09 Mei 2009

TEKS PERUTUSAN HARI GURU OLEH MENTERI PELAJARAN

Teks ucapan Menteri Pelajaran boleh dimuat turun dengan klik pada tajuk di atas. Sila gunakan dalam majlis peringkat sekolah di daerah ini.

TEKS PERUTUSAN HARI GURU OLEH KPPM

Teks Ucapan KPPM untuk Hari Guru 2009 boleh dimuat turun, sila klik pada tajuk di atas. Sila gunakan teks ucapan ini untuk perayaan peringkat sekolah di daerah ini.

PERANCANGAN STRATEGIK DI PUTERI BAYU BEACH RESORT, PANGKOR

Pada masa sekarang, dari 7-10, sebilangan pegawai PPD Hulu Selangor berada di Pulau Pangkor kerana menyiapkan Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Kumpulan pertama telah siap pada 23-26 April 2009 di tempat yang sama.

Semoga semua pegawai yang berada di Pulau Pangkor pada masa sekarang dapat menyiap dan sempurnakan tugas masing-masing. Harap-harap tidak perlu dibawa tugasan kta ke pejabat untuk menyiapkannya. Selesaikan semuanya di sini. Saya amat berharap kita tidak menunda tugas kita, kerana ada banyak tugas lain yang sedia menanti kita apabila kita balik ke pejabat selepas ini.

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERTAMA 2009

Assalamualaikum...

pada 6 Mei 2009, Tn Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Hj Zahri bin Aziz, Timbalan Pengarah, Tn Hj Bajuri bin Abdullah, semua Ketua Sektor, semua PPD negeri Selangor, Ketua Nazir Jaminan Kualiti Selangor, KPP BTPN dan semua pegawai Kurikulum JPNS hadir di SK Kuala Kubu Bharu kerana mesyuarat berkaitan.

Terima kasih kerana hadir ke Hulu Selangor. Minta maaf atas segala kekurangan yang terdapat semasa kami menguruskan mesyuarat tersebut.

PERHIMPUNAN BULANAN KPM BERSAMA YAB MENTERI PELAJARAN

Assalamulaikum...

Pada 5 Mei 2009, saya bersama Tuan PPD Hulu Selangor telah menghadiri majlis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pada pagi ini kami berkesempatan mendengar uvapan aluan daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Hj Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas itu kami mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran, juga Timbalan perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin. Timbalan Perdana Menteri hanya sempat menyampaikan amanat secara ringkas sahaja. Walaubagaimanapun detail ucapan beliau telah diulas secara panjang lebar oleh Yang Berbahagia Dato KPPM kita.

MAJLIS PROFESIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamulaikum...

Pada 4Mei 2009, saya menghadiri program ini di Auditorium Kompleks E, KPM di Putrajaya, mewakili Tn PPD Hulu Selangor yang tidak berkesempatan untuk hadir. Majlis ini dilaksanakan dari pagi hingga ke petang.

Pada pukul 10.00 pagi Yang Berbahagia Dato' Haji Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyampaikan Ucaputama dan amanatnya kepada semua yang hadir pada pagi itu. Beliau banyak berbicara tentang amanat Perdana Menteri yang baru dan mengaitkannya dengan pendidikan di Malaysia.

Pada sesi petang, majli bicara bersama semua Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, iaitu;

1. Yang Berbahagia Dr Haili bin Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
2. Yang Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).
3. Yang Berbahagia Datin Asariah bt Mior Shaharuddin, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Pembangunan Profesionalisme Keguruan.