23 Jun 2009

PENOLONG-PENOLONG KANAN SMK BUKIT SENTOSA (2)

Assalamulaikum.....
Ketiga-tiga penolong kanan sekolah baru ini (SMK Bukit Sentosa 2) telah diketahui secara rasmi, iaitu:

1. En Mohd Khamdani bin Sairi (dari SMK Kg Soeharto)
2. Pn Hanishah bt Mohd (dari SMK Bukit Sentosa)
3. En Mhd Ariff bin Mhd Shariff (dari SMK Ampang Pecah)

Saya berharap ketiga-tiga pegawai ini dapat memulakan tugas di sekolah baru ini dengan segera. Sekolah ini memerlukan penolong kanan awal untuk menguruskan persediaan awal sebelum sekolah dibuka. Ada banyak perkara perlu diuruskan, termasuk menerima segala peralatan dan keperluan yang kan dihantar ke sekolah ini.

Sila pastikan segala kekurangan di kawasan sekolah ini dimaklumkan kepada PPD untuk tindakan seterusnya.

MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN PPD HULU SELANGOR

Pada 23 Jun 2009 pukul 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan) telah diadakan mesyuarat berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Kamsah bin Mokhtar (Naib Pengerusi Kelab Kebajikan / Penolong PPD Pengurusan sekolah)

Tidak ada pemilihan AJK yang baru kerana AJK yang sedia ada akan berkhidmat sehingga 2010. Mesyuarat melakukan pembentangan minit mesyuarat, pembentangan aktiviti 2008 dan pembentangan penyata kewangan kelab.
Majlis sempat membincangkan program yang akan dijalankan pada 2009 termasuk persiapan untuk majlis persaraan Tuan PPD dan beberapa orang pegawai yang akan bersara pada tahun 2010.

Pada hari ini Kelab Kebajikan sempat menyampaikan sumbangan/ kutipan derma untuk diserahkan kepada program Dapur untuk Darfur yang diwakili oleh Pemuda Masjid dari masjid Wilayah Pesekutuan, kuala Lumpur.

Semoga program yang dirancang dapat direalisasikan.

19 Jun 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BIMBINGAN P&P OLEH GURU CEMERLANG

Pada 18 Jun 2009 Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor mengadakan mesyuarat penyelarasan program bimbingan guru cemerlang terhadap guru-guru daerah Hulu Selangor. Mesyuarat dijalankan di PKG Kuala Kubu Bharu.

Saya berkesempatan hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Saya berharap program pemantauan ni akan dapat membantu guru-guru yang amat memerlukan bimbingan. Saya amat berharap kepada semua Guru Ceemrlang (GC) yang telah dipilih dapat membantu merealisasikan program peringkat PPD Hulu Selangor ini.

Saya berharap Pengurusan Akademik di bawah teraju Pn Hjh Hamidah dapat menyusun semua proses yang telah dirancang supaya perjalanan program ini dapat dipastikan sasaran guru-guru yang berkaitan terlaksan. Terima kasih kepada semua pegawai Akademik yang masih padu melaksanakan program bantuan untuk memastikan pencapaian akademik peringkat daerah akan bertambah baik.

17 Jun 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PIBG DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari ini, 17 Jun 2009 bertempat di Dewan Dato Hamid, Batang Kali telah diadakan suatu program oleh Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Program ini ialah Program Kecemerlangan PIBG daerah Hulu Selangor.

Saya sempat hadir mewakili Tuan PPD Hulu Selangor dalam memberikan ucapan Aluan kepada peserta yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar dan YDP PIBG sekolah-sekolah daerah. Penceramah yang mengendalikan program pada hari ini ialah pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Tn Hj Hussim bin Salleh.

Semoga program ini dapat memberikan faedah, terutama kepada semua yang terlibat dalam PIBG di sekolah-sekolah di daerah ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana khasnya En Ariffin bin Hj Aban yang menjadi setiausaha program pada hari ini.

10 Jun 2009

TAKLIMAT APLIKASI ATAS TALIAN "MYMEETING" OLEH MAMPU

Pada 10 Mei 2009 (Rabu), saya bersama Tn Hj Makhali binYaidi (Penyelia ICT PPDHS) telah menghadiri taklimat berkaitan di Jabatan Pelajaran Selangor, Shah Alam. Taklimat disampaikan oleh pegawai daripada MAMPU. Taklimat ini sebagai pengenalan bagi melaksanakan program atas talian ini dalam mesyuarat-mesyuarat.

Semoga Jabatan Pelajaran Selangor dapat mengaturkan latihan yang berkaitan semoga dapat dilaksanakan dengan baik dalam mesyuarat di Jabatan Pelajaran selangor.