27 Jun 2009

PROGRAM KEPTAN CAWANGAN HULU SELANGOR

Pada 25 jun 2009, pukul 9.00 pagi saya telah menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN), Cawangan Hulu Selangor di Dewan Abdul Hamid Batang Kali.

Program ini merupakan mesyuarat Agung Kali ke-11 KEPTAN. Terima kasih kerana menjemput saya hadir untuk perasmian mesyuarat agung. Saya sempat menyampaikan sedikit sebanyak pesanan kepada semua Pembantu Tadbir yang hadir supaya dapat bekerjasama dengan baik dengan pentadbir di sekolah masing-masing. Mereka merupakan orang penting supaya semua perkara berkait dengan perkhidmatan dan kewangan berjalan dengan baik. Mereka diharap dapat berbaik-baik dan tidak mewujudkan persengketaan dengan pentadbir di sekolah.

Para Pembantu Tadbir memahami dan menghayati lagu tema KEPTAN yang dinyanyikan pada hari itu. Berikut ialah baris-baris lagu yang didendangkan secara beramai-ramai:

LAGU KEPTAN MAJU JAYA
Jujur Amanah Berilmu Mesra
Pegangan Kerjaya kita
Berbudi Bahasa Yang Mulia
Amalan Selamanya

Tak Kira Siang Atau Pun Malam
Masa Amatlah Berharga
Rahsia Harus Diutamakan
Sejahtera Semua

Korus:
Kesatuan Jadi Tempat Kita Berganding Bahu
Elakkan Diri Dari Sengketa, Mertabatkan Kerjaya
KEPTAN Kesatuan , Kebanggaan Semua
Perjuangan Meninggikan Ilmu
Berusaha Terus Jaya

Antara Kita Dan Juga Majikan
Berganding Bekerjasama
Kita Bina Talian Yang Mesra
KEPTAN Maju Jaya.

25 Jun 2009

MESYUARAT KEM 1 MALAYSIA MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

Pada 24 Jun 2009, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di JPN Selangor dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Dr Zahri.

Setiap daerah akan diminta menghantar peserta seramai 300 orang dalam kem ini. Terdiri daripada 100 orang murid SK, 100 orang muris SJK cina dan 100 orang murid SJK Tamil. Peserta murid tahun 4-6. Guru pengiring seramai 60 orang, juga akan bertugas semasa berada di kem ini.


300 orang murid dan 60 oran guru penegring ini akan dijadualkan berada di PKD Kuala Selangor pada 28-31 Julai 2009.

23 Jun 2009

PENOLONG-PENOLONG KANAN SMK BUKIT SENTOSA (2)

Assalamulaikum.....
Ketiga-tiga penolong kanan sekolah baru ini (SMK Bukit Sentosa 2) telah diketahui secara rasmi, iaitu:

1. En Mohd Khamdani bin Sairi (dari SMK Kg Soeharto)
2. Pn Hanishah bt Mohd (dari SMK Bukit Sentosa)
3. En Mhd Ariff bin Mhd Shariff (dari SMK Ampang Pecah)

Saya berharap ketiga-tiga pegawai ini dapat memulakan tugas di sekolah baru ini dengan segera. Sekolah ini memerlukan penolong kanan awal untuk menguruskan persediaan awal sebelum sekolah dibuka. Ada banyak perkara perlu diuruskan, termasuk menerima segala peralatan dan keperluan yang kan dihantar ke sekolah ini.

Sila pastikan segala kekurangan di kawasan sekolah ini dimaklumkan kepada PPD untuk tindakan seterusnya.

MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN PPD HULU SELANGOR

Pada 23 Jun 2009 pukul 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan) telah diadakan mesyuarat berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Kamsah bin Mokhtar (Naib Pengerusi Kelab Kebajikan / Penolong PPD Pengurusan sekolah)

Tidak ada pemilihan AJK yang baru kerana AJK yang sedia ada akan berkhidmat sehingga 2010. Mesyuarat melakukan pembentangan minit mesyuarat, pembentangan aktiviti 2008 dan pembentangan penyata kewangan kelab.
Majlis sempat membincangkan program yang akan dijalankan pada 2009 termasuk persiapan untuk majlis persaraan Tuan PPD dan beberapa orang pegawai yang akan bersara pada tahun 2010.

Pada hari ini Kelab Kebajikan sempat menyampaikan sumbangan/ kutipan derma untuk diserahkan kepada program Dapur untuk Darfur yang diwakili oleh Pemuda Masjid dari masjid Wilayah Pesekutuan, kuala Lumpur.

Semoga program yang dirancang dapat direalisasikan.

19 Jun 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BIMBINGAN P&P OLEH GURU CEMERLANG

Pada 18 Jun 2009 Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor mengadakan mesyuarat penyelarasan program bimbingan guru cemerlang terhadap guru-guru daerah Hulu Selangor. Mesyuarat dijalankan di PKG Kuala Kubu Bharu.

Saya berkesempatan hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Saya berharap program pemantauan ni akan dapat membantu guru-guru yang amat memerlukan bimbingan. Saya amat berharap kepada semua Guru Ceemrlang (GC) yang telah dipilih dapat membantu merealisasikan program peringkat PPD Hulu Selangor ini.

Saya berharap Pengurusan Akademik di bawah teraju Pn Hjh Hamidah dapat menyusun semua proses yang telah dirancang supaya perjalanan program ini dapat dipastikan sasaran guru-guru yang berkaitan terlaksan. Terima kasih kepada semua pegawai Akademik yang masih padu melaksanakan program bantuan untuk memastikan pencapaian akademik peringkat daerah akan bertambah baik.

17 Jun 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PIBG DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari ini, 17 Jun 2009 bertempat di Dewan Dato Hamid, Batang Kali telah diadakan suatu program oleh Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Program ini ialah Program Kecemerlangan PIBG daerah Hulu Selangor.

Saya sempat hadir mewakili Tuan PPD Hulu Selangor dalam memberikan ucapan Aluan kepada peserta yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar dan YDP PIBG sekolah-sekolah daerah. Penceramah yang mengendalikan program pada hari ini ialah pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Tn Hj Hussim bin Salleh.

Semoga program ini dapat memberikan faedah, terutama kepada semua yang terlibat dalam PIBG di sekolah-sekolah di daerah ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana khasnya En Ariffin bin Hj Aban yang menjadi setiausaha program pada hari ini.

10 Jun 2009

TAKLIMAT APLIKASI ATAS TALIAN "MYMEETING" OLEH MAMPU

Pada 10 Mei 2009 (Rabu), saya bersama Tn Hj Makhali binYaidi (Penyelia ICT PPDHS) telah menghadiri taklimat berkaitan di Jabatan Pelajaran Selangor, Shah Alam. Taklimat disampaikan oleh pegawai daripada MAMPU. Taklimat ini sebagai pengenalan bagi melaksanakan program atas talian ini dalam mesyuarat-mesyuarat.

Semoga Jabatan Pelajaran Selangor dapat mengaturkan latihan yang berkaitan semoga dapat dilaksanakan dengan baik dalam mesyuarat di Jabatan Pelajaran selangor.

08 Jun 2009

KEMBALINYA SEORANG RAKAN SEMASA SEKOLAH KE RAHMATULLAH

Assalamulaikum....

Pada hari ini saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang kawan lama semasa bersekolah di SMK Kuala Kubu Bharu, tentang salah seorang rakan kami telah kembali ke Rahmatullah. Walaupun sudah terlalu lama tidak berjumpa, kami berusaha mencari rumahnya di Rawang. Kami gagal mencari rumahnya. Akhirnya dengan maklumat masyarakat setempat, kami terus ke tanah perkuburan di Country Homes. Sampai di sana pengkembumian telah selesai dilakukan. Saya hanya sempat bersama-sama dalam upacara Imam membaca talkin sahaja. Semoga Allah merahmati arwah dan diletakkan dalam golongan yang dirahmati oleh Allah.

Begitulah kehidupan kita. Semua yang dipinjamkan oleh Allah kehidupan di dunia ini pasti akan kembali kepadanya. Sama-samalah kita mengingatkan perkara tersebut. Saya sampai semula ke pejabat pada pukul 2.00 petang. Sesi sebelah petang, saya menerima kunjungan guru-guru yang mendapat tawaran memangku jawatan Guru Cemerlang (memangku DG44).


Saya berharap mereka dapat membuat keputusan yang baik dan tepat untuk menerima atau menolak tawaran ini.

07 Jun 2009

MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI

Sila klik tajuk di atas untuk mengenali menteri dan timbalan menteri.

myGOVERNMENT

Portal Rasmi myGovernment boleh diklik melalui sini. Sila klik tajuk di atas. ini sebagai memudahkan orang ramai jika tak jumpa alamat sebenar untuk melayari portal ini

BERITA EDUWEBTV PADA 6 JUN 2009

Sistem Pendidikan Negara Alami Transformasi
Menteri Pelajaran mahu pengauditan sekolah dilakukan untuk menetukan kemudahan yang diperlukan di sekolah.
Berita-bertia lain, sila klik pada tajuk di atas untuk disambungkan ke video EDUWEBTV, bertarikh 6 Jun 2009.

06 Jun 2009

LAMAN WEB RASMI PPD HULU SELANGOR

Para pengunjung semua boleh mendapatkan maklumat melalui Web Rasmi PPD Hulu Selangor, dengan klik pada tajuk di atas. Saya memberikan ruang untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan kedua-dua ruang ini (web dan blog).

Jangan lupa berkunjung ke dua-dua wadah yang ada.

04 Jun 2009

PESERTA KURSUS KEWANGAN DAN PERAKAUANAN SEKOLAH PTJ BAGI PEGAWAI JPN DAN PPD

Berikut ialah senarai nama peserta kursus di IAB Induk pada 31 Mai 2009 - 5 Jun 2009.

1. Tn Hj Misnan bin Hj Mohd Damin ( PPD Bentong, Pahang)
2. Puan Siti Rakiah bt Sheikh Zahari (SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur)
3. Tn Hj Mohamad Alias bin Chik (PPD Rompin, Pahang)
4. En Mohsin bin Ibrahim (PPD Batu Pahat)
5. En Rozali bin Mazlan (PPD Hulu Selangor)
6. En Ahmad Shukree bin Hj Doya (PPD Raub, Pahang)
7. Puan Normadiah bt Abdullah (SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur)
8. Puan Zahariah bt Abd Karim (SMK Segambut, Kuala Lumpur)
9. En Awang bin Sulong (JPN Terengganu)
10.En Yadie bin Yakub (PPD Pitas, Sabah)
11.En Hassan bin Suboh (PPD Melaka Tengah)
12.En Nezhan bin Md Esa (JPN Johor)
13.En Rahmat bin Johari (PPD Johor Bharu)
14.Puan Saripah bt Mohd Noor (SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban)
15.Puan Wan Zainab bt Wan Ngah (PPD Gombak, Selangor)
16.En Kamsah bin Mokhtar (PPD Hulu Selangor)
17.En jawahil bin Abdullah (PPD Setiu, Terengganu)
18.En Alias bin Husin (PPD Setiu, Terengganu)
19.En Awaludin bin Hj Hassan (PPD Port Dickson)
20.En Zainuddin bin Kasim (PPD Keluang, Johor)
21.En Wan Doshah bin Wan Salleh (PPD Kuantan)
22.En Muhammad Rafee bin Abd Latiff (JPN Melaka)

01 Jun 2009

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PTJ DI INSTITUT AMINDDIN BAKI GENTING HIGHALAND

Kursus kewangan 31 Mei 2009 hingga 5 Jun 2009.

Pada 31 Mei 2009, saya datng ke IAB Genting Highland untuk melapor diri bagi mengikuti kursus tersebut. Saya tidak terus tidur di IAB pada hari berkaitan. Saya balik semula ke rumah.

Hari Pertama:
Pada pagi 1 Jun 2009 saya pergi ke IAB teerus dari rumah. Dari pagi hingga ke petang, semua slot disampaikan oleh En Ismail bin Udoh. Antara kandungan kursus pada hari ini banyak menyentuh tentang akauntabaliti dalam pengurusan kewangan. Sesi kedua dan ketiga pada sebelah petang beliau banyak menyentuh tentang proses menyediakan belanjawan.

Saya berpeluang tinggal di asrama aksekutif di IAB. Saya tinggal di bilik B101. Bilik saya boleh melakukan akses ke capaian internet menggunakan wifi. Bilik saya di aras satu dan hampir dengan ruang pendaftaran asrama. Alhamdulillah. Saya dapat menulis melalui blog saya seperti selalu. Saya akan sambung lagi catatan ini pada keesokan hari.

Hari Kedua:
Hari ini 2 Jun 2009, kursus yang saya ikuti telah masuk hari kedua. Hari kedua saya masih bermula dari rumah bersama En Kamsah. Slot 1 dan 2 pada sesi pagi disampaikan oleh En Samsul Khahar bin Shamsudin. Sesi pertama beliau menyampaikan tajuk berkaitan pesanan dan perolehan. Pada sesi kedua beliau menyampaikan tajuk berkaitan bayaran oleh pihak sekolah. Pada sesi sebelah petang sekali lagi beliau menyampaikan tajuk berkaitan dengan sistem gaji. Itulah 3 slot pada hari kedua. Saya juga balik ke rumah pada petang hari kedua (Selasa).

Hari Ketiga:
Hari ini 3 Jun 2009 (Rabu), seperti dua hari sebelumnya saya masih berulang dari rumah. Hari ini dari pagi hingga ke petang kami mendapat pendedahan penyelenggaraaqn buku vot, termasuk latihamal. Slot hari ini dari pagi hingga ke petang diuruskan oleh En Ismail bin Udoh. Pada hari ini, saya tetap balk ke Kuala Kubu Bharu kerana terdapat permintaan daripada pejabat untuk urusan surat menyurat di pejabat kerana Tn PPD telah pergi ke Labuan kerana mengetuai kotinjen memanah Selangor dalam kejohanan MSSM tahun 2009.

Hari Keempat:
Hari ini 4 Jun 2009 (Khamis), kursus yang saya lalui sudah melalui hari keempat. Sesi pagi, atas tajuk Pajar Wang Rucit. sesi kedua dan sesi petang ialah atas tajuk, Penyediaan Akaun Tahunan Kewangan Sekolah disampaikan oleh En Salleh dari SMK Ketari.

Hari Kelima:
5 Jun 2009 (Jumaat) merupakan hari terakhir saya menghadirkan diri dalam kursus ini. Hanya ada satu slot pada pagi ini. hanya ada satu slot yang disampaikan oleh Cik Noraida bt Mohd Nor, atas tajuk Penyelenggaraan buku Tunai dan Penyediaan Penyesuaian Bank.

Terima kasih kepada semua pensyarah yang menyampaikan ilmu kepada saya dalam kursus ini. Semoga ilmu yang tuan-tuan dan puan-puan sampaikan akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jumpa lagi dalam siri kursus lain pada masa akan datang. InsyaAllah.