29 April 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN

Assalamulaikum......

Pada hari ini, 29.04.2009 saya sempat bersama-sama dalam majlis Karnival Sivik Kewarganegaraan (KSK). Karnival ini dijalankan di SMK Bandar Sungai Buaya. Semoga segala pameran dan pelaksanaan dalam karnival ini akan memastikan semua program yang dirancangkan akan mendatangkan faedah dan manfaat. Majlis pada hari dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim.

Pada hari, para pengunjung telah dapat menyaksikan tarian tradisional mengikut kaum; iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat juga persembahan alat muzik tradisi kaum Melayu, Cina dan india. Pertunjukan adat menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, persembahan fesyen mangikut kaum.

Semoga karnival ini akan mendatangkan manfaat kepada semua pelajar yang hadir pada hari tersebut.

28 April 2009

MESYUARAT PERSIAPAN BAGI MESYUARAT SEKOLAH-SEKOLAH BESTARI NEGERI SELANGOR

Assalamulaikum...

Pada hari ini, 28.04.2009 suatu mesyuarat berkenaan telah dilakukan di SMK Ampang Pecah. Penolong Pengarah Kurikulum ICT dan Pengkomputeran JPN Selangor, Puan Zuraida turut hadir menguruskan mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memastikan mesyuarat pada 12.05.2009, bersama Tuan Pengarah, Dr Hj Zahri bin Aziz akan berjalan dengan baik.

Pada hari ini, ahli mesyuarat sempat melawat Makmal Komputer sekolah dan Pusat Akses. Semoga pihak sekolah dapat bersedia dengan baik untuk menghadapi mesyuarat ini.

25 April 2009

CATATAN AKTIVITI SEPANJANG HARI SABTU 25.04.2009

Assalamulaikum...
Sepanjang hari ini saya dijangka menghadiri 3 program pendidikan di daerah Hulu Selangor. Program yang dimaksudkan ialah;
1. Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Dato Hj Kamaruddin.(pagi)
2. Penutupan Kursus Bahasa Melayu di SMK Kuala Kubu Bharu (tengahari)
3. Majlis penutupan Seminar PMR DUN Batang Kali (petang)

Sesi sebelah malam, jika berkesempatan saya akan sambung catatan ini.

Pada pukul 7.30 pagi saya pergi menghantar anak saya ke Kem Lembah Genting, Batang Kali kerana SK KKB Satu menjalankan program untuk murid tahun 6 hingga esok, 26.04.2009. Pukul 8.00 pagi saya bertolak dari Batang Kali, terus ke Dewan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu kerana majlis Anugerah Kecemerlangan SMk Dato Hj Kamaruddin. Majlis di dewan ini selesai sekitar 11.30 pagi.

Selepas itu saya ke pejabat kerana terdapat pegawai yang minta tolong tandatangan maklumat untuk dibawa segera ke JPNS pada pagi Isnin. Selesai tugas, saya balik ke rumah sebentar. Pada pukul 1.16 tengah hari saya ke SMK Kuala Kubu Bharu kerna memantau dan menyelesaikan majlis/ kursus pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu (kerjasama Panitia BM SMK Kuala Kubu Bharu dan unit Bahasa PPD hulu Selangor). Selesai saya pun balik ke rumah.

Pada pukul 5.00 petang saya ke Kem Lembah Genting kerana menghantar baju anak saya yang tertinggal. Selepas itu saya terus ke Dewan Batang Kali kerana penutupan majlis Seminar Kecemerlangan PMR DUN Batang Kali yang disempurnakan sendiri oleh YB Mohd Isa bin Abu Kassim, ADUN Kawasan Batang Kali. Sampai dirumah sudah masuk waktu maghrib. Itulah dia pergerakan sehari saya pada hari Sabtu 25.04.2009.

23 April 2009

MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH HULU SELANGOR KALI KE-2 2009

Assalamualaikum....
Pada hari ini, 23.04.2009 mesyuarat berkenaan akan diadakan di SMK Sungai Choh. Ahli mesyuarat yang dijemput ialah semua Pengetua dan Penolong Kanan.

Catatan ringkas mesyuarat ini:
Tuan PPD tidak berkesempatan untuk turut serta kerana menghadiri kursus. Saya mempenerusikan mesyuarat bagi pihak beliau. Pegawai Akademik yang berkesempatan hadir ialah, Pn Hjh Hamidah bt Abdul Samad (Ketua Unit Bahasa) dan En Aznan bin Kassan (Ketua Unit Sains Matematik)

Hanya tiga orang sahaja daripada PPD hulu Selangor yang dapat hadir. Pegawai lain menghadiri mesyuarat dan ada tugasan lain di luar pejabat.

Empat kumpulan, hasil post mortem peringkat penolong kanan telah membentangkan post mortem masing-masing. Walau bagaimanapun ahli mesyuarat berkesempatan mendengar 5 orang pembentang, kerana kumpulan keempat diwakili oleh dua orang pembentang. Semoga perkongsian pada hari ini boleh mendatangkan manfaat kepada semua sekolah di daerah ini.

22 April 2009

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA PENDIDIKAN LEPASAN SPM 2008

Assalamualaikum...

Mulai hari ini, 22.04.2009, semakan temudaga ini boleh dilakukan melalui web Kementerian Pelajaran Malaysia, atau klik pada tajuk di atas. Jika ada dipanggil temuduga, tahniah. Semoga hasrat dan cita-cita para pelajar yang ingin menjadi guru akan menjadi keyataan.

21 April 2009

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH BITARA UPSI

Assalamualaikum...

Pada hari ini, 21.04.2009, pukul 2.30 petang telah diadakan suatu majlis di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini dirasmikan oleh Dato Hj Alimudin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Program yang diuruskan oleh UPSI ini melibatkan 9 buah sekolah daerah Batang Padang dan Kuala Kangsar. Program Bitara ini adalah kerjasama sekolah-sekolah ini dengan UPSI. Selain persembahan-persembahan murid sekolah berkaitan, majlis menandatangani MoU UPSI dan sekolah-sekolah berkaitan telah dilaksanakan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato' Dr. Aminah bt Ayob. Pengetua Kanan SMK Khir Johari, Hajah Noraini bt Yeub Sidi, mewakili pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat dalam Sekolah Bitara UPSI ini, menyampaikan ucapan.

Saya mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid dalam majlis ini kerana beliau menghadiri kursus di Genting Higlands (20-23 April 2009).

20 April 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MESYUARAT JK KURIKULUM NEGERI DI HULU SELANGOR

Assalamualaikum.....
Pada hari ini, 20.04.2009 telah dijalankan mesyuarat persediaan menghadapi Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid.

Telah diputuskan mesyuarat akan dijalankan di SK Kuala Kubu Bharu. Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu, Pn Norashikin bt Mohd Adnan juga turut serta untuk bersedia menghadapi kedatangan Pengarah, Timbalan Pengarah, Semua Ketua Sektor, PPD seluruh negeri Selangor dan Pegawai-pegawai Akademik JPN Selangor.

Semoga mesyuarat yang berlangsung di Hulu Selangor akan dapat berjalan dengan baik.

KUNJUNGAN KE KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum...

Pada 19.04.2009 saya bersama isteri dan 2 orang anak saya sempat melakukan perjalanan mencari lokasi Matrikulasi Negeri Sembilan, di Kuala Pilah. Jika ada sesiapa yang berkenan ingin mendapatkan maklumat kolej ini boleh klik pada tajuk di atas.

Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Kuala Pilah melalui Lebuh raya ialah sejauh 190 km. Jika kita mengikut jalan Kuala Lumpur, mungkin jaraknya lebih dekat lagi daripada itu. Kami menggunakan lebuh raya (PLUS) sehingga jalan keluar di Senawang. Perjalanan semuanya baik dijalannya yang keseluruhannya baik. Hanya jalan agak bengkang bengkok di sekitar Hulu Bendol. Tempat rakreasi di sekitar Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, saya boleh bertahan kerana memandu sendiri. Jika menumpang, orang lain yang memandu kereta, rasanya mahu pening juga dibuatnya. Boleh dikatakan perjalanan kami kebanyakannya dalam hujan.

Pegawai keselamatan di kolej ini membenarkan saya membawa kereta ke dalam kawasan kolej untuk meninjau kawasan di dalam kolej tersebut. Terima kasih saya ucapkan.


Alamat KMNs yang boleh diguna dan dihubungi:

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telephone: 06-4841825
Fax: 06-4841819

Sesiapa yang ingin menghubungi bahagaian Matrikulasi ini di Kementerian Pelajaran Malaysia boleh gunakan alamat berikut:

Bahagian Matrikulasi,Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Telephone: 03-22747060
Fax: 03-22748291




18 April 2009

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Assalamualaikum...

Jika adik-adik dan tuan-tuan dan puan-puan, tidak berjaya mencari laman web untuk menyemak keputusan ini, saya sediakan pautannya di blog saya ini. Sila klik pada tajuk blog di atas. Semoga kemudahan kecil ini dapat membantu.

Cara lain ialah:

1. Layari laman sesawang - www.moe.gov.my
2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Taip MOE (jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.
3.Telefon ke nombor 03 8884 4100

17 April 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK KUALA KUBU BHARU

Assalamualaikum....

Pada hari Sabtu, 18.04.2009 majlis ini dijalankan pada pukul 8.30 pagi. Majlis dijalankan di Dewan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu.

Tahniah kepada semua pihak di SMK Kuala Kubu Bharu yang berjaya melaksanakan program ini. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menerima anugerah.Tahniah khas saya kepada puteri saya, Norfatin Nadia yang juga terpilih untuk menerima anugerah. Walaupun anakanda menganggap ini tidak seberapa. Anggaplah kesilapan yang dibuat sebagai usaha memulakan langkah baru pada masa akan datang.

Catatan Majlis ini pada 18.04.2009:

Saya turut hadir dalam majlis ini mewakili Tuan PPD Hulu Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah, iaitu Tuan Nor Hisham Mohd Dahlan. Saya turut diminta menyampaikan hadiah kecemerlangan bagi pelajar berjaya peringkat peperiksaan dalaman sekolah. Perasmi, Tuan Pegawai Daerah Hulu Selangor menyempurnakan untuk pelajar dalam peperiksaan awam (PMR dan SPM 2008)

MESYUARAT JK PELAKSANA PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum...

Pada petang ini, 17.04.2009 telah diadakan mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan Kadet Bomba. Mesyuarat didakan di MRSM.

Perkhemahan Kadet Bomba akan diadakan di kawasan sekitar Stadium Malenium Kuala Kubu Bharu pada 24-26 April 2009. Semoga semua guru yang bertugas dapat memastikan perjalanan perkhemahan ini dapat dipastikan berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khasnya pihak penjaga Balai Bomba Kuala Kubu Bharu.

16 April 2009

MESYUARAT PENYELARASAN ICTL SEKOLAH RENDAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum...

Pada petang ini, 16.04.2009 (3.00 petang), satu mesyuarat penyelarasan ICTL telah dijalankan di SK KKB, dihadiri oleh Jurulatih Utama ICTL peringkat daerah. Saya hadir, tetapi agak lewat kerana bertolak dari SMK Kg Soeharto dan singgah di PPD Induk kerana urusan menandatangani surat yang perlu disegerakan , bagi pegawai-pegawai yang perlu ditandatangani surat mereka.

MESYUARAT JAWATANKUASA PESTA PANTUN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada hari ini satu mesyuarat berkaitan telah dilaksanakan di SMK Kg Soeharto. Saya sempat hadir dalam mesyuarat ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang hadir.

Saya berharap semoga majlis berbalas pantun peringkat negeri Selangor tahun ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama semua amat dituntut.

Semoga kita berjaya melaksanakan tugas ini dengan baik.

15 April 2009

KARNIVAL SENI VISUAL

Assalamualaikum...
Pada 15.04.2009, pukul 11.00 pagi saya sempat menghadiri majlis Karnival Seni Visual yang bertajuk "Sehari Bersama Alam Seni Catan". Saya sempat memberikan ucapan perasmian penutup.

Tahniah diucapkan kepada SMK Ampang Pecah, kerana berjaya menganjurkan program bersama Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kepada semua Profesor dan Dr dari UPSI yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program sehari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru sekolah yang turut terlibat. Sudah pasti tidak lupa terima kasih kepada semua murid yang hadir untuk menjayakan program ini.

Saya berharap mata pelajaran seni tidak akan menjadi subjek pinggiran kepada para murid di sekolah. Seni Visual seperti "Catan" ini amat diperlukan dalam mengimbangi ilmu lain yang diperolehi oleh murid-murid dalam proses menerima ilmu di sekolah.

14 April 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamualaikum....

Pada hari ini, 14.04.2009, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di PPD Hulu Selangor (Induk), pada pukul 2.30 petang. Terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat ini. Tuan PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid, tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat kerana ada tugas dan program lain yang perlu dihadiri.

Saya telah mengambil alih tugas beliau untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Semoga semua ahli mesyuarat yang hadir dapat menjalankan tugas dan melaksanakan semua keperluan yang diperlukan oleh semua bagi memastikan hari guru berjalan dengan baik.

MESYUARAT KURIKULUM PPD HULU SELANGOR

Assalamualaikum....
Pada hari ini, 14.04.2009, mesyuarat berkaitan dijalankan di PPD Hulu Selangor (Cawangan). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan PPD Hulu Selangor. Ahli mesyuarat yang hadir ialah;
1. Pn Hjh. Hamidah (KU Bahasa).
2. En Aznan bin Kassan (KU Sains Matematik)
3. Tn hj Sameon (KU Sains Kemanusiaan)
4. Tn Hj Saberi bin Yusof (Penyelia Pendidikan Islam)
5. Tn Hj Kamal Maaruf bin Sairun (Penolong Penyelia Pendidikan Islam)
6. En Hasren bin Damiri (Penyeliua KBSR)

Semoga Pengurusan Akademik akan lebih mantap apabila saya tidak lagi bersama-sama dalam Pengurusan Akademik, kerana memegang jawatan yang baru.

11 April 2009

MESYUARAT PENYELARASAN JU ICTL SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU SELANGOR KALI KEDUA 2009

Assalamulaikum....

Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua Jurulatih ICTL daerah Hulu Selangor, bahawa tuan-tuan dan puan-puan diminta hadir satu lagi mesyuarat pelarasan program peringkat daerah, pada ketetapan berikut:

Tarikh: 16.04.2009.
Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan)

Semoga mesyuarat yang diaturkan, daapat menyelesaikan semua permasalahan dalam melaksanakan kursus pemantapan ICTL peringkat daerah nanti.

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum...

Sebagai makluman, surat telah diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah dipilih untuk menghadiri mesyuarat berkaitan, khasnya tentang menyediakan keperluan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor. Semoga semua Pengetua dan Guru Besar yang telah dipilih, termasuk pegawai-pegawai di PPD untuk hadir dalam mesyuarat seperti ditetapkanL

Tarikh: 14.04.2009.
Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor (PPD Induk)

Semoga kita dapat membincangkan pelaksanaan majlis hari guru kita dengan baik dan terancang.

Jika tuan-tuan dan puan-puan memerlukan maklumat tentang Hari Guru Peringkat Kebangsaan, sila klik sambunagan ini:
http://www.moe.gov.my/hariguru/perutusan.html

10 April 2009

PEMBERITAHUAN MESYUARAT "POST MORTEM" SPM KUMPULAN KEEMPAT

Assalamualaikum.....

Di ruang ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan tentang mesyuarat di atas akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 13.04.2009.
Masa : 2.30 petang.
Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu.

Kumpulan keempat ini terdiri daripada 4 buah sekolah iaitu:
1. SM Sains Hulu Selangor.
2. SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu.
3. SAM Sungai Selisek.
4. SMK Kuala Kubu Bharu.

Semoga keempat-empat Penolong Kanan sekolah ini dapat bersedia dan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kita berharap dalam perjumpaan ini akan menghasilkan apa-apa perancangan yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan ini.

Selamat berjumpa dalam mesyuarat.

Saya minta maaf kepada kumpulan ketiga kerana tidak dapat bersama-sama kerana menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah kebangsaan daerah Hulu Selangor.

09 April 2009

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

Assalamualaikum...
Pada hari ini, 09.04.2009 telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Sekolah bersama Guru Besar daerah Hulu Selangor. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn PPD hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Mesyuarat ini dijalankan di bilik mesyuarat SK Batang Kali.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Batang Kali kerana sudi menerima kehadiran kita (menjadi tuan rumah untuk mesyuarat ini).

Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Hjh Hamidah (KU Bahasa) dan En Aznan (KU Sains Matematik) kerana meneruskan mesyuarat "Post Mortem" SPM Kumpulan ketiga tanpa kehadiran saya.

07 April 2009

PEMBERITAHUAN MESYUARAT "POST MORTEM" KUMPULAN KETIGA

Assalamualaikum...

Pada kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat "Post Mortem" SPM 2008 kumpulan ketiga akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09.04.2009
Masa : 2.30 petang.
Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu.

Kumpulan ketiga ini dianggotai oleh:
1. SMK Bandar Sungai Buaya.
2. SMK Sungai Choh.
3. SMK Gedangsa.
4. SMK Kg. Soeharto.

Kempat-empat sekolah diminta hadir membentangkan analisis SPM dan perancangan sekolah masing-masing dalam mesyuarat tersebut.

Pihak PPD mungkin akan diwakili oleh Ketua-ketau Unit Pengurusan Akademik.
1. Ketua Unit Bahasa.
2. Ketua Unit Sains Matematik.
3. Ketua Unit Sains Kemanusiaan.

Saya berkemungkinan besar tidak dapat turut serta kerana menghadiri mesyuarat pengurusan sekolah (sekolah kebangsaan). Saya percaya semua mesyuarat akan berjalan dengan baik.

KUNJUNGAN RASMI TUAN PENGARAH JPN SELANGOR KE HULU SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada hari Selasa, 07.04.2009, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Dr Zahri bin Aziz telah melakukan lawatan dan perjumpaan dengan warga PPD hulu Selangor. Majlis di PPD Hulu Selangor, bermula pada pukul 9.00 pagi.

Tn PPD Hulu Selangor, Tn Hj. Suhaimi bin Rashid memulakan ucapan aluan dan memperkenalkan latar belakang PPD, di samping memperkenalkan semua warga PPD Hulu Selangor kepada Tuan Pengarah.

Selepas ucapan itu, Tuan Pengarah, Dr Zahri bin Aziz menyampaikan amanat beliau kepada semua warga PPD. Saya mewakili pihak PPD Hulu Selangor, khasnya pegawai-pegawai di PPD serta kakitangan PPD hulu Selangor, mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Dr Pengarah hadir di PPD.

Sebenarnya majlis tidak tamat di peringkat itu sahaja. Pada pukul 11.00 pagi, Tuan Pengarah telah bergerak ke SMK Taman Bunga Raya (1) kerana satu majlis perjumpaan beliau dengan semua Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah diaturkan. Dalasm majlis ini beliau juga sempat menyapaikan amanat dan masej yang dihasratkan oleh beliau, supaya semua Pengetua dan Guru Besar dapat menghayati dan melaksanakannya di sekolah.

MESYUARAT "POST MORTEM" SPM KUMPULAN KEDUA

Assalamualaikum....

Pada 06.04.2009, bertempat di PKG Kuala Kubu bharu, 2.30 petang telah dijalankan mesyuarat post mortem SPM 2008 bagi kumpulan kedua. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:
1. En Rozali bin Mazlan (Timbalan PPD)
2. Pn Hjh Hamidah bt Abdul Samad (KU Bahasa)
3. En. Aznan bin Kassan (KU Sains Matematik)
4. Pn Raudah (P Kanan SMK Syed Mashor)
5. Pn Supiah (P Kanan SMK Tmn. Bunga Raya)
6. Tn Hj Halim b Riduan (P Kanan SMK Serendah)
7. Pn Zarina bt Abdul Rahman (P Kanan SMK Bukit Sentosa)

Semoga perbincangan dalam mesyuarat ini dapat dimanfaatkan oleh keempat-empat sekolah. Keputusan kita dalam mesyuarat ini ialah, salah seorang Penolong Kanan akan mewakili kumpulan ini untuk membentangkan program yang dibincangkan oleh kumpulan ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Menengah peringkat Daerah pada 23.04.2009 di SMK Sungai Choh. Pembentangan ini mungkin dapat dimanfatkan oleh semua sekolah daerah Hulu Selangor.

04 April 2009

PEMBERITAHUAN MESYUARAT "POST MORTEM" SPM KUMPULAN KEDUA

Assalamualaikum...
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat "Post Mortem" SPM 2008 kumpulan kedua akan diadakan pada 06.04.2009, pukul 2.30 petang di PKG Kuala Kubu Bharu, melibatkan 4 buah sekolah iaitu:
1. SMK Bukit Sentosa.
2. SMK Serendah.
3. SMK Taman Bunga Raya.
4. SMK Syed Mashor.

Semoga Penolong Kanan dapat bersedia untuk mesyuarat ini. Kehadiran tua-tuan dan puan-puan akan memastikan kecemerlangan Akademik sekolah dapat dirancang dan dipantau. Selamat berjumpa pada petang Isnin, 06.04.2009 (Isnin)

MESYUARAT "POST MORTEM" SPM 2008 KUMPULAN PERTAMA

Assalamualaimum....
Pada 3.04.2009 satu mesyuarat berkaiatan telah dilaksanakan bagi 4 buah sekolah yang dikelompokkan sebagai "Kumpulan Pertama." Mesyuarat diadakan pada pukul 2.30 petang di PKG Kuala Kubu Bharu. Sekolah yang terlibat ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin (diwakili Penolong Kanan- En Mohd Yusof bin Ani)
2. SMK Kalumpang.(diwakili GPK HEM - En Abdul Ghani)
3. SMK Bandar Baru Btg Kali.(diwakili Penolong Kanan - Pn Lan bin Rasni)
4. SMK Ampang Pecah.(diwakili Penolong Kanan - Tn Hj Mokhtar bin Hussein)

Pihak PPD Hulu Selangor yang hadir ialah:
1. En Rozali bin Mazlan (Timbalan PPD)
2. Pn Hjh. Hamidah bt Abdul Samad (KU Bahasa)
3. En Aznan bin Kassan (KU Sains Matematik)
4. Tn Hj Sameon bin Sidik (KU Sains Kemanusiaan)

Saya berharap apa-apa juga yang dibincangkan dapat dilaksanakan di peringkat sekolah, malahan saya berharap cadangan program bagi Kumpulan ini dapat dilaksanakan. mungkin terdapat beberapa persamaan isu di kalangan 4 buah sekolah ini. Semoga Kumpulan Pertama dapat bersedia untuk membuat pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah yang akan dilaksanakan pada 23.04.2009 di SMK Sungai Choh.

01 April 2009

HARI GURU TAHUN 2009

Assalamualaikum....

Tahun ini hari guru akan meletakkan tema " Guru Membina Negara Bangsa". Jika memerlukan perbagai maklumat tentang hari guru lawatilah laman berikut: LINKNYA, KLIK DISINI:

Semoga kita semua akan menjadi guru yang benar-benar sebagai pembina negara bangsa.

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BERSAMA PENGETUA DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum....
Pada hari ii, 01.04.2009, suatu mesyuarat pengurusan sekolah antara PPD Hulu Selangor bersama Pengetua-pengetua daerah hulu Selangor telah diadakan di bilik mesyuarat PPD hulu Selangor.

Terima kasih kepada semua Pengetua yang telah hadir. Terdapat juga pengetua yang menghantar wakil mereka kerana terdapat hal lain yang mungkin lebih penting.