersama Penolong Kanan dan setiausaha SAP-HC dan PATS, semua yang digilap semula oleh Jurulatih SAP-HC akan dapat meningkatkan kemahiran pelaksanaan program ini di peringkat sekolah.

Saya juga berharap semua yang terlibat dalam jawatankuasa program ini dapat memastikan semuanya dilaksana dengan baik dan lancar. Semoga semua pegawai akademik dapat melakukan pemantauan program ini secara berterusan termasuk pemantauan pengajaran dan pembelajaran yang juga penting dipastikan pelaksanaannya. Semoga semua rakan pegawai akademik dapat memastikan kesempurnaan program dipelihara terutama di peringkat sekolah.

Saya sentiasa menyokong tuan-tuan dan puan-puan semua.