skip to main |
skip to sidebar
Assalamulaikum,
Pada hari ini saya cuti rehat untuk mengentar anak ketiga saya balik ke IPIS Bangi. Pelajar IPGM bercuti selama seminggu, sama seperti murid sekolah biasa. Anak saya diminta balik lebih awal, walaupun masih ada 2 atau tiga hari lagi, sesi percutian. Mereka dikehendaki bersedia mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan kali ke-52 pada 31 Ogos 2009 ini.
Pada tahun ini cuti rehat saya gunakan semata-mata urusan anak dan urusan kereta sahaja. Walau bagaimanapun selamat menunaikan Ibadah Puasa, berbuka puasa dan selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Assalamualaikum,Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada:1. Tuan PPD Hulu Selangor.2. Semua Pegawai, penyelia dan kakitangan sokongan PPD hulu Selangor.3. Semua Pengetua, Guru Besar sekolah daerah Hulu Selangor.4. Semua Pegawai Teknologi PKG-PKG Hulu Selangor.5. Semua guru-guru daerah Hulu Selangor.6. Semua kakitangan sokongan (PT,PTR, PAP dan lain-lain) yang bertugas di sekolah-sekolah.7. Semua rakan-rakan yang mengenali saya.Semoga puasa tahun ini kita dapat melakukan ibadat dengan baik dan melaksanakan semua tanggungjawab kita dalam ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. Pada masa yang sama jangan lupa segala tugas dan tanggungjawab kita, kerana semua perkara itu juga wajib kita urus dan laksanakan.Semoga semuanya gembira selalu.
Pada 17 Ogos 8.45 malam saya hadir di hotel Golcouse Klang. Pada hari ini perjalanan ke Klang melalui Rawang amat memeritkan. Saya bertolak dari rumah pada pukul 5.45 petang, saya hanya sampai di Klang pada pukul 8.30 malam.Taklimat yang dibuat diharap memastikan pengurusan peperiksaan UPSR tahun 2009 akan berjalan lancar dan kemas tanpa sebarang masalah yang timbul. Saya menginap di hotel pada malam tersebut. Pagi esoknya iaitu hari ini, pukul 8.00 pagi saya bertolak balik ke pejabat di Kuala Kubu Bharu
Pada pukul 5.30 petang pada 16 Ogos 2009 (Ahad), saya bersama isteri mengantar anak saya balik ke IPIS. Dia balik ke rumah pada hari Jumaat kerana menyiapkan semua perkara berkaitan perjanjian memasuki IPGM. Perjalanan dari KKB ke IPIS mengambil masa 1.30 jam.Saya sampai ke rumah semula kira-kira pukul 8.30 malam.
Pada pagi 15 Ogos 2009 (Sabtu), saya menghadirkan diri di Auditorium Raja Alam di Akademi Bomba untuk merasmikan seminar, aitu seminar untuk guru-guru Matematik sekolah rendah daerah Hulu Selangor. Pada masa yang sama Tn PPD, Tuan Hj Suhaimi hadir merasmikan majlis Seminar untuk guru Bahasa Inggeris di dewan atau Auditorium Besar Akademi Bomba. Pada pagi ini terdapat 2 majlis dijalankan serentak di Akademi bomba.Pukul 10.30 pagi saya bersama Tn Hj Suhaimi bergerak ke Jabatan Pelajaran Selangor, Shah Alam kerana majlis Kesyukuran Jabatan Pelajaran. Majlis ini melibatkan bacaan yasiin dan tahlil, sembahyang Zohor berjamaah dan sembahyang sunat Hajat.Selesai makan tengah hari, kamipun balik semula ke rumah. Saya balik ke Kuala Kubu Bharu.