25 Februari 2010

95% PPD HULU SELANGOR TELAH BERPINDAH KE WISMA TNB KUALA KUBU BHARU

Pada hari ini, 25 Februari 2010, kami yang bertugas di PPD Hulu Selangor telah berpindah ke Wisma TNB. Kebanyakan peralatan kami telah sampai di bangunan ini. Pada hari ini dan seterusnya proses memasang talian telefon, talian internet dan penyenggaraan lampu dan hawa dingin dijalankan.

Walau bagaimanapun para pelanggan masih boleh berhubung dan berjumpa dengan para pegawai di bangunan baru ini. Di bangunan lama (bangunan Pejabat Daerah Hulu Selangor) sudah hampir kami tinggalkan.

Kami minta maaf jika layanan yang kami berikan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua tidak memuaskan lagi kerana segala peralatan pejabat dan kemudahan pejabat masih belum sempurna. Unit Perkhidmatan dan Unit Kewangan akan beroperasi di tingkat pertama. Kebanyakan pegawai berada di tingkat tiga. Di tingkat tiga terdapat sektor Pengurusan Sekolah, sektor Pengurusan Akademik dan sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Di tingkat dua, terdapat bilik Tuan PPD dan Timbalan PPD Hulu Selangor, di samping beberapa orang pegawai lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan