31 Mei 2009

PERASMIAN PENUTUP KEM JUARA 2009 SK BUKIT SENTOSA

Pada hari ini 31 Mei 2009, saya menghadiri majlis di SK Bukit Sentosa, iaitu majlis penutupan Kem Juara murid tahun 6 bersama ibu bapa murid di dewan sekolah SK Bukit Sentosa.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah khasnya Guru Besar, Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin dan PIBG yang sudi menjemput PPD untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir, kerana berjaya melapangkan masa pada hari Ahad untuk bersama anak masing dalam majlis penutupan ini. Kehadiran ibu bapa memberikan suntikan semangat kepada murid-murid yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.

Usaha gigih semua pihak iaitu murid-murid dan guru-guru dengan sokongan ibu bapa, saya percaya segala yang dihajatkan akan berjaya. Sama-samalah kita berdoa semoga cita-cita dan harapan semua akan dimakbulkan oleh Allah. Selamat berjaya kepada semua calon UPSR SK Bukit Sentosa sesi 2009.

Terima kasih atas segala-galanya.

29 Mei 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SEKOLAH BESTARI NEGERI SELANGOR

Pada 26-28 Mei 2009, saya menghadiri mesyuarat anjuran Unit ICT Pengkomputeran Kurikulum JP Selangor di Coral Bay Resort, pulau Pangkor.

Selesai mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Selangor, saya terus balik ke rumah mengambil pakaian dan peralatan untuk bergerak ke Pulau pagkor. Saya tidak berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Selangor yang berlangsung pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu. Saya sampai ke Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam.

Waktu makan malam pertama, semasa makan malam ini satu majlis diatur untuk meraikan bekas KUTV yang telah bertukar tempat kerja atau beredar ke jawatan yang lain. Majlis meraikan Pn Jamilah bt Ali, bekas KUTV Klang yang bertukar dan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua DG52 di SMK Sri Andalas Klang, dan diri saya sendiri yang meninggalkan jawatan KUTV Hulu Selangor untuk memegang jawatan yang ada sekarang.

Terima kasih kepada En Zahri bin Hj Ramlan (Penolong Pengarah Kanan ICT Pengkomputeran JPS) dan semua rakan KUTV seluruh negeri Selangor yang mengaturkan majlis tersebut.

Saya masih meneruskan tugas KUTV buat masa ini, kerana pengganti saya masih belum ada secara rasmi. Dua hari berikutnya, mesyuarat ini diisi dengan perbincangan tentang perancangan strategik untuk sekolah Bestari negeri Selangor. Mesyuarat ini dihadiri sama oleh semua 12 orang Guru Penyelaras Bestari daripada 12 buah sekolah di negeri Selangor. Telah diputuskan, satu proses pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Julai, melibatkan pemantau perlu memantau sekolah yang berbeza daerah. KUTV Hulu Selangor, PKG Kuala Kubu Bharu, dan Guru Penyelaras Bestari SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Ampang Pecah (Hulu Selangor) akan memantau 2 buah sekolah di Hulu Langat (SMAP Kajang dan SMK Bandar Baru Bangi). Pemantauan ini bagi memastikan kesemua 12 buah sekolah ini dapat berada pada tahap 5 bintang dalam star rating sekolah bestari.

Mesyuarat di Coral Bay juga kami diberitahu oleh pihak Jabatan Pelajaran, bahawa satu kursus berkaitan Zoom A akan dilaksanakan di PPD Hulu Langat pada 18 Jun 2009. Setiap daerah dikehendaki mencari dan menamakan 4 orang guru daripada sekolah yang dinamakan dalam program ini.(guru Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).

Oleh kerana KUTV daerah Hulu Selangor masih belum melaporkan diri, saya meminta kerjasama Penolong PPD Pengurusan Akademik/KUB bersama Peneylia KBSR untuk menguruskan peserta berkaitan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT JPS BIL 3/ 2009

Pada 26 Mei 2009, saya telah menghadiri mesyuarat ini menggantikan tempat Tuan PPD yang bersedia untuk sambutan hari guru peringkat daerah pada petang 26 Mei 2009 di Kuala Kubu Bharu.

Mesyuarat JK Pemandu ICT ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPS, tuan Hj Bajuri bin Abdullah. Dalam mesyuarat ini jawatankuasa telah membincang, sama ada melulus atau menolak permohonan sekolah yang ingin membeli peralatan ICT menggunakan peruntukan di sekolah masing-masing.

LAN PPD Hulu Selangor (Cawangan) juga ditangguhkan kerana PPD Hulu Selangor dalam proses memohon kepada KPM untuk menyewa dan berpindah ke bangunan baru (bangunan TNB Kuala Kubu Bharu). Semoga usaha ini diluluskan dan warga PPD Hulu Selangor dapat bertugas di bawah satu bumbung semula.

24 Mei 2009

KEJOHANAN TENPIN BOLING SEMPENA HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamulaikum...

pada hari ini, 24 Mei 2009 (Ahad), saya bergerak dari rumah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah untuk menghantar anak saya balik selepas balik ke rumah pada hari Jumaat yang lalu. Saya bertolak dari rumah pada pukukl 8.30 pagi. Selesai di sana saya terus berpatah balik ke Selayang Mall kerana menyertai pertandingan yang disebutkan.

Saya sampai di Selayang Mall lebih kurang pukul 2.15 petang. Dalam kejohanan ini terdapat 24 pasukan mengambil bahagian. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan PPD Hulu Selangor, Pengurusan Sekolah PPDHS, pasukan Pengurusan Akademik PPDHS, pasukan Pengurusan pembangunan Kemanusian PPDHS dan beberapa pasukan daripada sekolah Hulu Selangor.

Saya tidak begitu ingat keputusan pertandingan, walau bagaimanapun tahniah kepada pasukan yang berjaya. Antara keputusan ialah; acara pasukan dimenangi oleh Sektor Pengurusan Sekolah PPDHS yang dibarisi oleh:
1. Tn Hj Anuar bin Mahad (Penyelia Pembangunan dan Bekalan)
2. En Mohd Shahrin (Penyelia Sekolah Rendah)
3. En Bahari b Tajuddin (Kaunselor Pentadbiran)
4. En Mohd Isa bin Jali (Pegawai Kualiti)

Pasukan PPD Hulu Selangor mendapat tempat ketujuh dibarisi oleh:
1. Tn Hj Suhaimi bin Rashid (PPDHS)
2. En Rozali bin Mazlan (TPPDHS)
3. En Kamsah bin Mokhtar (PPPDP Sekolah)
4. En Mohd Jais (Pemandu)

23 Mei 2009

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENINGKATAN SAHSIAH GURU / PENINGKATAN PRESTASI BAHASA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Pada hari ini 23 Mei 2009 (Sabtu), saya dijemput untuk menyempurnakan majlis penutupan kursus bagi semua guru SJK Cina daerah Hulu Selangor di dewan SJK C Khing Ming, Kuala Kubu Bharu.

Kursus pada hari ini melibatkan slot yang disampaikan oleh Prof. Dr. Shaun Zeng dari Klang. Satu slot lagi, peningkatan prestasi Bahasa Malaysia disampaikan oleh En Muhamat Khir b Hashim.

Saya sempat menyampaikan ucapan kepada semua guru yang hadir, saya jangkakan lebih daripada 200 orang. Kita berharap kursus yang dilalui pada hari ini akan meningkatkan kemahiran guru-guru SJK C daerah Hulu Selangor. Saya tidak lupa mengucapkan selamat hari guru, meminta bersama-sama menghayati tema tahun ini, "Guru Pembina Negara Bangsa". Saya rasa satu tanggungjawab besar dan memerlukan pengorbanan yang besar daripada semua guru.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada AJK pelaksana dengan kerjasama MGBC dan unit latihan PPD Hulu Selangor, kursus ini berjalan dengan baik dan lancar.