skip to main |
skip to sidebar
Pada 25 jun 2009, pukul 9.00 pagi saya telah menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN), Cawangan Hulu Selangor di Dewan Abdul Hamid Batang Kali.Program ini merupakan mesyuarat Agung Kali ke-11 KEPTAN. Terima kasih kerana menjemput saya hadir untuk perasmian mesyuarat agung. Saya sempat menyampaikan sedikit sebanyak pesanan kepada semua Pembantu Tadbir yang hadir supaya dapat bekerjasama dengan baik dengan pentadbir di sekolah masing-masing. Mereka merupakan orang penting supaya semua perkara berkait dengan perkhidmatan dan kewangan berjalan dengan baik. Mereka diharap dapat berbaik-baik dan tidak mewujudkan persengketaan dengan pentadbir di sekolah.Para Pembantu Tadbir memahami dan menghayati lagu tema KEPTAN yang dinyanyikan pada hari itu. Berikut ialah baris-baris lagu yang didendangkan secara beramai-ramai:LAGU KEPTAN MAJU JAYAJujur Amanah Berilmu MesraPegangan Kerjaya kitaBerbudi Bahasa Yang MuliaAmalan SelamanyaTak Kira Siang Atau Pun MalamMasa Amatlah BerhargaRahsia Harus DiutamakanSejahtera SemuaKorus:Kesatuan Jadi Tempat Kita Berganding BahuElakkan Diri Dari Sengketa, Mertabatkan KerjayaKEPTAN Kesatuan , Kebanggaan SemuaPerjuangan Meninggikan IlmuBerusaha Terus JayaAntara Kita Dan Juga MajikanBerganding BekerjasamaKita Bina Talian Yang MesraKEPTAN Maju Jaya.
Pada 24 Jun 2009, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di JPN Selangor dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Dr Zahri.
Setiap daerah akan diminta menghantar peserta seramai 300 orang dalam kem ini. Terdiri daripada 100 orang murid SK, 100 orang muris SJK cina dan 100 orang murid SJK Tamil. Peserta murid tahun 4-6. Guru pengiring seramai 60 orang, juga akan bertugas semasa berada di kem ini.300 orang murid dan 60 oran guru penegring ini akan dijadualkan berada di PKD Kuala Selangor pada 28-31 Julai 2009.
Assalamulaikum.....Ketiga-tiga penolong kanan sekolah baru ini (SMK Bukit Sentosa 2) telah diketahui secara rasmi, iaitu:1. En Mohd Khamdani bin Sairi (dari SMK Kg Soeharto)2. Pn Hanishah bt Mohd (dari SMK Bukit Sentosa)3. En Mhd Ariff bin Mhd Shariff (dari SMK Ampang Pecah)Saya berharap ketiga-tiga pegawai ini dapat memulakan tugas di sekolah baru ini dengan segera. Sekolah ini memerlukan penolong kanan awal untuk menguruskan persediaan awal sebelum sekolah dibuka. Ada banyak perkara perlu diuruskan, termasuk menerima segala peralatan dan keperluan yang kan dihantar ke sekolah ini.Sila pastikan segala kekurangan di kawasan sekolah ini dimaklumkan kepada PPD untuk tindakan seterusnya.
Pada 23 Jun 2009 pukul 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan) telah diadakan mesyuarat berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Kamsah bin Mokhtar (Naib Pengerusi Kelab Kebajikan / Penolong PPD Pengurusan sekolah)Tidak ada pemilihan AJK yang baru kerana AJK yang sedia ada akan berkhidmat sehingga 2010. Mesyuarat melakukan pembentangan minit mesyuarat, pembentangan aktiviti 2008 dan pembentangan penyata kewangan kelab.Majlis sempat membincangkan program yang akan dijalankan pada 2009 termasuk persiapan untuk majlis persaraan Tuan PPD dan beberapa orang pegawai yang akan bersara pada tahun 2010.Pada hari ini Kelab Kebajikan sempat menyampaikan sumbangan/ kutipan derma untuk diserahkan kepada program Dapur untuk Darfur yang diwakili oleh Pemuda Masjid dari masjid Wilayah Pesekutuan, kuala Lumpur.Semoga program yang dirancang dapat direalisasikan.
Pada 18 Jun 2009 Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor mengadakan mesyuarat penyelarasan program bimbingan guru cemerlang terhadap guru-guru daerah Hulu Selangor. Mesyuarat dijalankan di PKG Kuala Kubu Bharu. Saya berkesempatan hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Saya berharap program pemantauan ni akan dapat membantu guru-guru yang amat memerlukan bimbingan. Saya amat berharap kepada semua Guru Ceemrlang (GC) yang telah dipilih dapat membantu merealisasikan program peringkat PPD Hulu Selangor ini.Saya berharap Pengurusan Akademik di bawah teraju Pn Hjh Hamidah dapat menyusun semua proses yang telah dirancang supaya perjalanan program ini dapat dipastikan sasaran guru-guru yang berkaitan terlaksan. Terima kasih kepada semua pegawai Akademik yang masih padu melaksanakan program bantuan untuk memastikan pencapaian akademik peringkat daerah akan bertambah baik.