skip to main |
skip to sidebar
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua rakan di PPD Hulu Selangor khasnya petugas-petugas ISO, yang berjaya melalui proses pengauditan. Kita bersyukur kerana tiada sebarang NCR dan pemerhataian diberikan dalam audit tersebut.Kita perlu mengemaskan semua hal berkaitan semoga audit SIRIM yang akan dijalankan pada bulan Ogos - Oktober nanti akan berjalan dengan lancar.Warga PPD Hulu Selangor juga perlu bersedia untuk mengharungi sesi untuk Star Rating untuk tahun 2009. Semoga semuanya berjaya kita harungi.
Pada hari ini, 08 Julai 2009 saya masih bercuti. Saya menegambil kesempatan menguruskan hal-hal peribadi yang tidak selesai pada bulan ini. Pada sebelah petang saya dan isteri pergi ke Shah Alam. Tujuan kami ialah untuk melihat arah jalan ke SMK Bukit Jelutong, Shah Alam kerana isteri saya perlu hadir mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. di sekolah ini pada 09 Julai 2009.Perjalanan ke sekolah ini agak mudah sahaja.
Pada 07 Julai 2009, saya cuti untuk menghantar anak perempuan saya (anak kedua) mendaftar di UIA Kuantan bagi sesi Tahun 1 ambilan Julai 2009. Anak saya baru meneyelesaikan kursus peringkat asasinya pada tahun 2009 ini. Tahniah kepada pihak Universiti yang berjaya menguruskan sesi pendaftaran dengan baik dan berkesan. Bagi saya sesi pendaftaran boleh dianggap cemerlang.
Pada hari ini PPD Hulu Selangor juga menghadapi sesi pengoditan ISO, Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesi ini akan berlangsung pada 7-8 Julai 2009.
Selamat menguruskan segala hal yang berkaitan.
Saya ingin mengucapkan selamat melalui proses pengoditan ISO Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan bermula pada 7 Julai 2009. Semoga kita telah bersedia sepenuhnya untuk tujuan tersebut. Mari pastikan segala keperluan telah siap dengan rapi.Pastikan semua tugas berjalan baik dan rauang kerja kita sentiasa ceria dan bersih pada setiap masa.
Pada 1-3 Julai 2009, satu perjumpaan Timbalan PPD negeri Selangor telah dijalankan di Hotel Empress Sepang. Perjumpaan yang mengambil masa selama 2 hari ini telah berjaya menyiapkan draf fail meja untuk 10 orang Timbalan PPD negeri Selangor.Hanya bahagian yang melibatkan carta organisasi dan objektif unit-unit tidak disediakan kerana perkara ini melibatkan perkara yang berbeza di kalangan daerah berbeza. Bahagian ini disediakan sendiri apabila balik daripada mesyuarat ini.Saya menyudahkan bahagian ini dengan kerjasama En Mohd Isa Jali Pegawai Kualiti PPD Hulu Selangor. Terima kasih diucapkan kerana menyediakan maklumat tersebut.