skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum...Jika adik-adik dan tuan-tuan dan puan-puan, tidak berjaya mencari laman web untuk menyemak keputusan ini, saya sediakan pautannya di blog saya ini. Sila klik pada tajuk blog di atas. Semoga kemudahan kecil ini dapat membantu.Cara lain ialah:1. Layari laman sesawang - www.moe.gov.my2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Taip MOE (jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.3.Telefon ke nombor 03 8884 4100
Assalamualaikum....Pada hari Sabtu, 18.04.2009 majlis ini dijalankan pada pukul 8.30 pagi. Majlis dijalankan di Dewan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu.Tahniah kepada semua pihak di SMK Kuala Kubu Bharu yang berjaya melaksanakan program ini. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menerima anugerah.Tahniah khas saya kepada puteri saya, Norfatin Nadia yang juga terpilih untuk menerima anugerah. Walaupun anakanda menganggap ini tidak seberapa. Anggaplah kesilapan yang dibuat sebagai usaha memulakan langkah baru pada masa akan datang.Catatan Majlis ini pada 18.04.2009:Saya turut hadir dalam majlis ini mewakili Tuan PPD Hulu Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah, iaitu Tuan Nor Hisham Mohd Dahlan. Saya turut diminta menyampaikan hadiah kecemerlangan bagi pelajar berjaya peringkat peperiksaan dalaman sekolah. Perasmi, Tuan Pegawai Daerah Hulu Selangor menyempurnakan untuk pelajar dalam peperiksaan awam (PMR dan SPM 2008)
Assalamualaikum...Pada petang ini, 17.04.2009 telah diadakan mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan Kadet Bomba. Mesyuarat didakan di MRSM.Perkhemahan Kadet Bomba akan diadakan di kawasan sekitar Stadium Malenium Kuala Kubu Bharu pada 24-26 April 2009. Semoga semua guru yang bertugas dapat memastikan perjalanan perkhemahan ini dapat dipastikan berjalan lancar.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khasnya pihak penjaga Balai Bomba Kuala Kubu Bharu.
Assalamualaikum...Pada petang ini, 16.04.2009 (3.00 petang), satu mesyuarat penyelarasan ICTL telah dijalankan di SK KKB, dihadiri oleh Jurulatih Utama ICTL peringkat daerah. Saya hadir, tetapi agak lewat kerana bertolak dari SMK Kg Soeharto dan singgah di PPD Induk kerana urusan menandatangani surat yang perlu disegerakan , bagi pegawai-pegawai yang perlu ditandatangani surat mereka.
Assalamualaikum....Pada hari ini satu mesyuarat berkaitan telah dilaksanakan di SMK Kg Soeharto. Saya sempat hadir dalam mesyuarat ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang hadir.Saya berharap semoga majlis berbalas pantun peringkat negeri Selangor tahun ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama semua amat dituntut.Semoga kita berjaya melaksanakan tugas ini dengan baik.