14 Februari 2010

SEHARI PERJALANAN PERGI DAN BALIK KKB -- KUANTAN

Pada siang tadi (12.02.2010), hari Sabtu, saya, isteri dan 2 orang anak perempuan saya bergerak ke Kuantan. kerana menjemput anak kedua saya yang berada di UIA Kuantan. Anak saya hendak balik bercuti tetapi nkehabisan tiket bas. Tiada lagi tiket bas menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Kami bergerak dari rumah kira-kira pukul 10 pagi. Pada kali ini saya bergerak lewat sedikit, walaupun asalnya bercadang untuk bergerak selepas subuh. Ini tidak dapat dilaksanakan kerana isteri saya ingin menyediakan makanan untuk 3 orang anak lelaki kami yang tidak mahu turut serta perjalanan ke Kuantan pada kali ini.

Perjalanan kami menggunakan laluan mengikut Genting Highlands. Apabila memasuki Lebuh raya Pantai Timur, bermula dari Genting Sempah keadaan trafik sungguh menakjubkan. Saya tidak menjangka keadaan kesesakan jalan raya yang sungguh teruk berlaku. Inilah suasana perjalanan semasa cuti perayaan di Malaysia.

Kami berhenti sebentar di stesen minyak Petronas sebelum sampai ke tol Bentong. Sekali lagi keadaan kesesakan yang keterlaluan berlaku di stesen minyak ini. Untuk mengisi minyak dan ke tandas sahaja kami perlu menggunakan masa hampir satu jam. Hanya pada pukul 12.00 tengah hari kami dapat menyambung semula perjalanan. Perjalanan selepas itu, walaupun kenderaan terlalu banyak di atas jalan tetapi tidaklah terlalu teruk berbanding semasa mula-mula memasuki lebuh raya ini.

Kira-kira pada pukul 2 petang kami sampai di UIA Kuantan. Selepas mengambil anak perempuan saya di sana kami bergerak ke bandar Kuantan sebentar kerana terdapat permintaan di kalangan anak-anak saya untuk ke sana. Bandar Kuantan juga sesak pada ketika itu. Kami hanya sempat singgah di kedai binatang peliharaan. Pada pukul 3.00 petang kami mula bergerak balik ke Kuala Kubu Bharu. Kami singgah di R&R Gambang.. Kami singgah solat dan makan tengah hari.

Kira-kira pada pukul 5.00 petang kami terus bergerak balik. Kami bergerak tanpa singgah di mana-manapun. Kami sampai di rumah kira-kira pada pukul 7.45 malam. Pada cuti perayaan Tahun Baru Cina ini semua anak-anak saya berada di rumah.

Pada hari sebelumnya, Jumaat (12.02.2010), saya juga menjalankan tugas mengambil anak saya yang berada di IPGM IPIS Bangi dan anak saya yang berada di UPM, Serdang.

Rasanya memadai catatan ini untuk hari ini. Selamat bercuti hujung minggu dan Cuti Tahun Baru Cina. Jumpa lagi.

10 Februari 2010

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Sila klik pada tajuk di atas untuk membaca link yang saya pautkan daripada sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga ini memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

09 Februari 2010

PERINGATAN KALI KEDUA TENTANG MAKLUM BALAS AUDIT DALAM KPM

SAYA BERHARAP TUAN/PUAN PENGETUA / GURU BESAR:
1. SMK KUALA KUBU BHARU.
2. SK SUNGAI BUAYA.
3. SK KUALA KUBU BHARU DUA.

SAYA MASIH BELUM MENERIMA MAKLUM BALAS TEGURAN AUDIT DALAM KPM KE SEKOLAH TUAN/PUAN PADA BULAN NOVEMBER 2009 YANG LALU. KITA TELAH MEMBUAT MESYUARAT KHAS TENTANG INI PADA 26 JANUARI 2010 YANG LALU. KITA MEMINTA SETIAP SEKOLAH MENYEDIAKAN JAWAPAN DALAM SATU MINGGU.

PIHAK PPD MASIH BELUM MENERIMA APA-APA JAWAPAN DARIPADA PIHAK TUAN. HARAP DAPAT DISEGERAKAN.

KEPADA GURU-GURU DARIPADA KETIGA-TIGA SEKOLAH YANG TERBACA MAKLUMAT INI HARAP MAKLUMKAN KEPADA PENGETUA ATAU GURU BESAR MASING-MASING.

BAGI SEKOLAH YANG TELAH MENYEDIAKAN MAKLUM BALAS VUNTUK KITA HANTAR KEPADA PIHAK KP[M, SAYA UCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

07 Februari 2010

HANTAR SEGERA MAKLUM BALAS PEMERHATIAN AUDIT DI TUJUH BUAH SEKOLAH

Kepada 7 buah sekolah berikut, sila hantar segera laporan atau maklum balas pemeriksaan Audit Dalam KPM ke sekolah masing-masing. Hantar maklum balas ke PPD Hulu Selangor untuk tindakan En Mohd Isa bin Jali, Pegawai Kualiti PPD Hulu Selangor. Hantar terus maklum balas ini di PPD di Wisma TNB. En Mohd Isa telah mula beroperasi di Wisma ini. Bagi sekolah yang telah menghantar maklumat ini diucapkan terima kasih. Bagi yang belum membuat tindakan sila hantar segera.

Sekolah terbabit ialah:
1. SK Bandar Sungai Buaya.
2. SMK Bandar Sungai Buaya.
3. SK Sungai Buaya.
4. SK Sungai Choh.
5. SMK Dato Hj Kamaruddin.
6. SMK Kuala Kubu Bharu.
7. SK Kuala Kubu BHaru Dua.

Pihak PPD Hulu Selangor mengharap Pengetua dan sekolah berkenaan dapat mengambil tindakan segera.
Bagi pegawai-pegawai di PPD Hulu Selangor yang telah dipanggil dalam mesyuarat pada 25 Januari 2010 yang lalu diharap dapat menyediakan maklum balas dengan baik dan segera. Harap serahkan maklumat ini kepasda En Mohd Isa (Pegawai Kualiti).

Sila gunakan format yang telah disediakan.

06 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya mengambil kesempatan di ruang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga pendidik daerah Hulu Selangor yang merayakan Tahun Baru Cina.

Semoga yang bercuti sepanjang perayaan itu dapat menjaga diri masing-masing dengan baik, diharapkan semuanya sihat setiap masa. Pada masa yang sama jangan lupa kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita mendidik anak bangsa kita.

http://www.theborneopost.com/?p=9221