Selamat berjumpa semuanya di ruangan ini. Hari ini genap 28 hari dalam bulan Januari. Berita daripada PPD hulu Selangor yang ingin saya sampaikan di sini, saya mulakan ucapan tahniah saya kepada semua guru yang telah diberikan surat lantikan DG41 yang telah mengikuti program(PJJ). Hari ini kami meraikan lebih daripada 20 orang guru-guru berkaitan Bererti kumpulan guru Lepasan Diploma yang telah menyambung pelajaran secara PJJ. Hari ini mereka mendapat surat tawaran untuk berkhidmat sebagai guru DG41 tetapi masih di tempatkan sekolah asal masing-masing.
Harapan saya sebagai salah seorang guru juga, hanya saya bertugas dalam tugasan yang berbeza zsedikit daripada guru=-guru di sekolah. Walau bagaimanapun saya berharap kepada semua rakan ini dapat menerima dan bertugas dengan lebih baik. Saya berharap tidak ada unsur membeza--bezakan di kalangan rakan guru kita yang telah bergelar guru siswazah dan yang masih sebagai guru lepasan diploma. Kita adalah guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak murid. Pengalaman saya dapat melihat, apa saja gred jawatan kita sebenarnya tidak penting. Apa yang lebih penting ialah mendidik dan mengajar anak didik kita secara bersama di sekolah.
Satu perkembangan yang akan berlaku di PPD Hulu Selangor ialah kami dalam proses berpindah ke bangunan baru disewa di Wisma TNB Kuala Kubu Bharu. Proses menyediakan tempat masih diteruskan. Walau bagaimanapun sebahagian daripada pegawai telah berpindah ke bangunan ini. Semua pegawai yang selama hari ini berada di tingkat 4 di bangunan yang lama telah berpindah ke Wisma TNB. Semua pegawai Pembangunan Kemanusiaan juga telah berpindah ke sini. Pegawai Akademik masih berada di PPD Cawangan, mereka akan berpindah secara berperingkat. Begitu juga kakitangan yang berada di tingkat 1 bangunan Pejabat Daerah, juga akan berpindah secara perperingkat-peringkat.
Kita berusaha supaya semua pegawai akan berpindah sepenuhnya mulai 01 Mac 2010. Hanya sedikit masalah untuk menggerakkan kakitangan kewangan sahaja, kerana mungkin mereka akan lewat berpindah kerana tidak mahu ada masalah pada masalah sistem ewSPKB dan ePerolehan. Selepas talian dan sistem benar-benar dapat berjalan baik di Wisma ini, mereka akan berpindah juga.
Semoga tempoh peralihan ini tidak akan mendatangkan masalah yang besar kepada semua sekolah dan pelanggan yang mahu berhubung dengan kami di PPD Hulu Selangor. Saya berharap semua pegawai dan kakitangan di PPD khasnya yang berada di Wisma TNB tidak kecewa dengan masalah awal dihadapi kerana kemudahan pejabat tidak begitu selesa lagi. Walau bagaimanapun sebagai guru yang sudah biasa dengan segala kekurangan semasa bertugas di sekolah pada masa yang lalu, dapat memastikan kita dapat bertahan dengan segala kekurangan. Sekurang-kurang selepas Mac nanti kita semua boleh berada di dalam satu bangunan yang dapat memastikan pengurusan kita akan berjalan dengan baik.
Cukup setakan ini pada hari ini, kita berjumpa lagi dalam ruangan pada masa akan datang.
SAMBUTAN HARI GURU 2012
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan