skip to main |
skip to sidebar
Saya ingin mengucapkan selamat melalui proses pengoditan ISO Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan bermula pada 7 Julai 2009. Semoga kita telah bersedia sepenuhnya untuk tujuan tersebut. Mari pastikan segala keperluan telah siap dengan rapi.Pastikan semua tugas berjalan baik dan rauang kerja kita sentiasa ceria dan bersih pada setiap masa.
Pada 1-3 Julai 2009, satu perjumpaan Timbalan PPD negeri Selangor telah dijalankan di Hotel Empress Sepang. Perjumpaan yang mengambil masa selama 2 hari ini telah berjaya menyiapkan draf fail meja untuk 10 orang Timbalan PPD negeri Selangor.Hanya bahagian yang melibatkan carta organisasi dan objektif unit-unit tidak disediakan kerana perkara ini melibatkan perkara yang berbeza di kalangan daerah berbeza. Bahagian ini disediakan sendiri apabila balik daripada mesyuarat ini.Saya menyudahkan bahagian ini dengan kerjasama En Mohd Isa Jali Pegawai Kualiti PPD Hulu Selangor. Terima kasih diucapkan kerana menyediakan maklumat tersebut.
Pada 25 jun 2009, pukul 9.00 pagi saya telah menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN), Cawangan Hulu Selangor di Dewan Abdul Hamid Batang Kali.Program ini merupakan mesyuarat Agung Kali ke-11 KEPTAN. Terima kasih kerana menjemput saya hadir untuk perasmian mesyuarat agung. Saya sempat menyampaikan sedikit sebanyak pesanan kepada semua Pembantu Tadbir yang hadir supaya dapat bekerjasama dengan baik dengan pentadbir di sekolah masing-masing. Mereka merupakan orang penting supaya semua perkara berkait dengan perkhidmatan dan kewangan berjalan dengan baik. Mereka diharap dapat berbaik-baik dan tidak mewujudkan persengketaan dengan pentadbir di sekolah.Para Pembantu Tadbir memahami dan menghayati lagu tema KEPTAN yang dinyanyikan pada hari itu. Berikut ialah baris-baris lagu yang didendangkan secara beramai-ramai:LAGU KEPTAN MAJU JAYAJujur Amanah Berilmu MesraPegangan Kerjaya kitaBerbudi Bahasa Yang MuliaAmalan SelamanyaTak Kira Siang Atau Pun MalamMasa Amatlah BerhargaRahsia Harus DiutamakanSejahtera SemuaKorus:Kesatuan Jadi Tempat Kita Berganding BahuElakkan Diri Dari Sengketa, Mertabatkan KerjayaKEPTAN Kesatuan , Kebanggaan SemuaPerjuangan Meninggikan IlmuBerusaha Terus JayaAntara Kita Dan Juga MajikanBerganding BekerjasamaKita Bina Talian Yang MesraKEPTAN Maju Jaya.
Pada 24 Jun 2009, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di JPN Selangor dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Dr Zahri.
Setiap daerah akan diminta menghantar peserta seramai 300 orang dalam kem ini. Terdiri daripada 100 orang murid SK, 100 orang muris SJK cina dan 100 orang murid SJK Tamil. Peserta murid tahun 4-6. Guru pengiring seramai 60 orang, juga akan bertugas semasa berada di kem ini.300 orang murid dan 60 oran guru penegring ini akan dijadualkan berada di PKD Kuala Selangor pada 28-31 Julai 2009.
Assalamulaikum.....Ketiga-tiga penolong kanan sekolah baru ini (SMK Bukit Sentosa 2) telah diketahui secara rasmi, iaitu:1. En Mohd Khamdani bin Sairi (dari SMK Kg Soeharto)2. Pn Hanishah bt Mohd (dari SMK Bukit Sentosa)3. En Mhd Ariff bin Mhd Shariff (dari SMK Ampang Pecah)Saya berharap ketiga-tiga pegawai ini dapat memulakan tugas di sekolah baru ini dengan segera. Sekolah ini memerlukan penolong kanan awal untuk menguruskan persediaan awal sebelum sekolah dibuka. Ada banyak perkara perlu diuruskan, termasuk menerima segala peralatan dan keperluan yang kan dihantar ke sekolah ini.Sila pastikan segala kekurangan di kawasan sekolah ini dimaklumkan kepada PPD untuk tindakan seterusnya.