skip to main |
skip to sidebar
Mulai 7 Ogos 2009 saya menghadiri kursus ini di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson. Kursus ini dihadiri oleh Semua Ketua Sektor JPNS, Semua PPD Negeri Selangor, semua KPP Jabatan Pelajaran Selangor dan semua Timbalan PPD negeri Selangor.Pada sesi pertama pada malam 7 Ogos 2009 (Sabtu) disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Hj Zahri bin Aziz. Hari kedua, pagi selama 4 jam, 8 Ogos 2009, Slot disempurnakan oleh En Roslan bin Mohamad (Ketua Jabatan Kecemerlangan Kepimpinan - INTAN), atas tajuk Effectiveness Leadership. Slot selepas itu disempurnakan oleh Dr Ismi Ariff b Ismail, dari Universiti Putra Malaysia, atas tajuk pertama ialah Kepimpinan Pembinaan Pasukan & Pemantapan Organisasi dan tajuk kedua, Global Leadership for a World Class Organization.Pada hari ketiga, 9 Ogos 2009 (Ahad) slot disampaikan oleh tiga orang pensyarah IAB diketuai oleh Dr Mohamed Yusof b Mohd Noor atas tajuk High Impact Studies, membentangkan kajian IAB terhadap kepimpinan Pengetua dan Guru Besar di Malaysia, khasnya di Selangor.Saya tidak sempat bersama untuk hari keempat, 10 Ogos 2009 kerana pada malam 9 Ogos 2009 (Ahad), saya terpaksa balik ke Kuala Kubu Bharu kerana pada 10 Ogos 2009, saya perlu menghantar anak ketiga saya mendaftar di Institut Perguruan Islam di Bangi.
Pada hari ini, 6 ogos 2009 saya sepatutnya menyertai Tn PPD bersama yang lain untuk menyertai larian obor. Atas permintaan tuan PPD, saya perlu menguruskan perbincangan tentang pelaksanaan selenggara peralatan ICT di daerah. Oleh kerana keadaan ang terdesak, mesyuarat dijalankan dengan segera.Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En Ajmain (Penolong Penyelia ICT) dan 4 orang Pegawai Teknologi dari 4 buah PKG di daerah hulu Selangar. Dalam mesyuarat telah dibincangkan bagaimana perlu menjalankan penyelenggaraan ICT peringkat sekolah dapat dijalankan. Semua hal ini perlu diambil tindakan segera selepas waren diturunkan ke PPD.
Pada 4 dan 5 Ogos 2009, Satu seminar berkaitan telah dijalankan di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu. Program ini adalah tajaan Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Program ini diuruskan oleh PPD Hulu Selangor, dengan memanggil 4 orang pelajar miskin tingkatan tiga dari setiap sekolah menengah di daerah ini.Peringkat PPD Jawatankuasa telah dibentuk. Terima kasih kepada penyelaras program, Tn Hj Rasidi bin Saarani (Penolong Penyelia HEM PPD Hulu Selangor). Terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj Ruslan bin Che Mee (Pegawai Kaunselor Daerah) yang bertindak selaku penyelaras fasilitator dan Kem Komanden. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat tetapi tidak berkesempatan untuk saya catatkan di sini. Ucapan terima kasih juga kepada semua fasilitator dan penceramah semasa program ini dijalankan.Pada 12.00 tengah hari 5 Ogos 2009 (Rabu), saya berkesempatan menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan di dewan Besar Kem Bina Semangat. Semoga semua pelajar yang hadir akan mendapat faedah yang besar dalam program ini.
Pada 3 Ogos 2009, saya bersama Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid dan 2 orang pegawai lain iaitu En Mohd Isa bin Jali (Pengurus Kualiti) dan En Rozman bin Baharuddin (Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran) telah berkunjung ke SMK Serendah untuk melakukan pemantauan khas Pengetua DG52.Pada hari ini, 4 Ogos 2009 kami sekali lagi berada di SMK Sg Choh, atas tujuan pemantauan yang sama. Hingga ke hari ini kami telah menyelesaikan pemantauan untuk 3 buah sekolah, iaitu:1. SMK Syed Mashor, Batang Kali.2. SMK Serendah.3. SMK Sungai Choh.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga orang Pengetua yang memberikan kerjasama kepada kami, membolehkan pemantauan ini dapat dilakukan dengan lancar.Pada pandangan saya, pemantauan seperti ini dapat melihat pengurusan pentadbiran keseluruhan di sekolah dapat dikenal pasti sama ada berjalan baik atau tidak di sekolah-sekolah.
Assalamualaikum....Pada kali ini izinkan saya bercerita dan memberikan pandangan tentang masyarakat kita yang selama hari ini terkenal dengan sopan dan santun dalam banyak hal. Perkara yang saya sebut mungkin benar dan mungkin tidak benar sama sekali.Pada hari ini, 30 Julai 2009, satu peristawa telah berlaku terhadap saya di atas jalan raya. Pada pukul 7.05 pagi tadi, seperti biasa akan menghantar anak bungsu saya ke sekolah, yang bersekolah di SK Kuala Kubu Bharu Satu. Sampai di lampu insyarat di hadapan stesen bas, semasa lampu isyarat masih hijau, dan kereta saya masih bergerak perlahan untuk melepasi lampu isyarat tersebut. Datang sebuah kereta hitam yang tidak saya sedari dari belakang melumba kereta saya dari sebelah kiri. Sampai di sebelah kereta saya, terus membelok melepasi kereta saya. Pada masa itulah mereta tersebut melanggar bahagian penjuru hadapan sebelah kiri kereta saya. Kereta itu terus membelok ke arah SMK Kuala Kubu Bharu.Saya menghentikan kereta saya melepasi lampu isyarat, meminta anak saya melihat bahagian yang dilanggar. Oleh kereta yang melanggar kereta saya telah bergerak terus, tanpa berhenti, saya mengambil keputusan terus mengantar anak saya ke sekolah. Dari lampu isyarat ke sekolah tidaklah jauh, hanya 100 meter sahaja.Anak saya yang masih bersekolah rendah pun dapat membuat penilaian bahawa kereta itu buat salah, melumba kereta saya dari arah kiri dan melintas di hadapan kereta saya. Anak saya bertanya kepada saya, mengapa pemandu itu tak berentipun, sekurang-kurangnya mintalah maaf jika dah buat salah. Kerosakan yang menimpa kereta saya itu saya biarkan sahaja begitu. Tidak guna saya nak marah tak menentu. Saya bimbang jika kita marah tak menentu, akan mendatangkan masalah kepada diri kita juga.Walau bagaimanapun, dari peristiwa ini saya masih menganggap masarakat kita di Malaysia ini memang tidak bersopan, sudah pasti khasnya apabila memandu. Semua orang nak cepat untuk ke mana-mana, saya rasa sudah tentu pemandu itu ibu atau bapa yang hendak mengantar anak ke SMK kuala Kubu Bharu. Jika dah terlambat atau ada perkara yang hendak disegerakan, janganlah kita mengambil risiko membahayakan diri sendiri apatah lagi orang lain.Tuan yang melanggar kereta saya itu saya anggap adalah insan yang pernah melalui pendidikan di sekolah, tetapi sistem pendidikan kita gagal mendidiknya menjadi orang yang berdisiplin. Saya selalu menyatakan kepada anak saya orang yang tidak berdisiplin itu biasanya masa sekolah mereka juga tidak berdisiplin. Hal ini terbawa-bawa hingga ke besar dan menjadi anggota masyarakat.Biarkanlah peristiwa itu berlalu. Tidak guna diingat dan dikenang. Saya berharap pesalah tersebut, jika saya boleh menghukumnya di sini begitu, insaf dan sedarlah, tidak guna kita hilang sopan dan maruah diri di atas jalan raya. Apa pandangan anda yang lain ?