28 September 2009

SELAMAT BERTUGAS SEMULA WARGA PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamulaikum dan selamat sejahtera...

Selepas sebulan umat Islam mengharungi ujian berpuasa, menyambut Hari Raya Aidilfitri, lebih seminggu berlalu. Sekarang sampailah masa semua kembali bertugas seperti biasa. Semua guru perlu meneruskan tugas mendidik dan mengajar yang masih lagi ada sehingga hujung tahun 2009.

Anak murid kita, terutama yang akan mengambil peperiksaan PMR,SPM dan STPM berlu disediakan sebaik mungkin sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Bagi para murid ambillah peluang yang masih ada lagi untuk persiapan terakhir.

Walaupun musim hari raya masih ada, namun para murid perlu sedar bahawa peperiksaan yang bakal dilalui amat penting bagi setiap murid yang inginkan kejayaan cemerlang.

Marilah kita memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing suapaya pendidikan di daerah ini akan jmeningkat dengan baik dan mencapai tahap cemerlang.

24 September 2009

Bersama ini saya sertakan kad selamat hari raya aidilfitri yang dikirimkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor untuk semua warga pendidikan negeri Selangor.

01 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI UNTUK SEMUA

Jika ingin melihat kat ini, boleh juga klik pada: http://ppdhs.gov.my Mungkin warna kadnya lebih cantik lagi,

30 Ogos 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-52

Assalamualaikum,

Hari ini 30 Ogos 2009, besok kita akan menyambut tarikh yang menjadi sambutyat Malaysia setiap tahun. Ada yang terlibat terus dengan majlis sambutan yang diatur di peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung di Dataran Parlimen. Mungkin tidak terlibat dimana-mana sambutan peringkat negeri, daerah atau kebangsaan, hanya duduk di rumah menghabiskan cuti, yang pastinya rakyat beragama Islam masih meneruskan ibadah dalam bulan puasa.

Tidak kiralah dimana kita berada pada hari ini dan esok, atau apa-apa yang kita lakukan, sebagai rakyat Malaysia kita perlu ingat tarikh ini sebagai tarikh istimewa negara kita. Bagi saya yang paling penting ialah bagaimana kita mengingat kemerdekaan negara kita dan bagaimana kita mengisi zaman kemerdekaan negara kita. Lebih setengah abad masa itu sudah berlalu. Mungkin 50 tahun berikutnya akan menjadi masa atau era yang akan menjadi penentu sama ada kemerdekaan yang telah kita kecapi ini akan terus dinikmati atau mungkin sebaliknya.

Selamat menyambut "Hari Kemerdekaan Negara Malaysia"



28 Ogos 2009

CUTI REHAT PADA 28 OGOS 2009 (JUMAAT)

Assalamulaikum,

Pada hari ini saya cuti rehat untuk mengentar anak ketiga saya balik ke IPIS Bangi. Pelajar IPGM bercuti selama seminggu, sama seperti murid sekolah biasa. Anak saya diminta balik lebih awal, walaupun masih ada 2 atau tiga hari lagi, sesi percutian. Mereka dikehendaki bersedia mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan kali ke-52 pada 31 Ogos 2009 ini.

Pada tahun ini cuti rehat saya gunakan semata-mata urusan anak dan urusan kereta sahaja. Walau bagaimanapun selamat menunaikan Ibadah Puasa, berbuka puasa dan selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing.