skip to main |
skip to sidebar
Kursus kewangan 31 Mei 2009 hingga 5 Jun 2009. Pada 31 Mei 2009, saya datng ke IAB Genting Highland untuk melapor diri bagi mengikuti kursus tersebut. Saya tidak terus tidur di IAB pada hari berkaitan. Saya balik semula ke rumah.Hari Pertama:Pada pagi 1 Jun 2009 saya pergi ke IAB teerus dari rumah. Dari pagi hingga ke petang, semua slot disampaikan oleh En Ismail bin Udoh. Antara kandungan kursus pada hari ini banyak menyentuh tentang akauntabaliti dalam pengurusan kewangan. Sesi kedua dan ketiga pada sebelah petang beliau banyak menyentuh tentang proses menyediakan belanjawan.Saya berpeluang tinggal di asrama aksekutif di IAB. Saya tinggal di bilik B101. Bilik saya boleh melakukan akses ke capaian internet menggunakan wifi. Bilik saya di aras satu dan hampir dengan ruang pendaftaran asrama. Alhamdulillah. Saya dapat menulis melalui blog saya seperti selalu. Saya akan sambung lagi catatan ini pada keesokan hari.Hari Kedua:Hari ini 2 Jun 2009, kursus yang saya ikuti telah masuk hari kedua. Hari kedua saya masih bermula dari rumah bersama En Kamsah. Slot 1 dan 2 pada sesi pagi disampaikan oleh En Samsul Khahar bin Shamsudin. Sesi pertama beliau menyampaikan tajuk berkaitan pesanan dan perolehan. Pada sesi kedua beliau menyampaikan tajuk berkaitan bayaran oleh pihak sekolah. Pada sesi sebelah petang sekali lagi beliau menyampaikan tajuk berkaitan dengan sistem gaji. Itulah 3 slot pada hari kedua. Saya juga balik ke rumah pada petang hari kedua (Selasa).Hari Ketiga:Hari ini 3 Jun 2009 (Rabu), seperti dua hari sebelumnya saya masih berulang dari rumah. Hari ini dari pagi hingga ke petang kami mendapat pendedahan penyelenggaraaqn buku vot, termasuk latihamal. Slot hari ini dari pagi hingga ke petang diuruskan oleh En Ismail bin Udoh. Pada hari ini, saya tetap balk ke Kuala Kubu Bharu kerana terdapat permintaan daripada pejabat untuk urusan surat menyurat di pejabat kerana Tn PPD telah pergi ke Labuan kerana mengetuai kotinjen memanah Selangor dalam kejohanan MSSM tahun 2009.Hari Keempat:Hari ini 4 Jun 2009 (Khamis), kursus yang saya lalui sudah melalui hari keempat. Sesi pagi, atas tajuk Pajar Wang Rucit. sesi kedua dan sesi petang ialah atas tajuk, Penyediaan Akaun Tahunan Kewangan Sekolah disampaikan oleh En Salleh dari SMK Ketari.Hari Kelima:5 Jun 2009 (Jumaat) merupakan hari terakhir saya menghadirkan diri dalam kursus ini. Hanya ada satu slot pada pagi ini. hanya ada satu slot yang disampaikan oleh Cik Noraida bt Mohd Nor, atas tajuk Penyelenggaraan buku Tunai dan Penyediaan Penyesuaian Bank.Terima kasih kepada semua pensyarah yang menyampaikan ilmu kepada saya dalam kursus ini. Semoga ilmu yang tuan-tuan dan puan-puan sampaikan akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jumpa lagi dalam siri kursus lain pada masa akan datang. InsyaAllah.
Pada hari ini 31 Mei 2009, saya menghadiri majlis di SK Bukit Sentosa, iaitu majlis penutupan Kem Juara murid tahun 6 bersama ibu bapa murid di dewan sekolah SK Bukit Sentosa. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah khasnya Guru Besar, Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin dan PIBG yang sudi menjemput PPD untuk merasmikan majlis pada hari ini.Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir, kerana berjaya melapangkan masa pada hari Ahad untuk bersama anak masing dalam majlis penutupan ini. Kehadiran ibu bapa memberikan suntikan semangat kepada murid-murid yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.Usaha gigih semua pihak iaitu murid-murid dan guru-guru dengan sokongan ibu bapa, saya percaya segala yang dihajatkan akan berjaya. Sama-samalah kita berdoa semoga cita-cita dan harapan semua akan dimakbulkan oleh Allah. Selamat berjaya kepada semua calon UPSR SK Bukit Sentosa sesi 2009.Terima kasih atas segala-galanya.
Pada 26-28 Mei 2009, saya menghadiri mesyuarat anjuran Unit ICT Pengkomputeran Kurikulum JP Selangor di Coral Bay Resort, pulau Pangkor.Selesai mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Selangor, saya terus balik ke rumah mengambil pakaian dan peralatan untuk bergerak ke Pulau pagkor. Saya tidak berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Selangor yang berlangsung pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu. Saya sampai ke Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam.Waktu makan malam pertama, semasa makan malam ini satu majlis diatur untuk meraikan bekas KUTV yang telah bertukar tempat kerja atau beredar ke jawatan yang lain. Majlis meraikan Pn Jamilah bt Ali, bekas KUTV Klang yang bertukar dan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua DG52 di SMK Sri Andalas Klang, dan diri saya sendiri yang meninggalkan jawatan KUTV Hulu Selangor untuk memegang jawatan yang ada sekarang.Terima kasih kepada En Zahri bin Hj Ramlan (Penolong Pengarah Kanan ICT Pengkomputeran JPS) dan semua rakan KUTV seluruh negeri Selangor yang mengaturkan majlis tersebut.Saya masih meneruskan tugas KUTV buat masa ini, kerana pengganti saya masih belum ada secara rasmi. Dua hari berikutnya, mesyuarat ini diisi dengan perbincangan tentang perancangan strategik untuk sekolah Bestari negeri Selangor. Mesyuarat ini dihadiri sama oleh semua 12 orang Guru Penyelaras Bestari daripada 12 buah sekolah di negeri Selangor. Telah diputuskan, satu proses pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Julai, melibatkan pemantau perlu memantau sekolah yang berbeza daerah. KUTV Hulu Selangor, PKG Kuala Kubu Bharu, dan Guru Penyelaras Bestari SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Ampang Pecah (Hulu Selangor) akan memantau 2 buah sekolah di Hulu Langat (SMAP Kajang dan SMK Bandar Baru Bangi). Pemantauan ini bagi memastikan kesemua 12 buah sekolah ini dapat berada pada tahap 5 bintang dalam star rating sekolah bestari.Mesyuarat di Coral Bay juga kami diberitahu oleh pihak Jabatan Pelajaran, bahawa satu kursus berkaitan Zoom A akan dilaksanakan di PPD Hulu Langat pada 18 Jun 2009. Setiap daerah dikehendaki mencari dan menamakan 4 orang guru daripada sekolah yang dinamakan dalam program ini.(guru Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).Oleh kerana KUTV daerah Hulu Selangor masih belum melaporkan diri, saya meminta kerjasama Penolong PPD Pengurusan Akademik/KUB bersama Peneylia KBSR untuk menguruskan peserta berkaitan.
Pada 26 Mei 2009, saya telah menghadiri mesyuarat ini menggantikan tempat Tuan PPD yang bersedia untuk sambutan hari guru peringkat daerah pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu.Mesyuarat JK Pemandu ICT ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPS, tuan Hj Bajuri bin Abdullah. Dalam mesyuarat ini jawatankuasa telah membincang, sama ada melulus atau menolak permohonan sekolah yang ingin membeli peralatan ICT menggunakan peruntukan di sekolah masing-masing.LAN PPD Hulu Selangor (Cawangan) juga ditangguhkan kerana PPD Hulu Selangor dalam proses memohon kepada KPM untuk menyewa dan berpindah ke bangunan baru (bangunan TNB Kuala Kubu Bharu). Semoga usaha ini diluluskan dan warga PPD Hulu Selangor dapat bertugas di bawah satu bumbung semula.
Assalamulaikum...pada hari ini, 24 Mei 2009 (Ahad), saya bergerak dari rumah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah untuk menghantar anak saya balik selepas balik ke rumah pada hari Jumaat yang lalu. Saya bertolak dari rumah pada pukukl 8.30 pagi. Selesai di sana saya terus berpatah balik ke Selayang Mall kerana menyertai pertandingan yang disebutkan.Saya sampai di Selayang Mall lebih kurang pukul 2.15 petang. Dalam kejohanan ini terdapat 24 pasukan mengambil bahagian. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan PPD Hulu Selangor, Pengurusan Sekolah PPDHS, pasukan Pengurusan Akademik PPDHS, pasukan Pengurusan pembangunan Kemanusian PPDHS dan beberapa pasukan daripada sekolah Hulu Selangor.Saya tidak begitu ingat keputusan pertandingan, walau bagaimanapun tahniah kepada pasukan yang berjaya. Antara keputusan ialah; acara pasukan dimenangi oleh Sektor Pengurusan Sekolah PPDHS yang dibarisi oleh:1. Tn Hj Anuar bin Mahad (Penyelia Pembangunan dan Bekalan)2. En Mohd Shahrin (Penyelia Sekolah Rendah)3. En Bahari b Tajuddin (Kaunselor Pentadbiran)4. En Mohd Isa bin Jali (Pegawai Kualiti)Pasukan PPD Hulu Selangor mendapat tempat ketujuh dibarisi oleh:1. Tn Hj Suhaimi bin Rashid (PPDHS)2. En Rozali bin Mazlan (TPPDHS)3. En Kamsah bin Mokhtar (PPPDP Sekolah)4. En Mohd Jais (Pemandu)