12 November 2009

MESYUARAT KHAS PENGURUSAN PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-11 TAHUN 2009

Pada tarikh 10-13 November 2009 mesyuarat khas ini dijalankan di Hotel Pearl Internasional, kuala Lumpur. Tema mesyuarat ini ialah 1MALAYSIA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA. Mesyuarat ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengelola yang terdiri daripada PPD peringkat negeri Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ialah Tuan Hj. Suahaimi bin Rashid (PPD Hulu Selangor), Setiausaha ialah Rozali bin Mazlan (Timbalan PPD Hulu Selangor), Penolong Setiausaha ialah En Rozman bin Baharuddin (Pegawai Perhubungan PPD Hulu Selangor). PPD Sulu Selangor bertugas sebagai urusetia mesyuarat.

Pada petang 10 November 2009, para peserta dari seluruh PPD di Malaysia mula melaporkan diri. Pada sesi sebelah malam, mulai pukul 8.30 malam ialah Ucaputama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yg. Bhg.Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Mohd Dom. Pada sesi akhir ucaputama beliau, pihak penganjur melaksanakan majlis menyambut hari lahir beliau yang ke-57. Selamat bahagia dan sihat selalu kepada Tan Sri.

Pada pagi hari kedua, 11 November 2009, mulai 8.30 pagi, Yg Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) memberikan taklimat atas tajuk Penerangan Konsep NKRA yang melibatkan hal sekolah prestasi tinggi, literasi dan numerasi, New Dil _Baiah, peluasan prasekolah. Walaubagaimanapun maklumat ini masih belum disebarluaskan saecara rasmi.

Selepas taklimat ini, mulalah sesi perbengkelan tentang NKRA yang dimula dan dikendalikan oleh Dr Amin bin Senin, Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Sesi perbengkelan ini agak panjang hingga menjangkau sehingga tarikh 12 November 2009.

Pada 11 November 2009, sesi malamnya, para peserta menyertai jamuan makan mesra (makan malam). Pada petang 12 November 2009, para peserta berkesempatan akan menyertai pertandingan boling mengikut PPD negeri masing-masing. Dijangkakan pada sesi malam 12 November 2009 para peserta akan dapat penerangan tentang konsep 1Malaysia oleh Dato' Shalan bin Ismail, dari Jabatan Perdana Menteri.

Hari terakhir, 13 November 2009, para peserta akan menertai mesyuarat khas bersama TKPPM dan Bahagian KPPM. Sesi terakhir ialah penutupan majlis dalam majlis Profesional Talk bersama Pengarah Pelajaran selangor, Yg. Bhg. Dr Haji Zahri bin Aziz.

Begitulah perjalanan mesyuarat sepanjang 3 hari di Pearl international. semoga para peserta dapat berjumpa lagi dalam persidangan atau mesyuarat yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan