07 April 2009

PEMBERITAHUAN MESYUARAT "POST MORTEM" KUMPULAN KETIGA

Assalamualaikum...

Pada kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat "Post Mortem" SPM 2008 kumpulan ketiga akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09.04.2009
Masa : 2.30 petang.
Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu.

Kumpulan ketiga ini dianggotai oleh:
1. SMK Bandar Sungai Buaya.
2. SMK Sungai Choh.
3. SMK Gedangsa.
4. SMK Kg. Soeharto.

Kempat-empat sekolah diminta hadir membentangkan analisis SPM dan perancangan sekolah masing-masing dalam mesyuarat tersebut.

Pihak PPD mungkin akan diwakili oleh Ketua-ketau Unit Pengurusan Akademik.
1. Ketua Unit Bahasa.
2. Ketua Unit Sains Matematik.
3. Ketua Unit Sains Kemanusiaan.

Saya berkemungkinan besar tidak dapat turut serta kerana menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah (sekolah kebangsaan). Saya percaya semua mesyuarat akan berjalan dengan baik.

KUNJUNGAN RASMI TUAN PENGARAH JPN SELANGOR KE HULU SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada hari Selasa, 07.04.2009, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Dr Zahri bin Aziz telah melakukan lawatan dan perjumpaan dengan warga PPD hulu Selangor. Majlis di PPD Hulu Selangor, bermula pada pukul 9.00 pagi.

Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj. Suhaimi bin Rashid memulakan ucapan aluan dan memperkenalkan latar belakang PPD, di samping memperkenalkan semua warga PPD Hulu Selangor kepada Tuan Pengarah.

Selepas ucapan itu, Tuan Pengarah, Dr Zahri bin Aziz menyampaikan amanat beliau kepada semua warga PPD. Saya mewakili pihak PPD Hulu Selangor, khasnya pegawai-pegawai di PPD serta kakitangan PPD hulu Selangor, mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Dr Pengarah hadir di PPD.

Sebenarnya majlis tidak tamat di peringkat itu sahaja. Pada pukul 11.00 pagi, Tuan Pengarah telah bergerak ke SMK Taman Bunga Raya (1) kerana satu majlis perjumpaan beliau dengan semua Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah diaturkan. Dalasm majlis ini beliau juga sempat menyapaikan amanat dan masej yang dihasratkan oleh beliau, supaya semua Pengetua dan Guru Besar dapat menghayati dan melaksanakannya di sekolah.

MESYUARAT "POST MORTEM" SPM KUMPULAN KEDUA

Assalamualaikum....

Pada 06.04.2009, bertempat di PKG Kuala Kubu bharu, 2.30 petang telah dijalankan mesyuarat post mortem SPM 2008 bagi kumpulan kedua. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:
1. En Rozali bin Mazlan (Timbalan PPD)
2. Pn Hjh Hamidah bt Abdul Samad (KU Bahasa)
3. En. Aznan bin Kassan (KU Sains Matematik)
4. Pn Raudah (P Kanan SMK Syed Mashor)
5. Pn Supiah (P Kanan SMK Tmn. Bunga Raya)
6. Tn Hj Halim b Riduan (P Kanan SMK Serendah)
7. Pn Zarina bt Abdul Rahman (P Kanan SMK Bukit Sentosa)

Semoga perbincangan dalam mesyuarat ini dapat dimanfaatkan oleh keempat-empat sekolah. Keputusan kita dalam mesyuarat ini ialah, salah seorang Penolong Kanan akan mewakili kumpulan ini untuk membentangkan program yang dibincangkan oleh kumpulan ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Menengah peringkat Daerah pada 23.04.2009 di SMK Sungai Choh. Pembentangan ini mungkin dapat dimanfatkan oleh semua sekolah daerah Hulu Selangor.