skip to main |
skip to sidebar
Pada 23 Julai 2009, pukul 12.00 tengahari saya berkesempatan bersama dua kumpulan kursus guru di SK Lembah Beringin dalam majlis penutupan. Terdapat 2 kursus yang berjalan serentak di sini, melibatkan:1. Kursus Kajian Tindakan yang dijalankan oleh IPGM Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur..2. Kursus Kecergasan Pelbagai dijalankan oleh IPGM Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa.Semoga kursus-kursus yang dilaksanakan dapat mendatangkan faedah yang besar kepada semua pendidik di daerah ini. Terima kasih kepada semua pensyarah IPGM yang berkaitan kerana sanggup melaksanakan kursus di daerah ini.
Pada 20 Julai 2009, mesyuarat berkenaan akan diadakan di PKG sungai Choh mulai 8.30 pagi. Semua Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan diminta hadir menjayakan mesyuarat berkenaan.Mesyuarat pada hari ini telah selesai pada pukul 1.00 petang. Pada pukul 2.30 mesyuarat disambung dengan perkongsian maklumat Program Kecemerlangan Akademik Selangor, sebagai pemantapan terhadap program. Slot disampaikan oleh Tn hj Zainal bin Sudin mulai pukul 2.30 petang.
Pada hari ini, 17 Julai 2009, saya mengambil cuti rehat untuk menguruskan kereta saya di Selayang. Tugas saya hari ini seperti perjumpaan bersama Pengetua dan Jabatan Pelajaran telah saya serahkan kepada Penolong PPD Pengurusan sekolah, En Kamsah.
Pada masa catatan ini saya buat, saya berada di pusat servis kereta Toyata di Selayang. Saya masih menunggu kereta saya disiapkan.
Apabila semua selesai saya akan bergerak ke Kuala Pilah kerana terpaksa menjemput anak saya yang akan mula bercuti mulai hari ini. Saya perlu datang membawa barang-barangnya balik kerana bercuti selama dua minggu.
Pada hari ini, saya menghadiri mesyuarat berkenaan, mewakili Tuan PPD di Jabatan Pelajaran Selangor, mulai pukul 9.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Banyak perkara dibincangkan terutama prestasi berbelanja di peringkat negeri dan daerah di negeri Selangor.Mesyuarat ini hanya dapat diselesaikan kira-kira pukul 2.45 petang. Semoga pengurusan kewangan peringkat daerah Hulu Selangor dapat dimantapkan, dengan syarat semua pegawai yang menguruskan peruntukan masing-masing dapat menguruskan peruntukan masing-masing dengan baik.
Pada hari ini, 15 Julai 2009 satu mesyuarat, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Kali ke-3 2009 telah diadakan di PKG Sungai Choh.Saya hadir mempengerusikan mesyuarat kerana Tuan PPD menghadiri Persidangan PPD Kebangsaan di Seremban dari 13-16 Julai 2009. Kehadiran mesyuarat hari ini melibatkan kehadiran Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah. Pengurusan Akademik dihadiri oleh pegawai-pegawai yang terdiri daripada:1. Penolong PPD Pengurusan Akademik (Pn Hjh. Hamidah bt Abd Samad)2. Ketua Unit Sains dan Matematik (En Aznan bin Kasan)3. Ketua Unit Sains Kemanusiaan (Tn Hj Sameon bin Sidek)4. Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan (Tn Hj Rahim bin Omar)5. Penyelia Pendidikan Islam (Tn Hj Saberi bin Yusof)6. Penyelia KBSR dan Penyelidikan (En Hasren bin Damiri)Pengurusan Akademik turut mengundang Tn hj Zainal bin Sudin (YDP Guru Cemerlang Selangor) untuk berkongsi maklumat dan mengingatkan kembali pelaksanaan Program Kecemerlangan Akademik Selangor (PCAS). Terima kasih khas untuk Tn Hj Zainal Sudin.
Terima kasih kepada semua yang hadir untuk menyempurnakan mesyuarat kali ke-3.Mesyuarat yang bermula pada 8.30 pagi hanya dapat diselesaikan pada pukul 2.30 petang.