skip to main |
skip to sidebar
Assalamulaikum....Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua Jurulatih ICTL daerah Hulu Selangor, bahawa tuan-tuan dan puan-puan diminta hadir satu lagi mesyuarat pelarasan program peringkat daerah, pada ketetapan berikut:Tarikh: 16.04.2009.
Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan)
Semoga mesyuarat yang diaturkan, daapat menyelesaikan semua permasalahan dalam melaksanakan kursus pemantapan ICTL peringkat daerah nanti.
Assalamualaikum...Sebagai makluman, surat telah diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah dipilih untuk menghadiri mesyuarat berkaitan, khasnya tentang menyediakan keperluan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor. Semoga semua Pengetua dan Guru Besar yang telah dipilih, termasuk pegawai-pegawai di PPD untuk hadir dalam mesyuarat seperti ditetapkanLTarikh: 14.04.2009.Masa : 2.30 petang.Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor (PPD Induk)Semoga kita dapat membincangkan pelaksanaan majlis hari guru kita dengan baik dan terancang.Jika tuan-tuan dan puan-puan memerlukan maklumat tentang Hari Guru Peringkat Kebangsaan, sila klik sambunagan ini:http://www.moe.gov.my/hariguru/perutusan.html
Assalamualaikum.....Di ruang ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan tentang mesyuarat di atas akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:Tarikh : 13.04.2009.Masa : 2.30 petang.Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu.Kumpulan keempat ini terdiri daripada 4 buah sekolah iaitu:1. SM Sains Hulu Selangor.2. SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu.3. SAM Sungai Selisek.4. SMK Kuala Kubu Bharu.Semoga keempat-empat Penolong Kanan sekolah ini dapat bersedia dan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kita berharap dalam perjumpaan ini akan menghasilkan apa-apa perancangan yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan ini.Selamat berjumpa dalam mesyuarat.Saya minta maaf kepada kumpulan ketiga kerana tidak dapat bersama-sama kerana menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah kebangsaan daerah Hulu Selangor.
Assalamualaikum...Pada hari ini, 09.04.2009 telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Sekolah bersama Guru Besar daerah Hulu Selangor. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn PPD hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Mesyuarat ini dijalankan di bilik mesyuarat SK Batang Kali.Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Batang Kali kerana sudi menerima kehadiran kita (menjadi tuan rumah untuk mesyuarat ini).Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Hjh Hamidah (KU Bahasa) dan En Aznan (KU Sains Matematik) kerana meneruskan mesyuarat "Post Mortem" SPM Kumpulan ketiga tanpa kehadiran saya.
Assalamualaikum...Pada kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat "Post Mortem" SPM 2008 kumpulan ketiga akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:Tarikh : 09.04.2009Masa : 2.30 petang.Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu.Kumpulan ketiga ini dianggotai oleh:1. SMK Bandar Sungai Buaya.2. SMK Sungai Choh.3. SMK Gedangsa.4. SMK Kg. Soeharto.Kempat-empat sekolah diminta hadir membentangkan analisis SPM dan perancangan sekolah masing-masing dalam mesyuarat tersebut.Pihak PPD mungkin akan diwakili oleh Ketua-ketau Unit Pengurusan Akademik.1. Ketua Unit Bahasa.2. Ketua Unit Sains Matematik.3. Ketua Unit Sains Kemanusiaan.Saya berkemungkinan besar tidak dapat turut serta kerana menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah (sekolah kebangsaan). Saya percaya semua mesyuarat akan berjalan dengan baik.