09 Ogos 2009

KURSUS KEPEMIMPINAN IMPAK TINGGI

Mulai 7 Ogos 2009 saya menghadiri kursus ini di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson. Kursus ini dihadiri oleh Semua Ketua Sektor JPNS, Semua PPD Negeri Selangor, semua KPP Jabatan Pelajaran Selangor dan semua Timbalan PPD negeri Selangor.

Pada sesi pertama pada malam 7 Ogos 2009 (Sabtu) disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Hj Zahri bin Aziz. Hari kedua, pagi selama 4 jam, 8 Ogos 2009, Slot disempurnakan oleh En Roslan bin Mohamad (Ketua Jabatan Kecemerlangan Kepimpinan - INTAN), atas tajuk Effectiveness Leadership. Slot selepas itu disempurnakan oleh Dr Ismi Ariff b Ismail, dari Universiti Putra Malaysia, atas tajuk pertama ialah Kepimpinan Pembinaan Pasukan & Pemantapan Organisasi dan tajuk kedua, Global Leadership for a World Class Organization.

Pada hari ketiga, 9 Ogos 2009 (Ahad) slot disampaikan oleh tiga orang pensyarah IAB diketuai oleh Dr Mohamed Yusof b Mohd Noor atas tajuk High Impact Studies, membentangkan kajian IAB terhadap kepimpinan Pengetua dan Guru Besar di Malaysia, khasnya di Selangor.

Saya tidak sempat bersama untuk hari keempat, 10 Ogos 2009 kerana pada malam 9 Ogos 2009 (Ahad), saya terpaksa balik ke Kuala Kubu Bharu kerana pada 10 Ogos 2009, saya perlu menghantar anak ketiga saya mendaftar di Institut Perguruan Islam di Bangi.