07 Ogos 2011

CATATAN TERBARU

Assalamualaikum.......

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak aktifkan ruangan blog ini. kekangan kerja yang terlalu banyak. Selamat berpuasa kepada semua rakan pendidik yang be ragama Islam. Slamat menjalani ibadat sepanjang bulan puasa ini.

07 Jun 2011

SELAMAT DATANG PPD HULU SELANGOR YANG BARU

Pada hari ini, 7 Jun 2011 (Selasa), Tuan Hj Abdul Khalid bin Jaafar telah berada di pejabat. Hari ini hari pertama saya berjumpa Tuan PPD yang baru, walaupun beliau telah melapor diri pada minggu yang lalu.

Selamat datang ke Hulu Selangor saya ucapkan, sebagai mewakli warga PPD Hulu Selangor. Semoga Tuan PPD akan beresa seronok dan selesa bertugas di Hulu Selangor. Selamat bertugas...

20 September 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak membuat apa-apa catatan di sini. Tidak ada kesempatan. Pagi ni sebelum pergi kerja teringatkan tak ucap selamat hari raya lagi untuk semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA.

12 April 2010

MAJLIS DIHADIRI TIMBALAN PPD PADA 12 APRIL 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Hari ini, 12 April 2010 (Isnin), saya sempat menghadiri dua majlis di Hulu Selangor. Pilihan raya Kecil yang hampir dilaksanakan di Hulu Selangor, hari penamaan calon jatuh pada 17 April 2010 (Sabtu). Hari pengundian akan dilangsungkan pada 24 April 2010 (Ahad).

Hari ini saya menghadiri majlis bersama Kementerian Pelajaran Malaysia di Bandar Sungai Buaya. Sesi pagi Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan majlis Penyerahan Gran Prasekolah swasta kepada pengusaha terpilih untuk kumpulan pertama seramai 30 pengusaha. Timbalan Perdana Menteri hadir di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar Sungai Buaya.

Sebelah petang saya sempat menghadiri majlis penyampaian biasiswa kepada pelajar miskin bagi sekolah pilihan. Seramai 38 orang terlibat. Murid sekolah menengah menerima sumbangan sebanyak RM1000.00 seorang dan murid sekolah rendah mendapat RM500.00 seorang. Majlis pada petang ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Hj. Ahmad bin Maslan, di Asrama Kasih, YBK di Serendah.

Sebenarnya mulai awal April 2010 saya telah bersama-sama dalam beberapa majlis utama. Pada 2 April 2010, di SM Sains Hulu Selangor, Timbalan Perdana Menteri sempat berjumpa warga pendidikan Hulu Selangor pada sebelah petang hari Jumaat tersebut.

Pada 3 April 2010 bertempat di Dewan orang ramai Felda Sungai Tengi, pelancaran Yayasan Kelana Ehsan dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang telah dijalankan. Pada hari yang sama pelajar miskin mendapat sumbangan basikal.

Pada 10 April 2010, saya mewali tuan PPD ke majlis PIBG SMK Bukit Sentosa, kerana beliau hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Kuala Kubu Bharu di Auditorium Dato Mansur, Akademi Bomba dan Penyelamat, yang masjlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Mohd. Fuad bid Zharkasi. Majlis di SMK Kuala Kubu Bharu ini, walaupun anak saya menerima anugerah tetapi saya meminta isteri saya hadir, kerana saya terpaksa ke SMK Bukit Sentosa.

27 Mac 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 KALI PERTAMA

Hari ini saya berada di SMK Bukit Sentosa 2, untuk merasmikan majlis berkaitan mewakili Tuan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kerana menjemput pihak PPD untuk merasmikan majlis ini.

Semoga majlis yang mencatat sejarah ini berjalan dengan baik dan lancar. Saya meninggalkan majlis selepas selesai upacara perasmian. Saya tinggalkan majlis kepada pihak sekolah dan ibu bapa meneruskan mesyuarat agung mereka. Selamat memilih AJK baru sesi 2010.

Semoga pemilihan akan dapat membuat pemilihan yang baik dan tepat untuk kepentingan para murid sekolah ini.