skip to main |
skip to sidebar
Pada hari ini, saya menghadiri mesyuarat berkenaan, mewakili Tuan PPD di Jabatan Pelajaran Selangor, mulai pukul 9.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Banyak perkara dibincangkan terutama prestasi berbelanja di peringkat negeri dan daerah di negeri Selangor.Mesyuarat ini hanya dapat diselesaikan kira-kira pukul 2.45 petang. Semoga pengurusan kewangan peringkat daerah Hulu Selangor dapat dimantapkan, dengan syarat semua pegawai yang menguruskan peruntukan masing-masing dapat menguruskan peruntukan masing-masing dengan baik.
Pada hari ini, 15 Julai 2009 satu mesyuarat, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Kali ke-3 2009 telah diadakan di PKG Sungai Choh.Saya hadir mempengerusikan mesyuarat kerana Tuan PPD menghadiri Persidangan PPD Kebangsaan di Seremban dari 13-16 Julai 2009. Kehadiran mesyuarat hari ini melibatkan kehadiran Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah. Pengurusan Akademik dihadiri oleh pegawai-pegawai yang terdiri daripada:1. Penolong PPD Pengurusan Akademik (Pn Hjh. Hamidah bt Abd Samad)2. Ketua Unit Sains dan Matematik (En Aznan bin Kasan)3. Ketua Unit Sains Kemanusiaan (Tn Hj Sameon bin Sidek)4. Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan (Tn Hj Rahim bin Omar)5. Penyelia Pendidikan Islam (Tn Hj Saberi bin Yusof)6. Penyelia KBSR dan Penyelidikan (En Hasren bin Damiri)Pengurusan Akademik turut mengundang Tn hj Zainal bin Sudin (YDP Guru Cemerlang Selangor) untuk berkongsi maklumat dan mengingatkan kembali pelaksanaan Program Kecemerlangan Akademik Selangor (PCAS). Terima kasih khas untuk Tn Hj Zainal Sudin.
Terima kasih kepada semua yang hadir untuk menyempurnakan mesyuarat kali ke-3.Mesyuarat yang bermula pada 8.30 pagi hanya dapat diselesaikan pada pukul 2.30 petang.
Pada 11 Julai 2009, sesi awal pagi saya sempat ke Akademi Bomba dan Penyelamat untuk sama-sama memulakan majlis Seminar Integriti anjuran IIM bersama PPD Hulu Selangor dan PPD Gombak. Saya sampai di Akademi Bomba pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan pada pukul 8.45 pagi lebih kurang. Majlis dirasmikan oleh Tuan PPD Hulu Selangor, Tuan Hj Suhaimi bin Rashid. Saya tidak dapat bersama-sama dengan para peserta untuk mendengar ceramah yang disampaikan pada hari tersebut. Pada pukul 9.30 selepas selesai ucapan Tuan Hj Suhaimi, saya terus bergerak ke luar kerana arahan beliau untuk menggantikan tempat beliau dalam majlis meraikan pasukan Taekwando Hulu Selangor di Majlis Daerah Hulu Selangor.Saya sampai di Majlis Derah sebelum pukul 10.00 pagi. Majlis belum bermula. Selepas 10.30 barulah majlis dapat dijalankan apabila semua jemputan dan pelajar atau peserta taekwando hadir ke majlis. YangDipertua Majlis Daerah, En Tukiman bin Nail merasmi dan mennyampaikan cenderamata kepada semua ahli pasukan yang berjaya dalam SUKSES 2009.Telah dimaklumkan bahawa pasukan ini telah berjaya mendapat 8 emas, 1 perak dan 2 gangsa pada tahun ini. Dengan jumlah yang diperoleh, Hulu Selangor masih mendahului pungutan pingat sehingga minggu kedua kejohanan SUKSES tahun ini. Sesuatu yang hebat berlaku. Hulu Selangor tidak pernah mencapai kejayaan yang besar dalam SUKSES sebelum ini. Semoga SUKSES yang akan berakhir pada 26 Julai akan menghasilkan keputusan yang baik. Biasanya Hulu Selangor akan berada di tangga ke-8 atau ke-9 dalam SUKSES. Perkembangan semasa menampakkan bahawa Hulu Selangor akan mengubah kedudukan tersebut pada tahun ini.Setidak-tidaknya peserta SUKSES juga melibatkan pelajar sekolah sebahagian daripada Kotinjen yang menyertai pertandingan. Semoga mereka akan lebih berjaya pada masa akan datang sehingga menjadi atelit negara yang cemerlang.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua rakan di PPD Hulu Selangor khasnya petugas-petugas ISO, yang berjaya melalui proses pengauditan. Kita bersyukur kerana tiada sebarang NCR dan pemerhataian diberikan dalam audit tersebut.Kita perlu mengemaskan semua hal berkaitan semoga audit SIRIM yang akan dijalankan pada bulan Ogos - Oktober nanti akan berjalan dengan lancar.Warga PPD Hulu Selangor juga perlu bersedia untuk mengharungi sesi untuk Star Rating untuk tahun 2009. Semoga semuanya berjaya kita harungi.
Pada hari ini, 08 Julai 2009 saya masih bercuti. Saya menegambil kesempatan menguruskan hal-hal peribadi yang tidak selesai pada bulan ini. Pada sebelah petang saya dan isteri pergi ke Shah Alam. Tujuan kami ialah untuk melihat arah jalan ke SMK Bukit Jelutong, Shah Alam kerana isteri saya perlu hadir mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. di sekolah ini pada 09 Julai 2009.Perjalanan ke sekolah ini agak mudah sahaja.