25 Februari 2010

95% PPD HULU SELANGOR TELAH BERPINDAH KE WISMA TNB KUALA KUBU BHARU

Pada hari ini, 25 Februari 2010, kami yang bertugas di PPD Hulu Selangor telah berpindah ke Wisma TNB. Kebanyakan peralatan kami telah sampai di bangunan ini. Pada hari ini dan seterusnya proses memasang talian telefon, talian internet dan penyenggaraan lampu dan hawa dingin dijalankan.

Walau bagaimanapun para pelanggan masih boleh berhubung dan berjumpa dengan para pegawai di bangunan baru ini. Di bangunan lama (bangunan Pejabat Daerah Hulu Selangor) sudah hampir kami tinggalkan.

Kami minta maaf jika layanan yang kami berikan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua tidak memuaskan lagi kerana segala peralatan pejabat dan kemudahan pejabat masih belum sempurna. Unit Perkhidmatan dan Unit Kewangan akan beroperasi di tingkat pertama. Kebanyakan pegawai berada di tingkat tiga. Di tingkat tiga terdapat sektor Pengurusan Sekolah, sektor Pengurusan Akademik dan sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Di tingkat dua, terdapat bilik Tuan PPD dan Timbalan PPD Hulu Selangor, di samping beberapa orang pegawai lain.

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan SKPM Oleh Pengetua secara online Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan 05-09/04/2010

Semoga semua Pengetua di daerah Hulu Selangor akan mengambil maklum dan bertindak segera tentang perkara ini. Sila isi penilaian SKPM sekolah masing-masing dalam Laman Sesawang NKRA. Sila klik pada tajuk di atas atau klik pada ayat bergaris yang berikut.

Sila ikut arahan dan panduan pada nota yang pernah diberi pada tahun 2009 yang lalu. Semoga tidak ada yang akan tercicir dalam pengisian ini.

Semoga apabila Sesawang ini diaktifkan pada 05 April 2010, tuan-tuan dan puan-puan akan memastikan semua nilai SKPM sekolah diisikan. Jika dibuat sebelum daripada itu, sistem akan anggap itu sebagai cubaan sahaja. Tidak menjadi kesalahan untuk mencuba sistem ini terlebih dahulu. Semuanya akan dipadamkan semula. Hanya nilai yang dimasukkan selepas 05 April 2010 akan diambil kira.

MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia boleh dibaca dengan klik pada tajuk di atas atau pada ayat digariskan ini.

20 Februari 2010

PENDAFTARAN PEMAHAMAN PTK HARAP LAKUKAN SEGERA SEBELUM 28.02.2010


Bersama ini saya sambungkan link ke sesawang pendaftaran PTK DG54,DG52,DG48,DGA38,DGA34 dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) GRED 26. Sila klik pada tajuk di atas.

KPM MENJELASKAN DALAM UTUSAN MALAYSIA TENTANG LANTIKAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membaca hal ini dalam akhbar. Di sini saya sambungkan link ke Sesawang KPM tentang perkara tersebut. KPM telah menetapkan jawatan Guru besar adalah jawatan naik pangkat bagi guru-guru pada kategori DGA34 atau mungkin DGA32 untuk sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid).

Sepatutnya tidak tidak timbul masalah bagi guru atau masyarakat mempersoalkan jawatan kenaikan pangkat ini. DG41 adalah jawatan bukan naik pangkat, ia hanya jawatan hakiki bagi semua guru yang mempunyai Ijazah. Hanya guru besar yang mendapatkan gred DG41 semasa menjadi guru besar sahaja yang kekal mwenjadi guru besar dengan gred DG41 KUP. Jawatan yang ada di sekolah masing-masing itu tetap kekal hakikinya GDA34. Sila klik pada tajuk di atas atau pada ayat yang digariskan berikut.

Semoga jawapan KPM ini tidak akan menimbulkan persoalan lagi tentang jawatan guru besar di sekolah. Bagi saya semua warga pendidik perlu menerima hakikat ini. Jika ada sebarang perubahan pada masa akan datang yang akan dilaksanakan oleh kementerian, kita akan laksanakan dasar berkaitan. Pada masa sekarang itulah dasar yang ada.