skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum...Pada 15.04.2009, pukul 11.00 pagi saya sempat menghadiri majlis Karnival Seni Visual yang bertajuk "Sehari Bersama Alam Seni Catan". Saya sempat memberikan ucapan perasmian penutup.Tahniah diucapkan kepada SMK Ampang Pecah, kerana berjaya menganjurkan program bersama Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kepada semua Profesor dan Dr dari UPSI yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program sehari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru sekolah yang turut terlibat. Sudah pasti tidak lupa terima kasih kepada semua murid yang hadir untuk menjayakan program ini.Saya berharap mata pelajaran seni tidak akan menjadi subjek pinggiran kepada para murid di sekolah. Seni Visual seperti "Catan" ini amat diperlukan dalam mengimbangi ilmu lain yang diperolehi oleh murid-murid dalam proses menerima ilmu di sekolah.
Assalamualaikum....Pada hari ini, 14.04.2009, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di PPD Hulu Selangor (Induk), pada pukul 2.30 petang. Terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat ini. Tuan PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid, tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat kerana ada tugas dan program lain yang perlu dihadiri.Saya telah mengambil alih tugas beliau untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Semoga semua ahli mesyuarat yang hadir dapat menjalankan tugas dan melaksanakan semua keperluan yang diperlukan oleh semua bagi memastikan hari guru berjalan dengan baik.
Assalamualaikum....Pada hari ini, 14.04.2009, mesyuarat berkaitan dijalankan di PPD Hulu Selangor (Cawangan). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan PPD Hulu Selangor. Ahli mesyuarat yang hadir ialah;1. Pn Hjh. Hamidah (KU Bahasa).2. En Aznan bin Kassan (KU Sains Matematik)3. Tn hj Sameon (KU Sains Kemanusiaan)4. Tn Hj Saberi bin Yusof (Penyelia Pendidikan Islam)5. Tn Hj Kamal Maaruf bin Sairun (Penolong Penyelia Pendidikan Islam)6. En Hasren bin Damiri (Penyeliua KBSR)Semoga Pengurusan Akademik akan lebih mantap apabila saya tidak lagi bersama-sama dalam Pengurusan Akademik, kerana memegang jawatan yang baru.
Assalamulaikum....Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua Jurulatih ICTL daerah Hulu Selangor, bahawa tuan-tuan dan puan-puan diminta hadir satu lagi mesyuarat pelarasan program peringkat daerah, pada ketetapan berikut:Tarikh: 16.04.2009.
Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan)
Semoga mesyuarat yang diaturkan, daapat menyelesaikan semua permasalahan dalam melaksanakan kursus pemantapan ICTL peringkat daerah nanti.
Assalamualaikum...Sebagai makluman, surat telah diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah dipilih untuk menghadiri mesyuarat berkaitan, khasnya tentang menyediakan keperluan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor. Semoga semua Pengetua dan Guru Besar yang telah dipilih, termasuk pegawai-pegawai di PPD untuk hadir dalam mesyuarat seperti ditetapkanLTarikh: 14.04.2009.Masa : 2.30 petang.Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor (PPD Induk)Semoga kita dapat membincangkan pelaksanaan majlis hari guru kita dengan baik dan terancang.Jika tuan-tuan dan puan-puan memerlukan maklumat tentang Hari Guru Peringkat Kebangsaan, sila klik sambunagan ini:http://www.moe.gov.my/hariguru/perutusan.html