31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum. selamat sejahtera dan selamat 1Malaysia kepada warga pendidik khasnya warga SEMEKAP....

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Tuhan untuk meneruskan aktiviti harian kita hingga ke hujung tahun 2011(Hari ini). Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan tindakan dan perkara-perkara yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011. Pasti ada banyak perkara baik dan positif yang telah dilaksanakan.

Tetapi kita perlu ingat, selagi kita bergelar manusia biasa, pasti ada lagi tindakan kita yang tidak selaras dan sehaluan dengan tindakan kita sebagai orang yang berfikiran positif. Inilah yang perlu kita rungkai dan mengubahnya, sama ada dari aspek tindakan, sikap dan lain-lain.

Bagi warga SEMEKAP khasnya, sama-sama kita memikirkan mengapa ujian Tuhan beri kepada kita dengan banyak perkara, termasuk keputusan PMR yang tidak begitu menyeronokkan semua warga sekolah. Kegagalan dan kejayaan kita dalam apa juga hal adalah milik dan tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh letakkan kepada individu tertentu atau kumpulan tertentu sahaja. Semua warga dalam organisasi perlu memikul dan menerima tanggungjawab atas apa yang diberikan oleh Allah.

Saya masih kuat mengatakan kegagalan atau kejatuhan kita dalam akademik merupakan satu peluang. Kegagalan bukan bermakna, kita gagal secara mutlak dan tidak boleh berjaya lagi. Perkara paling penting, mulai ambang 2012, mulai esok 01.01.2012 kita perlu sama-sama berazam dan bertekad untuk membuat langkah baru untuk mengisi hari-hari sepanjang tahun 2012 dengan perkara yang positif. Saya percaya jika kita mempunyai fikiran yang positif, tindakan kita pasti positif, Insyaallah dengan doa dan kerjaasama semua hasilnya pasti positif.

Selamat menyambut tahun baru dan memulakan tugas dan tanggungjawab baru sepanjang tahun 2012.

Jumpa lagi. Terima asih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan